Sunday, March 4, 2012


Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu tidak pernah terlepas daripada perhatian ramai. Ada sahaja isu dan kontroversi membabitkan beliau.

Satu isu yang pernah mengaitkan beliau dengan seorang suri rumah beberapa tahun lalu, kembali diperkatakan kebelakangan ini.

Ini ekoran tersiarnya menerusi blog apa yang dikatakan sebagai rakaman perbualan berbau seks antara beliau dan wanita berkenaan.

Ramai terutama orang muda telah mengikuti rakaman tersebut. Mereka terkejut. Isu itu cukup serius dan jika benar, ia boleh memburukkan lagi imej Pas. Apatah lagi Mat Sabu merupakan orang nombor dua dalam parti yang berlabel Islam.

Setakat ini, tiada reaksi daripada Mat Sabu. Diam membisu. Pada Awang, beliau berhak dan perlu diberi peluang untuk mempertahankan diri. Maka sewajarnya Mat Sabu tampil membersihkan namanya. Apakah pendedahan rakaman perbualan itu suatu fitnah atau konspirasi - jawapan yang selalu digunakan oleh pemimpin pembangkang? Apa sahaja kenyataan beliau pasti ditunggu-tunggu untuk dinilai oleh orang ramai. Dalam ceramah-ceramahnya, beliau selalu menyentuh tentang tanggungjawab moral kepada rakyat dan integriti. Ramai tahu Mat Sabu merupakan Timbalan Pengerusi sekretariat penganjuran Bersih 2.0 yang telah mengadakan perhimpunan haram tahun lalu.

Yang menjadi bos atau pengerusinya bagi sekretariat itu adalah S. Ambiga. Sudah tentu beliau lebih dituntut untuk kelihatan bersih termasuk daripada dakwaan skandal dan isu akhlak.

Mengapa sampai hari ini tidak menangkis dakwaan tersebut? Mengelak daripada menjawab dan berdiam juga boleh ditafsir oleh rakyat bahawa dakwaan itu benar. Mat Sabu tentu lebih faham.




YB yang satu ini sedar diri atau tidak semasa mengucapkan kata-kata tersebut. Hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri, walaupun disebut dalam konteks menolak bertanding kawasan DUN di Kedah, adalah satu mimpi yang tidak mungkin jadi kenyataan.

Entah-entah kalau rakyat Malaysia ini sudah kelabu matanya sehingga tergamak memilih seseorang dengan latar belakang pendidikkan yang lebih baik sedikit dari UPSR (dalam konteks zaman ini) dan merangkap bekas pekerja stor di Lapangan Terbang Bayan Lepas sebagai Perdana Menteri?

Macamlah kita kekeringan calon lain yang boleh diketengahkan sehingga terpaksa meletakkan orang sepertinya sebagai Perdana Menteri.

Sudah cukup baiklah PAS bertahan dengan cemuhan demi cemuhan kerana meletakkan seseorang dengan latar belakang pendidikkan sepertinya sebagai calon pilihanraya dan kemudiannya Ahli Parlimen, kini nak mengangkatnya sebagai Perdana Menteri pula lagi? Habis tu Anwar nak letak mana...Tak kan nak suruh bersara..??


Pada tanggal 20- 24 Jun 2010, Anwar Ibrahim telah bergegas ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan beberapa tokoh zionis yang kemudiannya dilaporkan oleh media barat sebagai ‘Apology Tour’ atau ‘Lawatan Memohon Ampun’. Antara tokoh-tokoh zionis yang ditemui Anwar ialah:

Malcolm Hoenlein Timbalan Pengerusi Eksekutif, Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations dan juga Pengarah Eksekutif, Jewish Community Relations Council of Greater New York serta

Bret Stephens dari Wall Street Journal, seorang penulis pro-Israel yang tegar dan pernah menjadi Editor in Chief di Jerusalem Post dan kemudiannya,

Carl Gershman seorang pemimpin Yahudi yang merupakan Presiden National Endowment for Democracy (NED), iaitu sebuah organisasi di bawah CIA yang bertanggungjawab mempromosi ‘demokrasi’ ke seluruh dunia dan terlibat secara langsung dalam kemusnahan Iraq dan Afghanistan.

Beliau juga bertemu dengan Howard Berman, seorang lagi Yahudi zionis di Rayburn House Office Building. Berman adalah seorang Yahudi yang berpengaruh besar dalam Brookings Institute yang ditaja CIA iaitu sebuah organisasi pro-Israel dan terlibat dalam AIPAC (American Israel Public Affairs Committee), pelobi pro-Israel di America.

Anwar juga berjumpa bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, William Cohen yang merupakan seorang Yahudi dan zionis dan terlibat langsung dalam krisis Timur Tengah.

Seterusnya, beliau menemui seorang lagi Yahudi, Daniel Mariaschin, Timbalan Presiden Eksekutif B’nai Brith International iaitu sebuah organisasi Zionis di Amerika yang sebelum itu membuat kenyataan meminta Amerika memboikot Anwar kerana menghentam Yahudi dalam isu APCO.

Kemudiannya, Anwar bertemu Dr. Jamal Barzinji dan Yakub Mirza iaitu pegawai CIA di dalam Institute of International Islamic Thought (IIIT). IIIT bertanggungjawab menyebarkan fahaman Islam liberal dan juga ekstrimis secara halus dan licik bagi memecahbelahkan umat Islam di seluruh dunia melalui pemimpin-pemimpin tajaan mereka.

Pertemuan Anwar dengan semua mereka ini adalah untuk memohon maaf kerana terlanjur menyebut “Zionis sebagai penceroboh” dalam keghairahannya berpolitik dan cuba menarik sokongan umat Melayu di Malaysia. Anwar pada ketika itu begitu ghairah menghentam Najib dalam isu APCO dan menuduh kerajaan menggunakan khidmat Yahudi dalam menentukan konsep pentadbiran negara. Walhal, APCO hanyalah sebuah syarikat perunding yang tidak terlibat langsung dengan Yahudi, jauh sekali Zionis.

Tindakan Anwar tersebut telah menyentak sahabat-sahabat dan penajanya di Amerika yang selama ini tidak jemu-jemu menghulurkan dana, bantuan serta sokongan moral yang berterusan bagi memastikan kerajaan BN tumbang.

Akibat keterlanjurannya, B’nai Brith telah menempelaknya dan beberapa akhbar barat bertindak ‘memberi amaran’ kepada Anwar serta menasihati para pemimpin zionis agar lebih berhati-hati dengan Anwar.

Menyedari kesilapannya, Anwar pantas melakukan ‘damage control’ dengan mengadakan ‘apology tour’ tersebut.

Tidak diketahui sejauh mana para Yahudi zionis itu memaafkannya tetapi yang pasti mereka tetap memberinya peluang kedua dan kerana itu, Anwar dan PKR serta Pakatan Rakyat masih mampu bernyawa sehingga kini dan masih tegar berusaha mencetuskan huru-hara melalui berbagai cara termasuk Demonstrasi Bersih, Demonstrasi Pelajar Universiti, Demonstrasi 901 dan juga Demonstrasi Lynas.

‘Huru-hara’ adalah strategi wajib bagi CIA menumbangkan kerajaan yang sah di seluruh dunia untuk digantikan dengan pemimpin boneka tajaan mereka.

Dan kini, Anwar telah mengguris hati keseluruhan umat Islam terutamanya di Palestin pula dengan mengiktiraf hak Israel untuk ‘dilindungi’ dalam wawancaranya dengan the Wall Street Journal. Akibatnya, seluruh pemimpin dan umat Islam tersentak dan terkejut dengan pendirian Anwar ini. Nampaknya, sekali lagi, dalam keghairahan untuk meningkatkan sokongan dan bantuan dari Yahudi zionis di Amerika, Anwar telah tersasul meremehkan penderitaan rakyat Palestin.

Maka, wajarlah Anwar membuat ‘apology tour’ berjumpa para pemimpin Palestin dan dunia Islam untuk meminta maaf atas keterlanjurannya mulutnya berpolitik.

Namun, itu tidak berlaku. Benar, Anwar ada berjumpa dengan Khalid Mashal di Qatar tetapi bukan untuk meminta maaf sepertimana yang dilakukannya kepada para pemimpin zionis. Kerana itu, hari ini Pengerusi Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzook telah menyangkal bahawa mereka bersetuju dengan pandangan Anwar dalam isu negara Israel.

Jelas, Anwar telah memutarbelitkan kata-katanya sendiri dan akhirnya terbelit dengan kata-katanya sendiri juga. Di ketika ini, Anwar perlu membuat keputusan, sokongan dari pihak manakah yang lebih penting baginya untuk menyambung nyawa politiknya? Sokongan umat Islam – yang esktrem mahupun yang sederhana, atau sokongan barat – zionis Yahudi yang mampu memberikannya dana, bantuan untuk berkuasa di Malaysia.

Anwar cukup sedar yang hayat politiknya tidak mungkin dapat disambung jika zionis Yahudi berhenti membantunya. Oleh itu, beliau lebih rela terus berdolak dalih dan membiarkan isu menyokong Israel ini berlarutan dengan harapan ia akan tenggelam dengan sendirinya.

Kerana itu, beliau tidak mungkin mengambil risiko kehilangan sokongan zionis Yahudi dengan melakukan ‘apology tour’ secara terbuka terhadap pemimpin Palestin dan dunia Islam yang lain sepertimana yang dilakukannya pada 20-24 Jun 2010 terhadap pemimpin-pemimpinzionis di Amerika. MYNEWSHUB
Jika bulan lalu bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali berkata video membuktikan berlakunya usaha memurtadkan umat Islam di negara ini akan didedahkan beberapa hari lagi, namun hari ini beliau berkata video berkenaan dijangka dapat disiarkan dua minggu lagi.

Beliau yang kini presiden NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) berkata, pada masa ini terdapat beberapa "proses akhir" masih belum diselesaikan, antaranya membabitkan jaminan keselamatan kepada mangsa yang tampil membuat pengakuan.

"Siapa dapat jamin keselamatan mereka? Jika ada, tak ada masalah untuk siarkan sekarang," katanya yang bekas exco agama Selangor itu.

Pada pelancaran JATI , 21 Februari lalu, Hasan mendakwa badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.

Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.

Dalam video tersebut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.


Mana boleh diam!

Malah menurut beliau, sesiapa yang berkehendakkan video itu, akan pihaknya bekalkan.

Hasan sebelum ini juga pernah mendakwa mempunyai bukti pengakuan video bahawa terdapat usaha memurtadkan orang Islam melalui pelbagai cara pelik, antaranya menggunakan Injil berkuasa solar.

Bercakap dalam sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan bagaimanapun berkata beliau tidak akan membuat laporan polis berhubung semua isu berkenaan.

"Kalau buat laporan, nama pihak terbabit akan terdedah bila polis siasat. Soal akidah tak sampai ke tahap itu," katanya.

Ditanya tentang gesaan Majlis Perundingan Kristian, Hindu, Buddha dan Taoesme yang mahu beliau membuktikan dakwaannya atau berdiam diri, Hasan menjawab:

"Mana boleh diam, saya ini pendakwah!" tegasnya sambil meminta badan itu berdialog dengan golongan mufti bagi mendapatkan gambaran sebenar....



*Bagi EP perkara ini wajar didedahkan kepada umum..bukan bertujuan untuk memalukan atau mewujudkan ketegangan agama tetapi untuk mempertahankan hak orang Islam yang sudah tetulis dalam perlembagaan.
Biarpun polis kerap melakukan operasi bagi membanteras kegiatan maksiat, namun khidmat pelayan pelanggan (GRO) di negeri ini masih belum ada tanda kesudahan.

Ini terbukti dengan tertangkapnya 34 wanita disyaki menjadi GRO ketika sedang leka melayan pelanggan di tiga hotel bajet sekitar bandar ini, petang kelmarin.

Operasi bermula kira-kira 3 petang itu membabitkan sepasukan pegawai dan angggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, diketuai Pegawai Turus D7 negeri, Asisten Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam serbuan itu, polis turut menemui lebih 100 kondom selain tisu dan minyak pelincir.

“Dalam serbuan pertama, kita menahan 12 wanita warga Indonesia disyaki GRO dan turut menemui 21 kondom serta dua gulung tisu.

“Manakala, serbuan kedua terhadap sebuah lagi hotel apabila seramai 13 wanita, sebahagian besar warga tempatan ditahan termasuk merampas 43 kondom dan dua gulung tisu.

“Ketika serbuan terakhir, lapan wanita warga tempatan dicekup termasuk menemui 45 kondom dan satu gulung tisu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Hamdan berkata, selain semua wanita berusia 23 hingga 58 tahun itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki dipercayai penjaga premis berkenaan bagi membantu siasatan.

“Seramai 11 pelanggan termasuk warga asing berusia lingkungan 20 hingga 60-an yang berada dalam semua premis berkenaan turut ditahan.

“Kesemua mereka ditahan reman sehingga 6 Mac ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran. Sinar

**ramai betul GRO di Malaysia ni..tiap-tiap hari ada saja tangkapan dibuat tapi masih tak habis juga masalah ini..Dari mana datangnya GRO GRO ini dan siapa yang bawa masuk mereka?


Barisan Nasional (BN) akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan lalu yang membawa kepada kehilangan banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan-kesilapan lalu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, jika pengundi menolak perikatan itu seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana ia telah membuat kesilapan.

"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita. Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat sini hari ini.

Kenyataan itu mirip pendirian dilahirkan oleh Najib di Pelabuhan Klang ketika melancarkan jentera pilihan raya BN Selangor baru-baru dengan berkata, Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Perdana Menteri berkata, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya .

Selangor dan Kedah antara empat negeri tambahan dikuasai oleh pembangkang pada pilihan raya umum 2008. Dua negeri lain ialah Pulau Pinang dan Perak.

Perak telah diambil alih oleh BN pada awal 2009. Kelantan ditadbir oleh Pas sejak 1990.

Justeru kata Perdana Menteri, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.

"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita. kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.

"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata hanya BN sahaja yang dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.

"Kita ada perancangan yang jelas, kita ada agenda yang tersusun rapi, kita ada peta jalan, kita ada fakta dan ada angka. Perangkaan yang cukup lengkap untuk memacu perubahan, membawa negara ke arah wawasan menobatkan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan macam Buku Jingga," katanya.

Najib berkata kerajaan mahu memberi isyarat dan gambaran jelas bahawa kerajaan sudah hampir untuk melakukan transfomasi perubahan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Saturday, March 3, 2012

Lagi kroni-kroni DAP tergolek??...nampaknya susah dia orang nak cari makan..apa lepas ni.. Tahniah PDRM kerana berjaya melumpuhkan sumber kewangan mereka??


Aksi 'catwalk' sambil menari dan menyanyi dalam pakaian mengghairahkan menjadi santapan mata buat pelanggan selain menyajikan khidmat seks dengan harga lumayan adalah antara tarikan sebuah pusat hiburan di Kepong.

Malah, pusat hiburan terbabit yang sudah lima tahun beroperasi didapati menyediakan pentas 'catwalk' di tengah-tengahnya sebagai tarikan kepada pengunjung melihat aksi ghairah wanita Thailand dan Vietnam.

Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turus D7 IPK KL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, 15 GRO , termasuk 14 warga Thailand dan seorang warga Vietnam berusia 20 hingga 35 tergamam sebaik diserbu polis ketika mereka leka melayan tetamu.


Malah, sebahagian daripada mereka ketika itu berada di atas pentas menyanyi sambil menari dengan pakaian mengghairahkan.

Azman berkata, pihaknya sudah mengadakan intipan di pusat hiburan terbabit sejak seminggu lalu selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan maksiat di premis terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan terbabit yang sudah beroperasi sejak lima tahun lalu dan bertukar majikan tidak mempunyai lesen selepas ia gagal diperbaharui.

“Pusat hiburan ini menggunakan khidmat GRO dengan menyediakan sebuah pentas 'catwalk' di mana wanita terbabit akan menari, menyanyi dalam aksi mengghairahkan dengan pakaian seksi.

“Kita juga percaya mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang memberi tawaran lumayan bergantung kepada cara mereka memujuk GRO terbabit,” katanya selepas operasi terbabit.

Beliau berkata, kesemua mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan penjaga.

Azman berkata, seorang wanita tempatan berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita juga akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak memperbaharui lesen premis terbabit selain akan mengeluarkan saman kepada pemiliknya,” katanya.

Apa kecoh- kecoh ni..kenapa perlu seorang pegawai di PMO mempertikaikan kerja-kerja yang dibuat oleh blogger pro BN..Pegawai PMO tu tahu tak berapa banyak masa yang digunakan oleh blogger-blogger tak guna ni mempertahankan kerajaan dari fitnah dan pembohongan puak-puak pembangkang dan pegawai di PMO ni tahu tak berapa banyak isu yang berjaya dibongkar dan dijawab oleh blogger-blogger tak guna ni..

Kalau pegawai di PMO ini tahu mengenai kerja kerja yang dibuat oleh blogger- blogger tak guna ni...tak mungkin dia akan mengeluarkan kenyataan yang pastinya menunjukkan kebodohan dirinya sebagai pegawai komunikasi di PMO...Kalau tak tahu..tak salah untuk bertanya..jangan main label ikut suka hati je..APA SALAHNYA JIKA PEGAWAI HEBAT INI DARI PMO MENGADAKAN PERJUMPAAN DENGAN BLOGGER SUPAYA TAHU DAN CUBA UNTUK MEMAHAMI KEADAAN SEBENAR..susah sangat ke?

Bukan setakat nak tahu lebih lanjut...tapi kena tahu lebih lanjut baca artikel dibawah ini..

APA agenda sebenar yang Farid Redzuan sedang rancangkan hingga begitu sekali beliau dikatakan mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger yang pro UMNO dan juga kerajaan sehingga tanpa segan silu `menyerang’ kerja-kerja pemain di ruang maya ini dan menyelar kononnya bloger-bloger pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu?

Beliau sedar atau tidak betapa seksa dan sengsaranya bloger pro UMNO dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan parti serta kerajaan yang difitnah oleh pembangkang sedangkan dalam masa yang sama tidak ramai pemimpin,Menteri,Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri turut sama seiring dan sederap bersama bloger mempertahankannya hingga ada dari kalangan bloger tersilapa arah hingga menyerang sesama sendiri?

Farid Redzuan sedar atau tidak hingga ada blogger dan juga pemain media baru berdepan dengan tindakan saman pihak pembangkang walaupun mereka memperkatakan yang benar dan apa bantuan yang kumpulan dari Pejabat Perdana Menteri berika?.Nasib mereka jarang dibela tetapi demi mempertahankan kerajaan dan juga bangsa,agama dan negara,mereka ini sanggup menelan segala risikonya.Mereka terus berjuang walaupun yang berjawatan kenyang dengan gaji besar serta jawatan yang tinggi.

Farid Redzuan juga dikatakan tidak senang dengan RTM yang dianggapnya ketinggalan dalam menyalurkan maklumat hingga beliau membuat perbandingan antara RTM dengan rangkaian TV milik Media Prima serta Astro dan adakah Farid sebenarnya sedang bercita-cita untuk mengambil alih RTM yang selama ini menjadi lidah rasmi kerajaan,yang Farid mungkin tidak reti bezakan peranan antara stesen TV berbayar dengan stesen TV milik penuh kerajaan ini.

Farid Redzuan yang dikeluarkan dari TV3 untuk dilantik sebagai Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri dilihat sebagai hilang fokus serta tanggungjawabnya menasihati apa sahaja peranan media terhadap aktiviti ataupun peranan Perdana Menteri di mata rakyat dan dunia malah kehadirannya dalam pejabat Perdana Menteri setakat ini dilihat tidak banyak membantu untuk mengangkat promosi Perdana Menteri.

Fraid Redzuan hanya dilihat berjaya menjadi Penasihat Fesyen kepada Perdana Menteri dan juga isteri apabila Najib dan Rosmah berjaya diangkatnya sebagai model kepada fesyen-fesyen pakaian terkini yang berjenama tetapi malangnya sebagai Perundinbg Media,beliau nyata gagal termasuklah menangani isu Najib di Pesta Ponggal di Klang baru-baru ini,cetakan gambar dalam Utusan Malaysia bilamana Najib dilihat menunggu Rosmah di tangga kapal terbang serta banyak lagi kegagalan Farid yang berkaitan dengan media dalam negara ini dari sudut berita ataupun gambar-gambarnya. Seterusnya

Pernah kita terfikir tak kenapa DAP begitu menentang LYNAS..Jika puak-puak pembangkang kata pembinaan kilang LYNAS hanya mendatangkan mudarat pada rakyat..Dari mana mereka mendapat fakta tersebut?? Bagi EP tak kan kerajaan Malaysia begitu bangang sanggup mengambil risiko untuk membina kilang tersebut jika  ianya mudarat pada rakyat..

Cuba lihat video dibawah ini..kenapa mereka masih tidak boleh menerima hakikat yang kilang LYNAS tidak akan memudaratkan nyawa rakyat walaupun orang yang menjadi pakar rujukan mereka telah menerangkan secara terperinci??



Setelah melihat video diatas..Jelas menunjukkan puak-puak pembangkang ini mempunyai agenda tersembunyi mengapa mereka menentang pembinaan kilang LYNAS. Mereka tak putus-putus melakukan pembohongan menghasut rakyat supaya menentang kerajaan dengan fakta yang tidak betul..Cuba lihat gambar dibawah..Perhimpunan yang mencetuskan kontroversi di Pulau Pinang..



Jelas menunjukkan perhimpunan yang kononnya aman ini hampir 100% didominasi oleh kaum cina dan diketuai oleh DAP..EP bukan nak rasis tetapi inilah hakikatnya..Jika mereka kata mereka ini kerajaan pakatan..mana wakil PKR dan Wakil PAS..Yang hadir hanya Guan Eng dan YB-YB DAP sahaja..



Cuba lihat gambar dibawah..Puak-puak anti-LYNAS melakukan provokasi dengan menunjukkan isyarat lucah kepada pihak yang menentang mereka..Bukankah ini merupakan salah satu punca mengapa ketegangan berlaku semasa perhimpunan haram tersebut..





Dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan insiden kekecohan dalam perhimpunan anti loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant di Pulau Pinang baru-baru ini adalah disebabkan oleh UMNO bukanlah sesuatu yang menghairankan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya.
“Dia sendiri yang cari hal, adakan perhimpunan dan kemudiannya apabila ada keganasan melibatkan samseng maka akan dituding pada UMNO kerana sememangnya apa pun atau di mana pun mereka maka UMNO akan dipersalahkan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Jelas beliau, tuduhan sedemikian sebagaimana yang dikatakan oleh Guan Eng bukanlah kali pertama berlaku kerana ia telah berlarutan beberapa kali dan turut digunapakai sehingga ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga.
“Kita ibaratkanlah Guan Eng ini macam budak-budak yang pergi mencuri, tapi kemudiannya apabila tertangkap dan disoal oleh ibu bapanya sendiri maka dia sanggup menuding jari pada orang lain sedangkan akhirnya dia yang terkencing dalam seluar kerana ketakutan,” katanya.
Jelas beliau, seakan sudah menjadi prinsip dan pegangan dalam DAP dan kemudiannya diperturunkan kepada para pemimpinnya yang lain juga untuk menyalahkan UMNO dalam apa saja insiden yang berlaku iaitu bukan saja di luar malah perkara sama berlaku dalam sidang DUN.
“Pengalaman saya selama tiga tahun dalam DUN dapat melihat bagaimana wakil rakyatnya dilatih untuk memulakan perbahasan dengan menyerang dan menuduh UMNO atas apa saja isu misalnya mengatakan UMNO korup, UMNO parti perkauman, UMNO kroni dan macam-macam lagi.
“Asal bercakap saja, mereka akan mulakan dengan memburukkan UMNO. Sekiranya tidak percaya dan mahukan bukti atas apa yang saya cakap, silalah buat semakan dalam hansard DUN kerana di dalamnya terkandung semua yang diperkatakan satu persatu oleh mereka.”
Tambahnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, sikap pembangkang yang akan membuat tuduhan kepada UMNO sudah menjadi budaya dan diturunkan sebagai darah daging untuk meresapi semua anggotanya.
“Inilah sebenarnya sikap pembangkang yang bersifat kebudak-budakan, tidak matang dalam membuat pertimbangan sehinggakan gagal bertindak waras tanpa melihat kepada sebab dan akibat lantas UMNO akan dipersalahkan,” tegasnya.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menuduh UMNO adalah dalang dalam kekacauan yang berlaku semasa perhimpunan anti Lynas yang menyaksikan berlalu kekecohan dan dua petugas media cedera. - MediaUMNO


Penangkapan Ahli Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru. Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.


Agak mengejutkan bila seorang pelajar perempuan yang beragama Islam boleh melakukan perbuatan sebegini..Lebih memalukan apabila pelajar ini yang mengambil gambarnya dalam keadaan kain yang terselak, memakai tudang dan menunjukkan isyarat lucah memuat naik gambar ini ke Facebook..









Bukan sesuatu yang pelik dan bukan perkara yang menghairankan kerana selama ini pun Pas hanya berdiam diri membiarkan sekutunya daripada DAP membacakan ayat-ayat Allah di pentas ceramah.
Justeru kesediaan yang dilontarkan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dalam responsnya bahawa parti itu bersedia menerima seorang Timbalan Presiden Pas daripada kalangan bukan Islam tidak mengejutkan, kata bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris.
Menurut beliau lagi tindak-tanduk Pas hari ini yang nampak ke arah yang lebih liberal memungkinkan apa yang dilontarkan oleh Dr Dzulkifly Ahmad itu bakal menjadi kenyataan satu hari nanti.
“Yerlah…kalau dah ‘nawaitunya’ hanya mahu ke Putrajaya bersama PKR dan DAP, sudah tentunya mereka akan sanggup melakukan apa sahaja walaupun pada logik akal manusia yang waras, sukar untuk diterima.
“Lagipun Negara Islam sudah tidak dipalu lagi oleh para pemimpin Pas…Yang kita dengar paluan kompang mereka adalah tumbangkan BN dan menuju ke Putrajaya. Itu sahaja yang kita didendangkan dalam mana-mana ceramah. Maklumlah PRU pun dah makin hampir,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Kelmarin, Dzulkefly membuat kenyataan itu ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk ‘Mengapa Undi Melayu Pecah?’ sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Prof  Mohd Noor seterusnya menegaskan Pas hari ini benar-benar telah berubah dan tidak lagi seperti dulu kerana sikap dan tamaknya mereka kepada kuasa dan kepentingan politik semata-mata.
Tambahnya pemimpin Pas yang ada hari ini seolah-olah tidak lagi berpegang kepada yang benar kerana terikut-ikut dengan rentak nafsu sekutunya DAP dan PKR yang dilihat begitu ghairah menawan Putrajaya.
“Orang kalau dah ‘nawaitunya’ tidak betul, kenapa perlu kita bersama dengan mereka dan rakyat khususnya umat Islam perlu melihat dan menilai dengan jelas permainan politik Pas yang umpama lalang.
“Bukankah Pas laungannya untuk Islam…sebab itu saya sebutkan tadi kalau berpaksikan kepada akal orang yang waras, tidak akan timbul perkara sedemikian rupa kerana ianya dilihat bertentangan dengan apa yang Pas bawa,” katanya.

Friday, March 2, 2012


Hamas hari ini menafikan pendirian pertubuhan tersebut selari dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel ketika diwawancara oleh akhbar The Wall Street Journal.

Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook berkata, pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana bagi Hamas, negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi.

"Saya dimaklumkan mengenai kenyataan Anwar yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel. Kami selaku pertubuhan Islam yakni pergerakan Hamas tidak ada kaitan dengan kenyataan itu," katanya dalam wawancara yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam ini.

Kenyataan itu dianggap satu tamparan kepada Anwar yang sebelum ini mendakwa telah bertemu dengan pemimpin Hamas, Khalid Mashal di Qatar bagi menjelaskan kontroversi berkenaan.

Jelas Mousa, pendirian Hamas berhubung Israel tidak pernah berubah kerana apa pun alasannya pertubuhan tersebut tidak akan mengiktiraf negara rejim zionis berkenaan.

"Kewujudan negara Israel mengganggu sistem pengurusan, menggugat keadaan Masjid Al-Aqsa dan kesuciannya. Ketamakan serta kerakusan Israel tidak pernah berhenti, mereka tetap meneruskan matlamat untuk meluaskan jajahan di bumi Palestin.

''Sedangkan Hamas akan terus berjuang bagi memerdekakan Palestin tanpa ragu-ragu,'' katanya.

Akibat mengikut teman lelakinya menyewa bilik di sebuah motel di Jalan Sultan Badlishah, Kedah, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini berusia 22 tahun telah dicekup berkhalwat.



Pelajar dari Sungai Petani itu dan pasangannya yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak, ditahan jam 9 pagi ketika mereka tidur. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, sepasukan lima anggota diketuai Jailani Abdul Talib ke motel berkenaan sejurus menerima maklumat. 

Beliau berkata, sebaik membuat pemeriksaan di bilik pertama di tingkat atas motel berkenaan, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu selepas terkejut apabila pintu bilik diketuk berulang kali.

“Lelaki berusia 26 tahun itu membenarkan anggota penguat kuasa masuk ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan dan ada seorang wanita menutup badannya dengan selimut di atas katil.

**Lelaki tersebut nak bagi kaunseling dan nak ajar fomular pada pelajar wanita tu kot kerana pelajar wanita tersebut ada masalah dalam pelajarannya..perpustakaan kan tutup pada waktu malam...ni mesti terpengaruh dengan ustaz kesayangan Anwar...boleh bagi kaunseling tengah-tengan pagi buta...

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya menyifatkan apa yang terjadi kepada pemimpin kanan PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat baru-baru ini, haruslah diserahkan kepada Mahkamah untuk memutuskannya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan sewaktu menyampaikan satu ceramah agama di Ibu Negara.



"Dari segi prinsip, masyarakat tidak boleh membuat pelbagai persepsi buruk terhadap pemimpin PKR tersebut walaupun tuan tubuh mengaku bersama-sama perempuan terbabit pada pukul 2 pagi..," kata Fathul Bari.



Walaubagaimanapun, Fathul Bari menegaskan bahawa tidak boleh untuk berdua-duaan dengan perempuan bukan muhrim biarpun dengan alasan untuk membuat kaunseling.



"Walaupun tuan tubuh (Badrulamin) menyebut hendak consult (memberi kaunseling), tapi consult tak sesuailah pada waktu tersebut.., waktu jam 2 pagi tu semua."



"Nak consult dengan perempuan dalam bilik pun tak boleh.., tidaklah bersendirian seseorang itu dengan wanita yang bukan mahramnya kecuali syaitan menjadi pihak ketiga..," ujar beliau.



Fathul Bari juga menasihatkan agar Badrulamin tidak membuat terlampau banyak kenyataan terbuka kepada media kerana dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak fitnah kepada dirinya sendiri.



Pada 25 Februari lalu, Badrulamin ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kuantan Pahang pada pukul 3 pagi.Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut yang kemudiannya menghubungi penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). - UtaraNews


Ustaz Badrul Amin sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada pegawai JAIP dan juga mereka yang telah mengejutkan beliau dari godaan syaitan dan amukan nafsu. Jika tidak entah apa yang bakal berlaku antara beliau dengan isteri orang yang mengancam tu. Malu memanglah malu tetapi sebagai seorang ustaz, beliau sepatutnya lebih malu untuk berhadapan dengan Allah di Padang Masyhar kelak berbanding malu untuk berhadapan dengan manusia di muka bumi ini. 

Dalam kes ini, jika betul ustaz Badrul Amin dianaiya, apa yang boleh aku katakan bahawa beliau telah dihukum sebelum waktunya. Layanan ini jelas berbeza jika dibandingkan layanan yang diterima oleh Anwar Ibrahim. Walaupun kes Anwar Ibrahim lebih dasyat lagi berbanding kes Ustaz Badrol, dan masih dalam peringkat rayuan,  Anwar tidak menerima apa-apa hukuman daripada pihak PKR ataupun PR samada dipecat mahupun digantung jawatan.  Badrol Amin ni, beliau telahpun menerima hukuman dari PKR apabila beliau digantung jawatan beliau di PKR Selangor. 

Seperti juga Anwar yang menafikan terlibat, Ustaz Badrul juga menafikan beliau terlibat dalam kes khalwat ini. Sebagaimana Anwar yang mendakwa beliau dianaiya oleh satu konspirasi dan fitnah, Ustaz Badrol Amin juga mendakwa beliau juga dianaiya oleh UMNO dan BN, tetapi siapalah beliau untuk dipertahankan oleh PKR dan PR. Nampaknya Ustaz Badrol bakal berjuang sendirian menghadapi tuduhan yang sedang dihadapinya. 

Aku bukan bertujuan untuk melaga-lagakan mana-mana pihak, tetapi lihatlah bertapa tidak adilnya PKR melayani individu yang bukan keluarga Anwar. Anwar dan keluarga adalah pemimpin  yang tidak ada melakukan apa-apa kesalahan. Walapun terbukti bersalah sekalipun, beliau tetap tidak dipinggirkan oleh PKR. 

Kepada mana-mana pemimpi PKR, mereka sebenarnya boleh mengambil pengajaran dan ikhtibar dari peristiwa ini. Pemimpin seperti Nik Nazmi, Chegu Bard, Saifuddin, apa nama Ketua AMK tu... Shamsul Iskandar dan ramai lagi. Takkan selamanya you all semua asyik nak membela Anwar sepanjang masa sehingga sanggup melakukan perbuatan yang berlebih-lebihan dan melampau-lampau.  Sampai masanya kamu juga akan menerima nasib sepertimana nasib yang diterima oleh pemimpin-pemimpin PKR yang telah meninggalkan PKR apabila you all semua sudah tidak larat lagi, apabila prinsip kamu telah tidak ada harganya lagi. 

Lihat apa yang berlaku kepada Ustaz Badrol Amin, beliau telah berlebih-lebih membela Anwar sehingga sanggup menghina ulama dan mengimam Mahadikan Anwar, tetapi apa yang berlaku kepada beliau sekarang. Beliau telah diarahkan bercuti dari jawatan di Selangor.   Jika Anwar ingin membantu Ustaz Badrul, beliau boleh menasihatkan kerajaan Selangor supaya bersabor dulu dan dengar dulu penjelasan dari Ustaz Badrul kerana beliau sendiri tidak diarahkan bercuti atau digantung atau dipecat sebagai penasihat ekonomi Selangor. 

PKR tu parti  yang ditubuhkan bertujuan untuk membela Nasib Anwar Ibrahim. Tidak ada sebab lain selain untuk memastikan nasib Anwar  terbela dan untuk memastikan  Anwar menjadi PM. Anwar adalah segala-galanya bagi parti PKR kerana memang itulah matlamat dan objektif penubuhannya. Oleh sebab itu sesiapa yang ingin umurnya panjang di dalam PKR ataupun PR, hendaklah sentiasa membenarkan apa yang Anwar kata dan jika lalai dan cuai untuk tujuan itu, maka tunggulah akibatnya. Contoh Dr. Hassan Ali sendiri. Walaupun beliau dari PAS. Soalnya larat ke dan sampai bila? COKAM
 


Ibupejabat PKR semalam senyap sunyi bila menerima panggilan telefon daripada ISLAMABAD. Di kalangan pegawai tertinggi ibupejabat, penjawat jawatan parti diminta masuk ke dalam meeting dan mendengar beberapa arahan terbaru langsung dari Pakistan. Sebelum itu, Anwar memberikan sedikit gambaran tentang apa yang berlaku di sana, apa yang telah dicakap, siapa yang telah ditemui – dan semua ini perlu di spin oleh kalangan penggerak sosial media PKR. Nik Nazmi tunduk dan membuat catatan.

Selepas itu, Anwar menyebutkan tentang beberapa perkara.

1. Tindakan cubaan menyuap pihak hotel di Kuantan disentuh oleh Anwar dengan panjang lebar. Pihak ibupejabat sepatutnya lebih berhati-hati dan tidak membuat tawaran secara terbuka begitu. Kita tidak tahu siapa musuh yang berada di kalangan pekerja hotel.

2. Arahan Anwar agar PKR Pahang melakukan usaha ‘damage control’ di kawasan sekitar Kuantan. Kejayaan Himpunan Hijau sedikit sebanyak terganggu oleh insiden Ustaz Badrul Amin. Ini kita kena akui, kata Anwar.

3. Jangan ulang kesilapan bodoh – salah bangunan di Singapura (kes NFC). Dalam pada kita mencari kelemahan dan penipuan orang, jangan membuka pekung dan masalah sendiri. Pastikan info. Selidik maklumat. Semua mesti ‘water-tight’. Jangan main serkap jarang. Rafizi tunduk dan mohon maaf melalui talian. Nyatakan bahawa dia menerima email oleh seorang rakan di PAP mengenai perkara itu. Sewajarnyanya double check info sebelum membuat sidang akhbar. Anwar sangat tegas bab ini. Integriti kes NFC tidak boleh diambil sambil lewa. Ini BULLET utama PKR untuk pilihanraya, tegas Anwar.

4. Saifuddin Nasution – rujuk dan check semula tarikh surat Tun kepada Israel. Selidik secara terperinci. Bandingkan dengan dokumen yang kita ada. Apakah benar isi surat seperti yang telah ditulis oleh Tun.

5. Saifuddin Nasution – atur mesyuarat bersama Phahrolazi (Kedah) dan beberapa orang lain di dalam PAS Kedah. Tertutup. Anwar mahu memainkan peranan membantu menyelesaikan masalah dalam PAS Kedah. Sekadar menjalankan permintaan TG Nik Aziz.

6. Minta ABIM buat kenyataan mengenai politik ganas UMNO/BN.

Talian dihentikan. Semua bersurai kecuali Nik Nazmi, Rafizi, Radin dan Saifuddin. Tak tahu apa yang dibincangkan.

Nada yang digunakan Anwar memang tinggi dan sangat kecewa. Gelagat Anwar

Itulah dia pun keadilan mengikut fahaman PKR. Kalau yang khalwat tu diarahkan bercuti dan bersih nama, sedangkan yang meliwat dan melanggan pelacur China (lengkap dengan video) nak diangkat mereka menjadi Perdana Menteri. Jauh kata nak disuruh bercuti, makin galak lagi ada.

Ini yang kita perlu elakkan dengan menidakkan hasrat puak-puak ini daripada menjadi pemerintah negara kita. Jelas sangat bahawa Anwar bakal jadi The Untouchable. Dia akan bebas berbuat sesuka hatinya dan memerintah ala-ala diktator gitu.

Buktinya, dengan apa yang terjadi pada dia dan Badrulamin sekarang, dua-dua pun pernah ada skandal seks yang menggegarkan tapi dalam kes Anwar dia diangkat macam wali dan bakal Perdana Menteri, yang Badrulamin disuruhnya bercuti.

Penulis merujuk hal Badrulamin diarah bercuti lanjutan dari kenyataan Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar petang semalam. Ini satu masalah juga, seolahnya Menteri Besar Selangor adalah seorang OKU yang bisu sehingga nak bercakap pun kena ada Sekretariat.

Mentang-mentanglah Badrulamin tidak berjawatan tinggi dalam parti, bertanding pilihanraya pun kalah dan hanya pegang jawatan Ketua Penerangan PKR Selangor (itupun lantikan), kenapa tindakan berbeza diambil pada keduanya?

Kalau nak ikutkan, kes Badrulamin lagi ringan dari Eli yang tertangkap bermukah dengan suami orang (ada bukti gambar). Tawar diri untuk letak jawatan ADUN pun ditolak PKR, manakala suami orang yang jadi pasangannyanya dihantar ke Batam, Indonesia, semua perbelanjaan ditanggung dan apa segala.

Tapi Badrulamin diarah bercuti sambil menghadap kes khalwat ini sendiri-sendiri.

Masuk akal ke? Walhal kalau nak dibezakan, apalah sangat hal khalwat dengan bini orang dibanding dengan meniduri pelacur dan meliwat buntut jantan? Khalwat je, bukan zina pun.

Sekarang pun bersepah blog pembangkang yang memandang rendah soal khalwat ini

Lagipun Anwar sudah kata dalam soal undang-undang lapuk ini, apa yang berlaku dalam bilik tidur orang, itu bukan urusan dia atau kerajaan di mana dia akan mengetuainya untuk ambil tahu mengenainya, Tidakkah itu sudah jelas?

Badrulamin sahaja yang mendahului zaman, belum sempat Anwar laksanakan apa yang dia sebut di atas, Badrulamin sudah mula dulu, gamaknya terlupa Anwar belum lagi jadi Perdana Menteri.

Apa pun ini perkembangan menarik. Ke mana sudahnya nasib isteri orang yang dikaitkan dengan Badrulamin nanti pun menarik untuk dijejak juga. Mungkinkah peristiwa Sabu-Norma akan berulang dengan Badrulamin – **** ini?

Bilik hotel apa nombor ya? 121 jugak ke?

Penulis gesa, tolaklah PKR, parti yang tidak ada moral ini. Negara kita dan negeri kita lebih stabil dibawah UMNO/Barisan Nasional. Kita dah buktikan itu lebih 50 tahun dan apa pun masalah yang timbul, berjaya diselesaikan dengan baik.

Adamyan

NO. PLAT IDAMAN PERDANA MENTERI....




Siapa agaknya tuan punya no. plat ini...??


 noplat


















Orang ramai yang menantikan nombor pendaftaran kenderaan “WWW” yang membawa maksud “World Wide Web” dijangka boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 30 April 2012.

Menteri Pengangkutan Datuk’ Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari dan ditutup pada jam 12 tengahari 14 Mei 2012.

Beliau percaya tempahan terhadap nombor pendaftaran WWW bukan sahaja akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan juga akan mencatat harga tempahan yang paling tinggi di sejarah tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan di negara kita.

Buat masa kini, harga tempahan nombor pendaftaran kenderaan “MCA 1” merupakan harga tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang paling tinggi, harganya ialah RM300,100.00.

Beliau menambah bahwa pendapatan Jabatan Pengangkutan Jalan setiap tahun dari tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan puratanya adalah sebanyak RM1.7 million.

Pada tahun 2010, pendapatan JPJ dari tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan adalah hampir RM1.6 million.Pada tahun 2011, telah melebihi 1.8 million.

Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka (1-10) akan dibuka dengan harga jualan minimum RM 10,000, manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM 2,000.

Nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM 300.

“Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran WWW. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud World Wide Web,” katanya.

Beliau juga menperingatkan mereka yang ingin menempah nombor pendaftaran WWW supaya mengikut procedur yang ditetapkan oleh JPJ, termasuk mengisi borang dan membayar deposit yang ditetapkan.

Borang tempahan nombor pendaftaran boleh dimuat turun dari portal JPJ, iaitu www.jpj.gov.my

Inilah akibatnya bila kacau bini orang...bila kena pukul..tak de siapa pun nak tolong..yang ramai disekeliling tu cuma boleh tolong tengok... Nasib baik perkara ini tak terjadi pada ostaz kesayangan Anwar..Kira baik la suaminya tu...masih berfikiran waras apabila melihat isterinya berada didalam satu bilik bersama lelaki lain...Ostaz yang kononnya menjadi kaunselor untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka...tapi apa sudah jadi...akhirnya..harapkan pagar..pagar makan padi...


Siapa yang malu...mereka dan keluarga juga yang malu...anak-anak pula jadi mangsa ejekan kawan-kawan...Oleh itu ada lebih baik jika ostaz kesayangan Anwar ini meletak kesemua jawatan politiknya supaya anak-anaknya tidak dijadikan bahan ejekan...

Thursday, March 1, 2012

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pada malam Ostad Badrul ditangkap berkhalwat bersama isteri orang berlaku cubaan untuk merasuah agar ditutup dari pengetahuan umum.

Menurut sumber dalang yang terlibat bersekongkol menghalalkan ngentot isteri orang adalah Radin Shamsul Kamar, Setiusaha Pengelola PKR.

Radin Syamsul Kamar dihubungi oleh pihak hotel untuk memaklumkan kejadian tersebut memandangkan beliau yang berurusan dengan pihak hotel untuk program retreat PKR di Swiss Inn.

Pegawai yang bertugas ditawarkan RM3 ribu untuk menutup mulut agar berita penangkapan khalwat Badrol Amin tidak tersebar. Demi selamatkan PKR, mereka sanggup menghalalkan yang haram,sudahlah berdosa dan haram berkhalwat ditambah pula dengan cubaan rasuah.

PKR dipenuhi oleh ahli yang rosak moralnya, inikah yang anda harapkan dari sebuah parti untuk menjadi pemerintah dinegara kita.

Sebelum ini Radin juga turut terlibat dalam salah guna dana Perbadanan Menteri Besar Selangor.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menyoal siasat setiausaha pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR) Radin Shamsul Kamar dipercayai berhubung kes penyalahgunaan dana Perbadanan Menteri Besar (MBI).
Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad berkata proses soal siasat itu adalah prosedur biasa apabila SPRM menerima laporan berhubung dakwaan kes-kes berkaitan rasuah.
"Tujuan kita panggil hari ini ialah untuk menyoal siasat berhubung dakwaan dan laporan yang kami terima," katanya ketika ditemui pemberita di luar pejabat SPRM Selangor di sini, Khamis.
Radin Shamsul dilihat memasuki pejabat SPRM di Tingkat 8, Wisma PKPS di sini, pada 11.30 pagi diiringi dua peguam, N.Surendran dan Lateefa Koya.
Jaafar enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kes yang dikaitkan dengan Radin Shamsul berhubung soal siasat yang dijalankan hari ini.Bernama - pisau.net


Tentunya Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang dan anak kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang berada dalam keadaan serba salah sama ada akan meneruskan perbahasan politik kali ke dua atau tidak dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Beliau terpaksa berfikir dua kali kerana pusingan pertama debatnya dalam bahasa Mandarin di Time Square, Kuala Lumpur baru-baru ini telah memberikan kemenangan moral yang sangat besar kepada Presiden MCA itu sama ada daripada segi bahasa yang baik, penyampaian yang teratur dan jelas, isi, pemahaman dan penerimaan umum.

Tidak ada media terutama media cetak arus perdana dalam semua bahasa yang mengatakan bahawa Guan Eng lebih baik daripada Soi Lek.

Saya sendiri dapat menduga hal ini akan berlaku kerana pernah mendengar beberapa penyampaian ucapan Soi Lek dalam sidang-sidang akhbar yang pernah diberikannya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris menerusi televisyen yang amat jelas dan lebih baik daripada orang Melayu sendiri semasa menjadi beliau menjadi Menteri Kesihatan dan juga semasa menjadi Exco negeri Johor.

Personalitinya menjadi lebih kental dan pemikiran dan pendirian politiknya lebih diyakini dan diterima kerana beliau telah membuktikan sebagai seorang yang jujur dengan mengakui kelemahannya sebagai seorang manusia dan meletakan jawatan menterinya.

Akhirnya beliau keluar dari suatu skandal dengan dapat mendongak kepalanya di kalangan masyarakat Cina.

Saya tidak perlu menulis panjang mengenai prestasinya dalam perdebatan yang pertama tetapi cukuplah untuk menyatakan kehadiran lebih 3,000 orang di ulang tahun ke-63 MCA di Kuala Lumpur kelmarin menjadi bukti kehandalan Soi Lek. Keupayaannya dalam perdebatan telah memulihkan imejnya dan keyakinan kepada MCA.

Malah atas keyakinan ini jugalah maka video debat perdebatan Soi Lek dan Eng Guan telah ditunjukkan sebelum perayaan ulang tahun itu dimulakan di Wisma MCA kelmarin.

Keberkesanan yang paling besar dari perdebatan itu ialah Soi Lek telah dapat meyakinkan masyarakat Cina bahawa MCA adalah sebuah parti yang realis dan bukannya parti golongan khayal yang tidak berpijak di bumi nyata. Beliau meminta mereka memilih antara fantasi dan realiti.

DAP telah ditunjukkan oleh Soi Lek sebagai parti perkauman Cina yang tidak nampak akan bahaya yang didatangkan oleh pelampau-pelampau Melayu yang di wakili Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jika Pakatan Rakyat menang maka orang Melayu Pas yang memegang tampuk pemerintahan.

Cabaran yang dikemukakan oleh Soi Lek kepada masyarakat Cina sama ada mereka mahukan Melayu Pas atau Melayu UMNO. Pas tentunya tidak akan memaksa pemerintahan yang berdasarkan hukuman hukum Islam yang keras dan melampau dan tidak sesuai dengan masyarakat majmuk negara ini.

Soi Lek juga telah membuktikan bahawa dirinya lebih jujur daripada seorang pemimpin Islam yang bertopengkan agama tetapi membuang masa orang ramai, kerajaan dan wang rakyat untuk membuktikan kesucian moralnya sedangkan ramai orang tahu kekotorannya.

Kerana kejujuran mengakui kelemahannya menyebabkan Soi Lek keluar dengan kekuatan luar biasa yang meyakinkan orang Cina terhadap kata-katanya.

Inilah nilai diri yang dikemukakan oleh Soi Lek dalam perdebatan dengan Eng Guan.

Saya percaya jika sekiranya debat kali kedua dalam Bahasa Malaysia diadakan maka kefasihan Bahasa Malaysia Soi Lek dan keupayaan penyampaiannya pastinya akan mengatasi keupayaan Bahasa Melayu, Eng Guan.

Soi Lek dengan pemikiran realistiknya sebagai seorang yang berpengalaman dan masak dalam politik akan dapat meletakkan Guan Eng pada keadaan yang akan kelihatan sebagai seorang yang tidak setaraf dengannya.

Ini akan memperkecilkan imej Guan Eng dan akan membinasakan masa depan DAP terutama di Pulau Pinang.

Maka itu saya percaya Guan Eng sedang berada dalam keadaan dilema sekarang ini sama ada akan pergi atau tidak ke perdebatan ke dua dan penganjurnya juga tentunya sedang berfikir apakah mahu meneruskannya kerana telah dapat menjangkakan bahawa Soi Lek pastinya akan memberikan pukulan terakhir kepada DAP.

TAN MELAKA

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.