Tuesday, February 21, 2012


Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak sebarang keperluan untuk mengadakan sesi perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perdebatan itu hanya membuang masa dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat negara ini.

"Tiada faedah debat dengan Anwar kerana kita tahu pendiriannya dan dia seperti sesumpah yang boleh bertukar warna pada bila-bila masa saja.

"Apabila dia bersama kaum Cina dia akan menjadi segala-galanya, apabila bersama kaum India, dia akan menjadi seperti orang India dan apabila bersama orang Islam, dia akan bercakap mengenai Islam.

"Apa yang dia dan pengikutnya mahu ialah menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, jadi saya berpendapat tiada guna dan tak ada faedah (berdebat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Perkasa Bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan pembangkang yang mahu Najib berdebat dengan Anwar seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Sabtu lalu.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Dalam pada itu, ditanya debat antara MCA-DAP itu, katanya, rakyat Malaysia belum bersedia untuk berdebat kerana masih diselubungi sentimen prejudis pada pemikiran masing-masing berbanding rasional sesuatu isu.

"Debat bolehlah seronok orang tengok, tetapi kesan tidak ada. Kalau lakukan tiada kesan ia hanya memburukkan lagi keadaan kerana masing-masing berpegang pada pendirian masing-masing.

"Rakyat Malaysia tidak matang seperti rakyat Amerika. Tetapi di Amerika sekali pun, apabila debat diadakan pada pemilihan Presiden ia hanya menunjukkan kebodohan calon itu," katanya.

Sementara itu, ketika mengulas pertemuan bersama Perkasa, beliau melahirkan rasa kesal dengan keadaan orang Melayu sekarang yang tidak boleh bercakap soal Melayu secara terang-terangan kerana khuatir dicap rasis.

"Jadi, kita kena buat perjumpaan secara rahsia apabila hanya mahu bercakap tentang masalah Melayu.

"Agak menyedihkan dalam negara yang bercakap mengenai kebebasan bersuara dan liberal, tetapi kita tidak boleh cakap langsung mengenai kita sendiri sebab rasis," katanya.

Ditanya kepentingan perbincangan di kalangan orang Melayu setelah berpecah kepada tiga parti, katanya, perkara tersebut sukar direalisasikan kerana ia akan dituduh sebagai rasis.

"Ada sesetengah kata pasal Islam mungkin tidak rasis tapi tidak boleh cakap satu subjek iaitu Melayu," katanya.

Ramai juga rakan-rakan aktivis lama reformasi yang mengikut kunjungan DSAI ke kawasan Pekan kelmarin. Bukan sangat nak sokong Anwar; tetapi nak tengok persediaan UMNO Pekan untuk mempertahan kawasan daripada kemasukan Anwar.
Anwar pun bijak. Dia tinggal Mercedez kat stesen minyak; lepas tu naik kapchai sama-sama dengan budak muda masuk ke FELDA. Orang pun tak berapa perasan. Tiba-tiba Anwar dah sampai.
Bukan main juga orang FELDA puji Anwar. Jiwa rakyat. Sanggup bersusah dengan rakyat. Sanggup naik motor masuk ke FELDA. Dia orang seronok.
Tapi, di kalangan aktivis reformasi perasan – Anwar tak macam biasa. Fikiran Anwar nampak celaru. Habis semua gambar, buku yang Anwar tunjuk konon dia masih diterima sebagai pemimpin Islam di dunia Arab.
Kita kena sama-sama baca tulisan Zabidi Yusoff dalam Malaysiakini:-
Oleh Zabidi Yusoff
Semasa saya menulis ini, Datuk Seri Anwar dan isteri sedang menjadi tetamu kepada dua pemimpin Islam tersohor di dunia, Sheikh Yusuf Al-Qardawi dan juga Khalid Mish’al di Doha, Qatar.
Sheikh Yusuf adalah ulamak terkemuka dan juga ulamak buat Ihwanul Muslimin. Khalid Mish’al pula adalah pejuang dan pemimpin Hamas, organisasi yang memerintah Gaza dan dilabel kontroversi kerana dicop organisasi teroris olih Amerika dan Israel.
Tetapi, dengan taktik yang baru, di mana Khalid telah mula berlembut dengan bersetuju akan ‘resolusi 2 negara’ (2 state solution), maka kebarangkali usaha untuk mendapatkan keamanan di rantau itu adalah amat besar.
Dalam tempoh seminggu sahaja, Anwar telah pun menemui pemimpin-pemimpin dunia Islam dalam rangka mengiratkan persaudaraan seperti Perdana Menter Recep Tayyip Erdogan dan kabinet beliau, Ketua Bank Pembangunan Islam, Dr Ahmad Muhammad Ali, pendokong tegar Palestin, Sheikh Abdul Qadir,warga negara Saudi, Imam Masjid di Mekah, pemimpin masyarakat Islam setempat, Sheikh Kabbali, A Gafur Amin, Dr Umar Jamjum dari Universiti King Abdul Aziz, Dr Abdul Hamid Sulayman, Ulamak Sheikh Ahmad Muhammad Alawi Maliki, dan juga Secretary General OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu.
Kita minta Zabidi perjelaskan, bahawa Syeikh Yusof al-Qaradawi pada hakikatnya TIDAK MAHU berjumpa Anwar; tetapi Anwar terpaksa menggunakan cara yang lebih memalukan dalam mendapatkan masa Syeikh Yusof.
Menurut seorang rakan di dalam PKR; Anwar terpaksa ‘menangis, merayu dan memujuk’ sebelum mampu bertemu dengan ulama’ besar itu. Yusof Qaradawi katanya TIDAK MAHU berjumpa Anwar kerana statement-nya menyokong Israel.
Apakah benar kenyataan itu? Boleh kita minta Zabidi Yusoff berikan cerita sebenar…GA 

Aku tengok si Nurul Izzah ni tak habis-habis mengutuk Skim Perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) & Perumahan Awam (PA) ni. Macam-macamlah alasan yang dia beri. Alasan utama yang dia pakai ialah penduduk PPR dan PA tak boleh dipercayai untuk membayar balik pinjaman. Nanti duit KWSP habis kena songlap dengan penduduk PPR dan PA ni. Isu ni nanti aku ulas lanjut.

Sekarang ni aku nak ulas satu lagi isu yang dia bangkitkan. Kononnya pelaburan KWSP dalam Skim Perumahan PPR & PA rugikan pencarum. Betul ke Nurul?

Jom kita tengok kadar pinjaman KWSP kepada Yayasan Wilayah Persekutuan yang menguruskan Skim ini. Berapa kadar yang dikenakan? 5.5% kawan-kawan. Bukan 1%, bukan 2%, bukan 3% tapi 5.5%!

Kalau kawan-kawan nak tahu, KWSP ni memang banyak simpanan tunai. Maklumlah, tiap-tiap bulan juta-juta duit caruman masuk. Kalau duit ni tak dilaburkan, KWSP simpan dalam Simpanan Tetap/Fixed Deposit je. Kalau simpan dalam Fixed Deposit, paling maksimum boleh dapat ialah 3% dividen. Bandingkan 5.5% dengan 3%, mana lebih baik? Mana yang lebih untungkan kita sebagai pencarum KWSP?

Sudah tentulah pelaburan dalam Skim ni lebih menguntungkan KWSP sebab dapat 5.5% berbanding 3% untuk Fixed Deposit! Bila KWSP untung lebih, kita pun untung lebih sebagai pencarum. Maka bertambahlah simpanan untuk hari tua kita. Jadi, tahniah kepada KWSP kerana buat pelaburan secara bijak.

Aku rasa budak Darjah Satu pun, kalau cikgu tanya soalan ni dalam kelas Matematik boleh jawab dengan mudah. 5.5% mestilah lebih besar dari 3%! Tapi ada dua orang yang tak boleh jawab soalan ni dengan tepat. Siapa orang tu?

Pertama, Nurul Izzah, anak Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Kedua, Tony Pua, pakar ekonomi DAP lulusan Universiti Oxford.

Aku pun hairan betullah. Anak Penasihat Ekonomi tak reti kira-kira? Pakar ekonomi lulusan Oxford tak tahu nak banding angka?

Tuan-tuan dan puan-puan, nampak sangat kedua-dua malaun ni menentang Skim ni bukan kerana ianya merugikan rakyat tapi kerana mereka tak mahu sebarang Skim yang dianjurkan oleh Kerajaan untuk berjaya.

Kalau skim ni berjaya, penduduk PPR dan PA beruntung kerana dapat beli rumah dan pencarum KWSP macam kita pun untung kerana simpanan KWSP kita akan bertambah! Tapi bila rakyat gembira dan puas hati, takdalah modal untuk Pakatan Haprak berkempen masa pilihanraya nanti. Itulah sebenarnya tujuan mereka nak gagalkan Skim ni.

Bukan berjuang demi rakyat, tapi berjuang demi kuasa. Peduli apa kalau rakyat sengsara asalkan kuasa di tangan mereka? Macam ni ke pemimpin yang rakyat nak?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul..KLIK SINI

Sunday, February 19, 2012


Bukan kah ini satu kenyataan yang kurang ajar...sengaja bangkitkan isu ini untuk mewujudkan ketengan kaum. Dalam masa yang sama dengan mengeluarkan kenyataan seperti ini, Lim Guan Eang cuba untuk memberi harapan pada kaum cina dan sekali gus mengharapkan undi mereka untuk mengekalkan kuasanya di Pulau Pinang..

Pastinya ramai yang ternanti nanti perjumpaan diantara Nik Aziz dengan Anwar esok untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku mengenai kenyataan Anwar membela nasib Israel berbanding rakyat Palestin. Walau gambaran luar menampakkan perjumpaan esok akan berjalan secara tenang tetapi EP yakin ahli ahli dari parti masing masing berdebar debar menunggu hasil pertemuan tersebut. Siap akan tunduk pada kehendak siapa kerana ini melibatkan pendirian parti..

Ramai yang menjangkakan Nik Aziz akan menurut kehendak Anwar kerana rekod rekod yang lepas telah menunjukkan PAS tidak mempunyai pendiri apabila berdepan dengan situasi sebegini..Contohnya penolakan ulamak dalam PAS, Penubuhan negara Islam, Perlaksanaan HUDUD di negeri Kelantan..semuanya terpaksa dikorbankan hanya untuk menjaga hati pemimpin didalam pakatan..

Persoalannya adakah Nik Aziz akan tunduk dan menurut kehendak Anwar esok..dan jika benar Nik Aziz akan tunduk, apa pula pendirian Ulamak PAS??Selama mana PAS nak jadi parti pak turut dalam pakatan haram?? Sama sama kita tunggu keputusannya esok..telur siapa lebih besar..Anwar atau Nik Aziz...


Esok, tumpuan banyak pihak sudah pasti beralih kepada pertemuan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang dijangka akan menjelaskan pendirian beliau mengenai isu kontroversi kenyataan didakwa menyokong Israel apabila bertemu dengan Menteri Besar Kelantan di Kuala Lumpur.

Pertemuan itu diadakan susulan kenyataan dan pendirian Dewan Ulama Pas, yang disampaikan oleh Nik Abdul Aziz minggu. Nik Abdul Aziz berkata, Anwar perlu menarik balik atau menyaman Wall Street Journal jika kenyataan yang disiarkan bulan lalu tidak benar.

Mengulas perkembangan ini, Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya berpendapat, kenyataan Anwar berhubung sokongan terhadap usaha menjaga keselamatan Israel merupakan pandangan peribadi dan tiada kaitan dengan pakatan itu.

Katanya, kenyataan Anwar selaku Ketua Umum PKR juga merupakan pandangan beliau dari posisi PKR. Malah jelas penganalisis ini, setiap parti mempunyai sikap dan pendirian masing-masing dan perkara itu juga berlaku di dalam Barisan Nasional (BN).

"Kesepakatan antara Pas, PKR dan DAP dalam satu pakatan adalah untuk mengurus pentadbiran kerajaan dan negara.

"Setiap parti ada sikap dan pandangan masing-masing. Dari kenyataan Anwar, beliau menyokong pembebasan Palestin, tetapi pada masa sama kemusnahan dan ancaman terhadap Israel perlu dijaga. Ucapannya lebih kepada bersifat menjaga hak-hak kemanusiaan," katanya.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian pula berkata, dalam parti, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa.

Bagaimanapun, jelasnya, kenyataan yang dibuat Anwar merupakan isu sensitif dan tindakan tegas perlu diambil.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan ini menambah, jika tidak menangani isu ini dengan segera, ia akan memberi gambaran bahawa Pas 'bersama' dengan kenyataan Anwar walaupun parti yang memperjuangkan Islam itu tidak bersetuju dengan pandangan daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Anwar perlu perbetulkan (kenyataan). Jika benar kenyataan itu dibuat, dia mesti akui dan menarik balik. Tetapi mampukah Anwar nak buat demikian pada media antarabangsa?," soalnya.

Abu Hassan menegaskan, tiada sebarang keganjilan apabila wujud percanggahan pendapat dan pemikiran bila ia menyentuh isu kemanusiaan. Malah perkara itu tidak akan menjejaskan PR, katanya.

Beliau juga berpandangan bahawa kenyataan Anwar dan pendirian Malaysia terhadap isu negara Palestin tidak banyak perbezaan.

Jelas beliau, jika Malaysia prihatin dan serius untuk membebaskan Palestin dari penindasan Israel, sudah tentu tentera dihantar bagi berjuang di negara yang dijajah lebih sedekad itu.

"Jika benar kita serius nak tangani Palestin, sudah pasti kita hantar tentera untuk berjuang di Palestin. Tetapi sehingga hari ini, negara tidak menghantar tentera untuk membantu negara itu.

"Maka, walaupun Malaysia sokong pembebasan Palestin, tetapi dengan tidak hantar tentera untuk berperang dan membinasakan Israel, maka ia sama sahaja dengan kenyataan Anwar itu," jelasnya.

Sivamurugan menegaskan, pendekatan Pas meninggalkan PR perlu diambil jika Ketua Umum itu tidak mengambil apa-apa tindakan.

Di sebalik pandangan kedua-dua penganalisis itu, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, kenyataan Anwar menyokong usaha untuk menjaga keselamatan Israel merupakan satu helah.

Jelasnya, helah itu bertujuan mengaburi mata orang ramai bahawa beliau sememangnya menyokong Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

"Anwar sebenarnya terperangkap dalam hubungan dengan AS dan Israel yang selama ini kita memang tahu hubungan dia cukup baik dan juga terperangkap dengan parti dan orang Islam di Malaysia.

"Jadi untuk elak dia dibenci di sini, maka dia keluarkan kenyataan seperti itu. Kenyataan itu merupakan satu tipu helah yang mana menjelaskan pendiriannya yang kelihatan berkonflik," katanya.

Isu semasa sememangnya memanaskan arena politik domestik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Satu lagi ujian kepada PR, diketuai Anwar dan dianggotai DAP-Pas-PKR, sebelum PRU13.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta Umno dan penyokongnya tidak mempolitikkan kenyataan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyokong usaha-usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Pandangan Ketua Pembangkang itu disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.

Dr Wan Azizah menegaskan, ia tidak harus dijadikan bahan politik memandangkan Anwar telah pun membuat satu penjelasan berhubung kenyataan itu baru-baru ini, selain pandangan pemimpin Hamas, Khaled Meshaa ketika kunjungannya ke Qatar.

Beliau berkata, hasil daripada pertemuan itu, Khaled menerima baik penjelasan Anwar dan menganggap ia bukan satu isu yang perlu diperbesarkan.

"Jika pemimpin Hamas sendiri pun sudah menerima dengan baik perkara ini, kenapa kita pula yang harus perbesarkan? Saya menganggap ini satu salah faham yang perlu diperbetulkan.

"Tak ada isu pun dalam perkara ini, tapi ia diperbesarkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya pada pemberita pada majlis Sambutan Maulidur Rasul di sini, hari ini.

Khamis lalu, Anwar yang dilihat mempertahankan pandangannya yang disiarkan oleh WSJ, berkata, PKR yang diketuainya berkongsi hasrat dan pendirian dengan Pas untuk melihat kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Sambil menegaskan beliau memahami perbezaan pendirian Pas dan PKR, Anwar menambah, parti Islam itu berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

"Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari Pas, Majlis Syura Pas dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

"Ketetapan Pas yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia," kata Anwar.

Anwar mengeluarkan kenyataan ini menjawab pendirian Dewan Ulama Pas dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa lalu bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu perlu menarik balik kenyataan atau meminta maaf jika laporan hasil temu bual dalam akhbar itu tidak betul.

Dalam pada itu mengulas mengenai pertemuan bersama Nik Abdul Aziz, Dr Wan Azizah berkata, Anwar akan menjelaskan secara terperinci kenyataannya tentang Israel.

"Dalam pertemuan itu juga dijangka akan membicangkan cadangan Pas yang menggesa Anwar untuk menarik balik kenyataan yang dibuat di WSJ... kata putus akan dibuat selepas perbincaangan itu kelak," katanya lagi.

Beliau menambah, pertemuan itu dijangka berlangsung di ibu pejabat PKR, malam esok.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

ADAKAH ANWAR MASIH LAGI NAK BELA KESELAMATAN ISRAEL WALAUPUN UMAT ISLAM DI PALESTIN MASIH LAGI DIBUNUH DAN DISEKSA PADA KETIKA INI? BAYANGKAN APA RAKYAT PALESTIN RASA JIKA MEREKA MENDENGAR KENYATAAN ANWAR INI? DAH LA ANAK DAN KELUARGA MEREKA DIBUNUH??HIDUP SEPERTI PELARIAN YANG HANYA MENUNGGU GILIRAN UNTUK DIBUNUH....

“Hampir setiap hari tidak berlalu tanpa operasi pembunuhan dan penangkapan puluhan rakyat Palestin, apatah lagi serangan oleh [negeri pendudukan], askar mereka dan peneroka mereka terhadap rakyat Palestin…,"

Ini yang terbatu...Tiga rakyat Palestin cedera dalam serangan udara Israel ke atas Gaza awal pagi tadi selepas seorang lagi cedera dalam serangan terdahulu.

Menurut sumber, serangan udara terbaru itu mensasarkan sebuah kediaman di kawasan al-Tufah di Bandaraya Gaza dan menyebabkan tiga orang cedera.

Serangan sebelum itu mensasarkan sebuah bengkel di kawasan Zeitun.

Sumber perubatan menyatakan semua empat mangsa adalah orang awam. - AFP

GEMPAR : GUAN ENG KENA TAMPAR LAGI...??


Selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kelihatan hebat ketika memberi ceramah di atas pentas politik tetapi apabila diberi peluang, beliau enggan menjawab beberapa kritikan terhadapnya ketika mengambil bahagian dalam debat MCA-DAP di Berjaya Times Square di sini hari ini.

Dalam debat selama satu jam sempena Persidangan Masyarakat Cina di Persimpangan Politik itu, Setiausaha Agung DAP tersebut bukan sahaja 'gagal' menjawab beberapa soalan peserta persidangan, malah cuba berdolak dalik termasuk sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat sepanjang perdebatan itu.

MCA diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada debat itu yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

Terdahulu, pihak penganjur telah menetapkan beberapa garis panduan termasuk membenarkan peserta persidangan mengajukan soalan kepada kedua pendebat tersebut.

Antara soalan peserta persidangan ialah adakah Guan Eng akan menghapuskan tol Sungai Nyor di Pulau Pinang seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

"Berkenaan 'cek kosong' atau janji kosong di Pulau Pinang, kerajaan negeri beriltizam untuk melaksanakannya termasuk tol di Sungai Nyor, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kuasa berada di bawah Kerajaan Pusat," jawabnya.

Namun penjelasan Guan Eng itu ternyata tidak memuaskan hati penyokong MCA dan mengakibatkan dewan menjadi gamat.

Selain itu, Guan Eng langsung tidak menjawab soalan peserta persidangan yang mendakwa rakyat Cina di Kedah ditindas di bawah pentadbiran kerajaan Pas.

Malah Setiausaha Agung DAP itu juga 'menolak' untuk menjawab soalan tentang beliau cuba menyembunyikan isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membabitkan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Kegagalan Guan Eng menjawab beberapa soalan itu menyaksikan penyokong DAP hanya mampu 'duduk diam' melihat penyokong MCA terus 'menyebut-nyebut' nama Soi Lek.

Dalam pada itu, semasa sidang akhbar, Guan Eng mengalu-alukan tindakan MCA menjemputnya berdebat kerana ia merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.

Katanya, mereka berdua juga bersetuju supaya satu lagi sesi debat antara MCA dan DAP diadakan sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris pada bulan depan.

"Ia merupakan perkara yang ditunggu-tunggu kerana selama 55 tahun, akhirnya satu perdebatan antara MCA dan DAP menjadi kenyataan kerana sesi debat itu sepatutnya berlangsung lebih awal," katanya.

Sementara itu, Soi Lek menyifatkan tidak ada pihak yang menang dan kalah dalam debat itu kerana pemenang bagi debat itu adalah rakyat bukan beliau atau Guan Eng.

"Ini kerana, disebabkan kekangan masa, adalah sukar untuk menjawab lima soalan dalam tempoh tiga minit," katanya.

Bukan sahaja menyajikan hiburan tarian tiang, sebuah kelab malam yang baru dibuka di Jalan P. Ramlee di sini turut menjamu 'gadis dalam kandang' sebagai tarikan untuk mengunjungi pusat hiburan itu.

Kelab yang difahamkan baru dibuka sejak sebulan lalu tu dipenuhi ramai golongan muda yang bukan sahaja datang untuk berhibur, malah menjamu mata dengan gelagat sekumpulan gadis genit separuh bogel.

Gadis-gadis istimewa yang memakai pakaian dalam seperti coli dan seluar singkat itu akan membuat pertunjukan tarian tiang.

Malah untuk menambah kehangatan, mereka turut menari ghairah dalam dua kandang besi khas bersebelahan pentas yang merupakan tarikan terbaru kelab berkenaan.

Menurut Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa, serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu mendapati kelab tersebut menyediakan enam gadis tempatan yang akan melakukan persembahan mengikut masa tertentu.

"Gadis-gadis kandang dan penari tiang ini akan muncul pada pukul 10.45 malam, 11.45 malam dan 1 pagi.
"Mereka akan menari ghairah hanya 15 minit sahaja untuk menarik lebih ramai pelanggan," katanya ketika ditemui selepas mengetuai serbuan itu awal pagi ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kelab itu tidak memiliki lesen sejak dibuka.

"Dalam Ops Noda ini, polis memeriksa seramai 117 pengunjung dan 61 daripada mereka adalah bawah umur.
"Daripada jumlah itu, 25 adalah lelaki serta 36 wanita. Kita dapat mengesan ada di antara mereka yang ditahan masih bersekolah khususnya di tingkatan lima," katanya.

Kesemua pengunjung bawah umur itu dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk dijamin ibu bapa masing-masing.

Kelab itu pula akan disaman kerana melakukan pelbagai kesalahan.



Pelik kan..yang puak puak Islam dalam pakatan haram sibuk mempertahankan Anwar kerana membela dan menjaga keselamatan Israel..tetapi puak puak cina komunis pula sibuk nak pertahankan rakyat palestin..bayangkan komunis nak bela nasib palestin..punah..

Selepas dibidas oleh orang ramai termasuk sekutunya, Pas kerana menyokong negara Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima satu lagi tamparan apabila sekutu rapatnya, DAP juga tidak sealiran dengan pandangannya.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menegaskan parti itu juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap rakyat Palestin serta tetap dengan pendiriannya tidak menyokong negara itu dan mengiktirafkan kewujudannya.

Beliau berkata, tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel tanpa menilai sama ada perkara itu betul atau sebaliknya adalah sesuatu yang terkutuk.

"Kita menyokong sepenuhnya agar rakyat Palestin mendirikan sebuah negara yang bebas dari Israel dan diiktiraf oleh semua negara di seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pembukaan rasmi cawangan pertama restoran Penang One di sini hari ini.

Baru-baru ini, Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan sokongannya terhadap usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Tony Pua juga berharap agar dunia mengambil pendirian untuk menyokong Palestin supaya membentuk sebuah negara bebas.

Saturday, February 18, 2012



Pemimpin pembangkang lebih pentingkan parti daripada perjuangan Islam, malah sanggup menyokong tindakan kejam Israel untuk memastikan pakatan politik mereka tidak tergugat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau turut menyelar tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang bersetuju serta terpengaruh dengan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong kewujudan Israel dan sebarang usaha melindungi keselamatan negara itu dalam akhbar antarabangsa Wall Street Journal.

"Kalau terpaksa memihak kepada Yahudi pun, mereka (pembangkang) akan memihak kepada Yahudi, sedangkan orang ini dulunya begitu keras, kononnya berjuang demi Islam, khususnya Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat)," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz semalam, yang menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai pendirian Parti Keadilan Rakyat.

"Saya katakan terus terang... dia (Nik Aziz) tak boleh nak kecam Anwar kerana membuat dakwaan tersebut, dan hari ini pulak, kita baca dalam akhbar dia (Nik Aziz) cuma nasihat sahaja, bukan dia arah.

"Ini tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat, pasal yang lebih utama bukan Islam, tetapi pakatan yang lebih utama. Kalau terpaksa sokong Israel kerana nak kekal, Pakatan akan sokong Israel," katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini hari ini. Sementara itu, Dr Mahathir yang juga Presiden PGPF berkata, program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza diadakan bagi membantu menyalurkan sejumlah 1.5 juta botol air mineral kepada penduduk Gaza.

Beliau berkata, program itu penting dalam usaha membantu penduduk Palestin yang menderita kekurangan bekalan air bersih akibat sekatan dan pemusnahan sistem pembetungan serta loji penapisan air di Gaza oleh rejim Zionis.

"Walaupun jika dilihat dengan mata kasar ia tidak mampu untuk menampung keperluan air minuman penduduk Gaza, namun ia diharap mampu memberi semangat dan keyakinan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan seharian," katanya.

Melaka merupakan destinasi pertama program itu yang mendapat sambutan luar biasa dengan kutipan berjumlah RM100,000 hasil sumbangan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan perseorangan dalam usaha menjenayahkan peperangan serta memperjuangkan keamanan dunia sejagat. - Bernama

Ulama di negara ini bersependapat masyarakat Islam dilarang hadir di majlis keraian dan upacara keagamaan selain Islam kerana perkara itu akan menjurus kepada syirik dan menyekutukan Allah, kecuali sambutan tersebut berkaitan adat dan budaya masyarakat bukan Islam.

Namun begitu, berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), terdapat beberapa kriteria yang perlu dipatuhi bagi membolehkan masyarakat Islam menghadiri majlis tersebut.

Antaranya adalah majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam, tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak, perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam di negara ini, dan tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, masyarakat Islam dibolehkan untuk menghadiri majlis-majlis keraian yang berunsurkan adat dan budaya bangsa lain sebagai tanda menghormati sesama manusia.

“Kita sama-sama manusia, harus menghormati antara satu sama lain, tapi tidak boleh bertoleransi berhubung perkara yang melibatkan keagamaan.

“Namun begitu, sekiranya keraian itu melibatkan sambutan adat dan budaya seperti Pesta Menuai, Tahun Baru Cina, dan sebagainya, perkara itu dibolehkan,” katanya.

Tambahnya lagi, antara garis panduan hubungan Muslim dan bukan Muslim adalah wujudnya garis panduan dari aspek pemakanan, yang mana meliputi status Halal yang tidak boleh dikompromi.

“Perkara seperti itu tidak boleh dipertikaikan, berkenaan makanan Halal, dan sebagainya itu panduan yang harus dipatuhi.

Jelas beliau, isu itu sengaja dibangkitkan oleh golongan politik yang cuba menjatuhkan satu sama lain dengan menimbulkan isu keagamaan dalam politik.

“Masalahnya yang wujud sekarang adalah masing-masing cuba menjatuhkan satu sama lain, terutamanya politik. Ada persaingan politik, ungkit mengungkit, dan perkara itu akan menimbulkan masalah.

“Perkara berkaitan agama tidak boleh dicampuradukkan dengan politik,” tegasnya yang kesal dengan tindakan PAS menyambut Thaipusam di Sungai Siput, yang mana menurutnya adalah haram.

Sementara itu, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Cave untuk sambutan Thaipusam adalah perkara yang dibolehkan kerana ia dibuat atas tuntutan tugas.

“Perdana menteri hadir atas tuntutan tugas, itu tidak menjadi masalah, begitu juga dengan anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan ketika perayaan itu berlangsung.

“Beliau hanya hadir memberi ucapan dan tidak menyertai ritual keagamaan mereka, itu sebahagian daripada tugas perdana menteri memastikan keharmonian negara,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah beliau, masyarakat Islam dilarang sama sekali mengiktiraf kewahyuan agama selain Islam, namun begitu, mereka harus menghormati kewujudan agama lain.

“Antara perkara yang dilarang adalah memakai pakaian khusus keagamaan seperti salib, pakaian paderi, dan memakai calit di anggota badan. Itu haram, tapi sekiranya mereka memakai kurta atau pakaian tradisi, perkara itu bukanlah satu kesalahan,” tegasnya.

“Saya percaya, kehadiran pemimpin negara ke majlis-majlis seperti itu sekadar tuntutan tugas dan beliau tidak berniat untuk menyertai ritual keagamaan mereka,” tambahnya lagi.

Menurut Asri, kekeliruan yang wujud berkemungkinan disebabkan berlakunya salah faham masyarakat Islam yang sensitif terhadap kehadiran pemimpin di majlis-majlis seperti itu.

“Antara langkah penyelesaiannya adalah penganjur seharusnya diberi panduan berkenaan perkara itu, pihak berkaitan protokol seharusnya dimaklumkan terlebih dahulu garis panduan untuk pemimpin beragama Islam menghadiri majlis-majlis keraian mereka,” katanya lagi.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, ada pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada PAS sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia.

Beliau berkata, dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi EXCO menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam tetapi mendapat bantahan kuat DAP dan PKR yang bersama PAS membentuk kerajaan negeri.

“Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan girlfriend,” katanya semasa ditemuramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro, malam tadi.

Sesi selama satu jam itu dikendalikan bersama Timbalan Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh dan kolumnis ‘Cuit’ Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan yang juga Penolong Ketua Pengarang akhbar itu.

Ditanya tidakkah beliau mendapat sokongan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam urusan Islam, Hasan berkata: “Saya tidak boleh letakkan percentage (peratus) pada ketua saya, tetapi yang saya boleh katakan dalam hal itu saya tidak dapat sokongan padu daripada atas dan teman EXCO yang lain. Bila hal Islam, memang banyak halangan”.

“Saya digugurkan bukan kerana salah guna kuasa, tidak bermoral, minum atau liwat tetapi saya dipecat kerana hendak tegakkan Islam, martabatkan Melayu dan nak tegakkan institusi raja.
“Jika Putrajaya jatuh ke tangan golongan parasit itu, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor,” katanya.

Hasan berkata, dalam kerajaan PAS Kelantan juga wujud parasit yang dekat dengan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Takkan (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul) Hadi Awang dan Nik Aziz tidak layak jadi Perdana Menteri? Takkan pasal pakai kopiah tidak boleh jadi Perdana Menteri sedangkan ada banyak pemimpin luar tidak fasih berbahasa Inggeris.

China jadi kuasa ekonomi dalam dunia walaupun tidak pandai cakap orang putih,” katanya. – BERNAMA

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, berdasarkan maklumat daripada laman web pemilik tanah berkenaan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), tarikh tutup tender adalah 31 Disember 2010.

Bagaimanapun, tegasnya, menerusi laporan syarikat swasta yang berjaya memperoleh tender itu kepada Bursa Malaysia, permohonan untuk membeli serta membangunkan tanah tersebut hanya dibuat kepada PDC pada 3 Mac 2011, manakala surat persetujuan diterima 25 Julai tahun yang sama.

"Terlalu banyak perkara yang menimbulkan kekeliruan dan kesangsian besar di kalangan rakyat.

EP agak pelik kenapa Lim Guan Eng memilih Ivory berbanding SP Setia. KLIK SINI Seperti yang kita tahu saham SP Setia dibeli oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) , iaitu syarikat kerajaan yang menyelia lebih dari RM 190 billion aset luar dan dalam negara . Jelas sekali sekiranya SP Setia berjaya dalam pembangunan projek Bayan Mutiara , 'cashflow' bukan lah satu masalah ! SP Setia dgn Parental Guarantee drpd PNB (Jumlah Asset RM 190B) tidak mempunyai masaalah utk membayar cash RM 1.1 B dan bangunkan sehingga nilai GDV (Gross Development Value) mencapai RM 10 B

Apa yang menjadi persoalan ialah mengapa Ivory diberi kelonggaran utk membayar secara ansuran ? Kenapa kerajaan Pulau Pinang mengambil risiko ini ? Dari segi kewangan SP Setia adalah lebih kukuh dari Ivory Tower , kenapa kerajaan Lim Guan Eng berani memberi kontrak pada syarikat yang kewangannya kurang kukuh berbanding pesaing ? Adakah hanya kerana semata-mata harga tawaran tanah adalah lebih tinggi?

Katakan korang nak buat sebijik rumah , nak pilih kontraktor yang kita tau ada duit ka atau kontraktor yang tak berapa nak ada duit ? Silap haribulan rumah tak siap , duit pun melayang !

*Terima kasih kepada En. Fuad Omar yang memberi info. Analisis maklumat adalah berdasarkan pengalaman beliau selama 30 tahun sebagai seorang jurutera yang terlibat dalam pengurusan projek dan tender. BEDAMAN

Baru-baru ni DBKl telah menjalankan projek pembesaran jalan di Bangsar bagi melicinkan perjalanan lalulintas dan mengurangkan kesesakan. Baguslah tu. Senang sikit nak lalu tempat tu.

Benda baik macam ni mesti Nurul Izzah sokong kan? Maklumlah projek ni jelas menguntungkan rakyat.

Eh, Nurul Izzah tak sokong? Dia tak setuju DBKL buat pembesaran jalan? Apa rasional Nurul Izzah bantah projek untuk rakyat ni?

3 out of 5 Bangsar RAs are against d widening.

Itu alasan kau, Nurul? Kononnya 3 dari 5 Persatuan Penduduk di Bangsar tak setuju dengan projek pembesaran jalan ni?

Aiseh Nurul, kot ye pun nak tipu, tengok-tengoklah sikit. Mari sini aku bagi tahu semua orang kes sebenar, biar satu dunia tahu perangai pembohong si Nurul ni.

Untuk projek ni, Datuk Bandar Kuala Lumpur dah buat mesyuarat dengan semua Persatuan Penduduk yang terlibat:

1.     1. Persatuan Penduduk Taman Lucky
2.     2. Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya
3.     3. Persatuan Penduduk Bangsar Park
4.     4. Persatuan Penduduk Bangsar Baru

Baguslah DBKL buat pendekatan macam ni. Pendekatan ni menunjukkan DBKL sentiasa berunding dengan orang ramai bagi memastikan projek yang dijalankan memenuhi keperluan mereka.

Apa agaknya keputusan mesyuarat tu? Keputusannya ialah: kesemua Persatuan Penduduk yakni 4/4 setuju dengan projek ni.

Eh Nurul, macam mana pulak kau boleh kata 3 dari 5 Persatuan Penduduk tak setuju sedangkan hanya 4 sahaja Persatuan Penduduk yang terlibat? Yang kelima tu Persatuan Penduduk Villa Papa Perut Buncit ke?

Lagi satu, mengapa kau tak berani nyatakan nama Persatuan Penduduk yang kononnya bantah projek pembesaran jalan ni? Setakat sebut 3/5 tak setuju, orang gila tepi jalan pun boleh cakap.

Alamak Nurul, KANTOI lagi!!!!

Lain kali, bagilah FAKTA, Nurul! Jangan setakat kuat AUTA je!!

Inilah perangai Ahli Parlimen Lembah Pantai, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sebelum ini Skim Pinjaman Perumahan untuk Penduduk PPR dan PA dia cuba gagalkan. Dia tuduh penduduk PPR dan PA semuanya tak boleh dipercayai untuk bayar pinjaman. Dia perlekeh penduduk PPR dan PA, kononnya mereka semua tak amanah, bila pinjam nanti tak nak bayar balik!

Sekarang ni, projek pembesaran jalan demi kepentingan rakyat pun dia cuba nak gagalkan. Dia tak peduli kalau penduduk Bangsar dan Lembah Pantai sengsara, yang penting dia akan cuba mati-matian untuk gagalkan semua projek Kerajaan. Mengapa? Sebabnya kalau kepentingan rakyat terjaga, apa lagi modal dia nak pakai untuk raih undi?

Inilah contoh manusia tak guna yang cari kuasa demi kepentingan sendiri, bukannya untuk kepentingan rakyat!

Sumber : apakecoh2


Mursyidul Am Pas, Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk  Seri Anwar Ibrahim mempertahankan  kenyataannya berhubung sokongan terhadap  sebarang usaha bagi menjamin keselamatan  Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat  (PKR).



Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau  tidak peduli dengan kenyataan Ketua  Pembangkang tersebut yang dilihat tidak  menghormati pendirian Pas berhubung negara  Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk  mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar  tidak menghormati pendirian Pas), dia punya  pasal, tak ada apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas  melancarkan Program Merealisasikan Amal  Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan  Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di  Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini  melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya  mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan  syarat tentera negara tersebut perlu berundur  dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta  aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin  dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami  bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel  adalah haram dan parti itu tidak berhasrat  mengadakan rundingan serta kerjasama dengan  Israel.

Mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa  kenyataan beliau telah disalah erti oleh Pas dan  Majlis Syura parti itu, Nik Abdul Aziz berkata,  setidak-tidaknya Ahli Parlimen Permatang Pauh itu  telah membuat kenyataan.

“Yang pentingnya dia jawab. Apabila dia jawab,  saya tidak akan jawab sendiri, saya akan serah  jawapan itu kepada dia sendiri. Saya akan dengar  dia cakap secara berdepan, lepas pada itu dialah  jawab kepada orang lain, saya akan senyap supaya  tidak ada ruang bagi wartawan melaga-lagakan  saya dengan dia,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu turut menyatakan  kesediaannya untuk bertemu Anwar di Kuala  Lumpur sepanjang berada di ibu negara bagi  menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu  untuk menjelaskan perkara tersebut.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas itu dalam satu  kenyataan yang dianggap paling keras setakat ini,  mendesak Anwar menarik balik kenyataan  menyokong keselamatan Israel dan turut meminta  ketua pembangkang itu menyaman akhbar The  Wall Street Journal (WSJ) sekiranya  kenyataannya diputar-belitkan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  dilaporkan turut menegaskan Pas menolak  penyelesaian dua negara kerana haram bagi  mana-mana umat Islam menerima kewujudan  Israel, selain telah menjadi fardu ain kepada orang  Islam untuk membela dan membebaskan rakyat  Palestin yang sekian lama dizalimi rejim zionis. 

Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Endau di sini untuk berceramah Ahad ini.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Mersing serta Persatuan Belia Endau mendakwa kehadiran Ketua Umum PKR itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan penduduk di kawasan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk di daerah ini menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

"Masyarakat di sini membantah kehadiran Anwar dan kita tidak sekali-kali akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan kepada penduduk Mersing kerana kami sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami tidak mahu Anwar yang menyokong negara Israel hadir ke tempat tinggal kami kerana ia akan mengubah suasana harmoni dan keselesaan penduduk yang telah sekian lama terjalin baik antara pelbagai kaum," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan bersama Setiausaha MCA Bahagian Mersing, Tan Ah Fatt di Balai Polis Endau di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Endau, Musranizam Musa berharap golongan belia tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar kerana ia hanya akan merosakkan keharmonian penduduk di kawasan itu.

"Kami mahu keamanan sedia ada di sini dikekalkan dan kehadiran Anwar pasti memecah-belahkan penduduk," katanya.
Sekali pandang..cinta pandang pertama..




...tapi kalau dua kali pandang..orang tua-tua kata minta simpang.. :D




..kali ketiga pandang..agak-agaknya nampak macam ni tak??...


Bila agaknya PAS dan Zuraida kak Limah nak desak Eli Wong letak jawatan?? Sehingga ke hari ini Eli masih lagi tidak menjelaskan kepada rakyat apa hubungannya dengan Hilmi Hazmin Malek yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia sebelum ini. Kalau tak de hubungan kena asyik lagi je bila jumpa wartawan??

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengelak untuk bertembung dengan wartawan yang menunggunya di luar pintu bilik Mesyuarat Exco yang terletak di tingkat 20, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini semalam.
Malah Elizabeth yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri itu dilihat tergesa-gesa meninggalkan bilik mesyuarat melalui pintu lain.
Ekoran itu, usaha wartawan menunggu selama lima jam untuk mendapat reaksi Elizabeth. 40, mengenai penahanan bekas teman lelakinya, Hilmi atau Azmin Helmi di Batam, Indonesia pada 3 Februari lalu kerana kesalahan menggunakan dokumen palsu berakhir dengan kehampaan. - Kosmo Online

Bukan lagi panas...rasanya dah terbakar kot..mungkin itulah yang dirasakan oleh Ketua Menteri paling celaka Lim Guan Eng sekarang ini setelah  Dato' Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang telah berjaya membongkarkan satu skandal yang paling besar dalam sejarah politik Pulau Pinang melibatkan wang berbillion ringgit.

Dato' Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang dalam sidang mediannya petang tadi telah mendedahkan bukti dokumen penyelewengan wang rakyat diantara Ivory dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang melibatkan berbillion ringgit dan pastinya akan membuatkan Lim Guan Eng bertambah panik dan menjatuhkan imej beliau yang kononnya telus dan transparen.

Penafian demi penafian serta putar belit Lim Guan Eng tentang isu nilai pasaran komoditi terpenting di Pulau Pinang iaitu kawasan tanah tidak mungkin akan dapat ditutup. Tahniah UMNO Negeri Pulau Pinang kerana telah berjaya membongkar wajah sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang dan DAP yang selama ini menipu rakyat negeri Pulau Pinang dalam mentadbir negeri Pulau Pinang...



Umno Pulau Pinang hari ini mendesak Lim Guan Eng supaya bersara dari politik dan meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukti mengotakan janjinya berbuat demikian
jika terdapat bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara di sini telah dilakukan secara rundingan.
Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya mempunyai beberapa bukti bahawa tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group.
"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh
pemilik tanah  berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.


"Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan  Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya, tender terbuka untuk pembelian tanah itu tidak berlaku dalam erti kata sebenar kerana hanya terdapat dua buah syarikat yang menyertai tender itu.
Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak mempamerkan nama syarikat yang menyertainya  dengan harga yang ditawarkan oleh mereka selepas tawaran tender tutup pada 31 Disember 2010.
Zainal berkata Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, telah mencabar bahawa beliau akan meletak jawatan dan bersara dari politik jika Umno boleh membuktikan dakwaan bahawa tanah itu dijual secara rundingan.
Tanah yang dianggap sebagai "bernilai amat tinggi" itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Pada perkembangan lain, Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang  turut mempersoalkan pembinaan rumah bertingkat setinggi 16 tingkat di Batu Kawan dekat sini kerana kerajaan negeri tidak membina rumah kos  murah.
"Rumah yang akan dibina di kawasan berkenaan adalah RM72,000  hingga RM220,000, apa yang kita pertikaikan ialah mengapa tiada rumah kos murah yang berharga RM42,000 sedangkan projek itu dibina atas tanah PDC," katanya. - Bernama 


PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.