Tuesday, January 3, 2012

Hahahahaha...siapa pula yang nak bunuh Anwar ni? Kalau masuk penjara, itu sudah semestinya tetapi kenapa nak kena selit kemalangan atau ditembak...Adakah Anwar ingin mengatakan bahawa ada konspirasi untuk membunuhnya jika dia didapati tidak bersalah dan terlepas dari hukuman penjara pada 9hb Januari ni??...hahahahaha..

Buat apa nak bunuh orang yang kita dah tahu dia akan menghabiskan sisa-sisa baki hidupnya dalam penjara?? Bukankah itu satu perkara yang sangat bodoh dan merugikan...Jadi tak perlulah nak tipu rakyat kononnya ada orang nak bunuh kerana taktik meraih simpati sebegini sudah basi beb..Kan lebih elok jika Anwar bertaubat dan menginsafi kesalahan-kesalahan lama daripada terus menipu untuk melepaskan diri daripada kesepitan...


Pakatan Rakyat tidak gentar sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara apabila penghakiman kes perbicaraan liwat II disampaikanpada 9 Januari ini.

"Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau Azizah sahaja tetapi juga Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan supremo DAP Lim Kit Siang. Kami telah bincangkan segala kemungkinan.

“Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif  sebagai satu kumpulan," kata Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kontingensi dan sedar mengenai apa yang mungkin terjadi pada 9 Januari, apabila keputusan perbicaraan kes liwat keduanya akan disampaikan.

"Jika ada orang dalam Umno yang berpendapat bahawa dengan memusnahkan Anwar, perjuangan Pakatan Rakyat akan terbantut, perkara yang sebaliknya akan berlaku. MK

Mungkin inilah pertama kali EP membaca seorang ibu atau mertua bangga dengan tindakan anak dan menantunya melakukan sesuatu perkara yang memalukan dan hanya akan merugikan masa depan mereka. Pelik...selalunya ibu bapa akan marah jika dapat tahu anak-anak mereka berkelakuan sebegini tetapi sebaliknya buat ibu mertua Safwan Anang...Bangga!

Atas dasar apa yang hendak dibanggakan pun EP tak tahu.. Tujuan atau matlamat utama seseorang mahasiswa masuk universiti ialah menamatkan pengajian dengan cemerlang dan membawa balik segulung ijazah supaya ibu bapa boleh bangga dengan pencapaian anak-anak mereka. Bukannya bangga kerana ditangkap melakukan demo secara haram menentang kerajaan..berperangai macam beruk..

Cuba lihat video dibawah ini...Jika anda seorang ibu bapa, adakah anda akan bangga jika anak-anak anda berperangai memalukan sebegini..langsung tidak mencerminkan mereka sebagai seorang mahasiswa..


"Saya bangga ada anak dan menantu yang sebegini dan saya harap ramai lagi mahasiswa yang akan bangkit untuk memperjuangkan yang hak."(Puan Mariam ketika bercakap kepada para pemberita) Demikian kata Puan Mariam Abdul Rashid, ibu mertua kepada Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini...

..."Bangga..." kata Puan Mariam sambil tersenyum kepada wartawan yang bertanya kepada beliau tentang Safwan yang terpaksa diusung ke hospital selepas dipukul. "Dia menantulah dan anak saya juga seorang aktivis pelajar," kata Puan Mariam.

"Bangga..sebab mereka sangat berani untuk memperjuangkan yang hak dan juga untuk membela nasib yang lain. Namun Puan Mariam sekali lagi menyambung dengan berkata, "Saya bangga ada anak dan menantu yang begitu....." -Harakah


Nasib baik kena buang dari kolej kediaman universiti je..bukannya dibuang daripada universiti...kalau itu pun tak reti bersyukur EP tak tahulah..itu pun masih nak kata kerajaan jahat, zalim dan macam-macam lagi..lain kali kalau nak buat sesuatu perkara tu cubalah guna otak untuk berfikir dan bukannya kepala lutut....

Seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang terbabit pada perhimpunan pro-kebebasan akademik, Ahad lalu sehingga menyebabkan pergelutan berdarah dengan pihak polis telah disingkirkan dari kolej kediaman universiti itu.

Menurut penyelaras kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli Abdul Halim, pelajar wanita itu dimaklumkan keputusan itu semalam selepas beliau dibebaskan daripada tahanan polis.

Adam Adli ketika dihubungi hari ini berkata setiausaha LMP Siti Nurul Piteriah Abdul Halim telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI.

Katanya, seorang lagi pelajar universiti itu yang mengambil bahagian dalam demonstrasi menjelang Tahun Baru juga mungkin menghadapi tindakan disiplin, tetapi ini belum disahkan.

"Mereka belum diberikan sebarang notis siasatan oleh pihak berkuasa universiti," kata Adam Adli, yang tidak tinggal di kampus Tanjung Malim.
100 ribu ke, 1 juta ke ianya sedikit pun tidak akan mengubah keputusan yang akan dibuat oleh hakim pada 9 Januari. Sekiranya Anwar didapati bersalah, walaupun 100 ribu orang yang dibayar untuk berkumpul dihadapan mahkamah bagi menyokong kempen Bebas Anwar, ianya tidak mampu untuk membebaskan Anwar.

Buat apa buang masa, datang jauh-jauh hanya untuk mendengar keputusan..Kalau kita ada disitu pun bukannya kita boleh ubah keputusan hakim. Bukankah lebih mudah jika kita mengikuti perkembangannya di internet..Tak perlu berpanas dan bersesak..


Pakatan Rakyat (PR) dijangka menggerakkan 100,000 ahlinya bagi menyokong kempen Bebas Anwar 901 di pekarangan kompleks mahkamah Jalan Duta di sini Isnin depan.


Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, sokongan padu terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan diterjemahkan dalam pehimpunan besar-besaran itu nanti.



"Kita tidak takut untuk menggerakkan perhimpunan ini kerana ada peruntukan dalam Perlembagaan yang membenarkan kita berhimpun secara aman.



"Pada perhimpunan itu nanti, kita sediakan garis panduan kepada nereka supaya mematuhi peraturan dengan tidak membawa senjata tajam dan seumpamanya," katanya pada sidang media di sini hari ini.



Beliau berkata, perhimpunan itu akan tetap diteruskan walaupun berisiko berhadapan dengan tindakan undang-undang dan dihalang pihak berkuasa.



"Kita sudah lali dengan kenyataan berbentuk ancaman dari pihak berkuasa ini. Kenyataan polis begini sudah banyak kali kita dengar.



"Di mana-mana negara pun, kita diingatkan supaya berfikir di luar kotak pemikiran. Gaji mereka (polis) pun rakyat yang bayar," katanya.


Bukan pemansuhan AUKU yang diperjuangkan tetapi lebih kepada agenda politik pakatan haram. Apa cerita mahasiswa-mahasiswa SMM ini mengeluarkan kata-kata kesat terhadap UMNO/BN dan Perdana Menteri. Hari tu bermati-matian kata mereka tidak berpihak pada mana-mana parti politik..

Sedih gak bila tengok mahasiswa-mahasiswa berkelakuan sebegini..mereka sangka mereka bijak nak menipu orang tapi realitinya mereka memperbodohlkan diri mereka..Agaknya berapa banyak Anwar mengupah budak-budak ni sehingga sanggup memperbodohkan diri mereka dan mengadaikan masa depan mereka sebagai seorang mahasiswa...


Maklumat yang baru EP terima, terdapat arahan daripada pemimpin atasan PKR supaya memanggil kesemua pengamal dan penyokong LGBT di seluruh Malaysia untuk menyertai himpunan rakyat demi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau ‘Gerakan 901′ pada 9hb Januari nanti di luar bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Apa yang lebih mengejutkan, sumber tersebut menyatakan bahawa nasib dan masa depan mereka yang tergolong dalam golongan Lesbian,  Gay, Biseksual dan Transgender bergantung pada keputusan kes yang akan diumumkan pada 9hb Januari ini...Sekiranya Anwar didapati tidak bersalah maka cerahlah peluang Kumpulan LBGT ini untuk mendapatkan hak mereka...

Salah satu faktor mengapa arahan ini dikeluarkan adalah disebabkan Anwar risau Gerakan 901 yang akan diadakan ini tidak mendapat sambutan. Pertama, 9hb ialah hari bekerja, Kedua, perancangan untuk melibatkan pelajar universiti menemui jalan buntu apabila insiden yang berlaku di UPSI tempoh hari telah menyedarkan ramai pihak terutamanya pelajar-pelajar universiti. 

Oleh itu arahan memanggil kumpulan LBGT ini adalah jalan yang paling mudah untuk meramaikan lagi penyokong Anwar di hadapan mahkamah kerana Anwar yakin kehadiran kumpulan ini akan menarik keluar lebih ramai lagi golongan sama untuk menyertai himpunan rakyat tersebut. 

Apa yang difahamkan kumpulan ini menganggap Anwar sebagai dewa mereka kerana sikap keterbukaan Anwar dan orang-orangnya dalan penganjuran program Seksualiti Merdeka November lepas, selain kes pendakwaan terhadap Anwar itu sendiri yang membabitkan soal liwat.


HarakahDaily, lidah rasmi PAS yang terkenal dengan pembohongan dan penjualan yang semakin merudum kerana kredibiliti yang semakin teruk telah melaporkan bahawa salah seorang daripada perusuh haram di UPSI telah patah tulang rusuk dan patah gigi geraham.


Mari kita perhatikan foto perusuh haram tersebut (di atas) yang sedang didekati oleh oportunis murahan N.Surendran, Naib Presiden PKR.

Dan kita perbesarkan foto tersebut seperti di bawah.

Ada yang tidak kena dengan diagnosis 'patang tulang rusuk dan patah geraham' oleh lidah rasmi pembohong PAS itu dengan simptom dan kesantaian yang ditunjukkan oleh perusuh haram bernama Safwan Anang itu.

Kepada sesiapa yang pernah mengalami 'patah tulang rusuk', anda tentu tahu betapa seksanya anda untuk bergerak, bernafas dan lebih-lebih lagi mengangkat tangan seperti foto di atas!

MiM sendiri banyak kali merawat pesakit yang patah tulang rusuk!

Tetapi sebagai seorang doktor perubatan, MiM tidak boleh membuat diagnosis hanya berdasarkan kepada foto di atas.

Simptom mesti disertakan dengan pemeriksaan. X-ray juga mesti dilakukan untuk mengesahkan diagnosis. Inilah prosedur yang sebenarnya.

Yang menghairankan MiM ialah bagaimanakah lidah rasmi PAS itu begitu yakin dengan 'patah tulang rusuk patah geraham'?

Jika rujuk kepada Malaysian Insider, peguam Safwan Anang mengatakan bahawa pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River!

Kenapakah HarakahDaily mendahului laporan kesihatan Hospital Slim River itu?

Seperkara lagi, MiM bersetuju dengan pandangan pihak polis supaya mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memburuk-burukkan nama mereka.

Bernama melaporkan bahawa Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, polis mempunyai bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan itu.

Pihaknya sedang menubuhkan pasukan khas dalam memantau dan menyiasat beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di Perak semalam.

“Semasa perhimpunan haram itu, ditempatkan beberapa jurugambar dan jururakam polis bagi merakamkan semua kejadian yang berlaku untuk dijadikan bukti bahawa polis tidak menggunakan kekerasan atau mencederakan mana-mana penuntut.

“Justeru itu, pasukan khas telah saya arahkan untuk membuat satu penelitian bagi mengesahkan tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar sama sekali”.

Tambahnya lagi, sekiranya dakwaan yang dibuat dalam blog tersebut dibuktikan palsu, polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tuduhan fitnah kepada pasukan keselamatan tidak berulang.
 - Dr MiM


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menghadiri solat hajat yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat ini di dua buah masjid di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, solat hajat yang dirancang diadakan pada sebelah malam itu bertujuan memohon kepada Allah untuk menunjukkan kebenaran sekiranya salah seorang daripada mereka berbohong.

Menurut beliau, solat hajat yang akan diadakan pada 5 Januari itu dicadang diadakan di Masjid Negara manakala pada 6 Januari di Masjid Kampung Baru, Masjid Wilayah Persekutuan atau Masjid Jamek Kuala Lumpur.

"Saya cabar Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari supaya turun pada hari tersebut bagi memohon petunjuk dan hidayah Allah bagi membuktikan siapa yang benar dan siapa yang berbohong. Kita juga minta dalam solat hajat tersebut supaya yang mana berbohong agar dilaknat Allah.

Satu ketika dulu, terdapat berita mengatakan pelajar paling cemerlang dalam Malaysia iaitu Nur Amalina gagal dalam pengajiannya di Univeristy of Edinburgh dan berita tersebut telah mendapat perhatian rakyat Malaysia sehinggakan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim terpaksa memperjelaskan keadaan yang sebenar di Parlimen supaya rakyat Malaysia mendapat cerita yang sebenarnya. Ternyata berita kegagalan Nur Amalina dalam pengajiannya hanyalah khabar angin...


EP pun ada baca gak sebelum ni dalam blog pasal Nur Amalina ni..Kebanyakannya hanyalah khabar angin pun..tetapi sehingga hari ini Nur Amalina masih lagi cemerlang dalam pengajiannya...Cuma cara dia berpakaian dan pergaulannya di UK EP malas nak komen lebih-lebih.. EP doiakan Nur Amalina akan jumpa balik dirinya yang sebenar..Sebabnya Nur Amalina ni merupakan role model untuk pelajar-pelajar di Malaysia..Bukan mudah nak perolehi apa yang dicapai oleh Nur Amalina...




Pastinya Nur Amalina mempunyai jawapannya tersendiri....

Ikuti Kenyataan yang dibuat oleh Zulkifli Noordin mengenai Nur Amalina pada tahun 2009...


Kebelakangan ini terlalu banyak berita disebarkan konon cerita Nur Amalina Che Bakri telah gagal dalam pengajiannya.


Saya telah membangkitkan kesahihan cerita ini didalam Parlimen hari ini, kerana saya berharap isu saperti ini tidak diputarbelitkan. Tambah-tambah ramai yang menggunakan cerita ini untuk memperlekehkan keupayaan anak-anak Melayu bersaing diperingkat antarabangsa, dan memperlekehkan sistem sekolah kebangsaan kita, sebaliknya terlalu mengagung-agungkan sekolah lain!



Nur Amalina telah mengejutkan negara pada 26.03.2005 apabila menjadi pelajar Malaysia yang pertama mencapai kejayaan 17A didalam peperiksaan SPM dengan hanya belajar disekolah kebangsaan. Ramai yang mencemburui kejayaan Nur Amalina, terutama mereka yang terlalu mempertuhankan sekolah swasta dan sekolah-sekolah elit.



Berikutan kejayaan itu, Nur Amalina telah ditawarkan biasiswa untuk mengikut pengajian perubatan oleh Bank Negara. Nur Amalina telah mengikuti pengajian A-Level di Cheltenham Ladies College, United Kingdom. Beliau mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 5A dalam semua matapelajaran. Bukan itu sahaja, Nur Amalina telah mengambil matapelajaran tambahan Additonal Chemistry (hanya 3 pelajar yang berbuat sedemikian). Bukan sahaja beliau lulus cemerlang, malahan Nur Amalina memenangi 'extra-merit' dan dianugerahkan "Advance Award fo Chemistry".



Pada bulan Mac lepas, Nur Amalina telah membuat permohonan memasuki 4 universiti yang top di United kingdom iaitu Cambridge University, Imperial college, Bristol University dan Univeristy of Edinburgh. Tiga universiti yang akhir telah menawarkan tempat kepada Nur Amalina.



Nur Amalina telah memilih untuk mengikuti pengajian dalam Bachelor in Medical Study, Surgery & Science di University of Edinburgh. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian ditahun kedua. Yang paling membanggakan, pihak Univerisit Edinburgh telah menawarkan Nur Amalina membuat pengajian tambahan peringkat ijazah dalam Pharmacology with Industrial Experience kerana kejayaan cemerlang beliau. Ini bermakna Nur Amalina akan mendapat ijazah berkembar insyallah setelah beliau selesai pengajian beliau iaitu Ijazah MBChB dan M Med Sc.



Oleh itu saya berharap kabar-kabar angin berkenaan dengan Nur Amalina tidak akan disebarkan lagi. Malahan kita sepatutnya berbangga dengan kejayaan beliau dan mendoakan moga beliau bukan sahaja akan mencapai kejayaan cemerlang sebagai kejayaan peribadi, malahan menjadi ikon negara dan membuktikan bahawa anak Melayu juga berupaya menandingi orang lain dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa insyallah.



Adios amigos.



Zulkifli Bin Noordin

Monday, January 2, 2012



Hanya beberapa kerat sahaja dalang mahasiwa kaki demo yang bermentorkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan modus operandi SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) itu.

1. Ahmad Syukri Ab. Razak, pelajar KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), sebuah IPTA di bawah kerajaan negeri Selangor, di mana Anwar telah susun orang-orangnya untuk menjaga pelajar-pelajar di sana.
Ahmad Syukri dikaderkan dari proses penyusunan ini, dilantik menjadi Pengerusi SMM.
Hebat sungguh cara susunan Anwar yang ‘amat demokratik’, dari susunan PKR diaturkannya, hinggalah sampai kepada kepimpinan pelajar.
Belum pernah dalam sejarah gerakan siswa, ketua gerakan siswa dipimpin dari universiti junior seperti KUIS. Selalunya gerakan itu berketuakan pelajar dari salah satu daripada lima universiti ternama dan selalunya UM.
Namun, kerana sentuhan Anwar, beliau mahu ‘ketua siswa’ datang dari universiti di bawah kawalannya, maka Syukri, pelajar KUIS dipilih jadi Ketua SMM.
Syukri yang dikultuskan oleh ‘Sang Imam Mahdi’ inilah yang mengatur mesyuarat-mesyuarat SMM. Semua arahan mesti datang dari sang kultus. Dari demonstrasi membela Prof. Aziz Bari di UIA hinggalah acara bakar lilin.

Syukri syok sendiri dijulang sebagai hero ketika demo di masjid UIA bela Aziz Bari. Pelajar UIA pun tak terlibat, Syukri dari KUIS pula yang terlebih sudu

Bila malam menjelma, maka muncullah knight of the templar yang menyalakan candlelight vigil

Pelik kan.. pelajar KUIS menyamar jadi pelajar UIA yang kononnya berlagak Islamik, tetapi apabila malam menjelang, si peyamar yang kononnya Islamik itu terjebak pula dengan upacara warisan Kristian, bakar lilin (candlelight vigil).

2. Adam Adli, pelajar UPSI, berasal dari Kampung Baru Penanga, Pulau Pinang. Adam memang direkrut dari AIC (AnwarIbrahimClub) dan AMK PKR.
Kononnya dialah ‘hero’ yang mula perasan setaraf dengan ‘Che Guevara’ pejuang revolusi Marxist di Amerika Latin.
Setakat turunkan bendera Perdana Menteri di PWTC dah setaraf dengan Che Guevara. SETERUSNYA...


Sendiri cari penyakit..lepas tu sendiri tercedera lepas tu ada hati nak saman pula pihak polis yang menjalankan tugas...pelik-pelik...Masa depan budak ni dan memang gelap..kemungkinan besar akan dikenakan tindakan tatatertib dan dibuang daripada universiti..hutang pengajian nak kena bayar walaupun tidak menamatkan pengajian...Jadi jalan yang paling mudah untuk menyelamatkan diri ialah berlakon cedera..nyaris-nyaris kehilangan nyawa...lepas tu boleh saman pihak polis.. dengan harapan duit kemenangan kes dapat digunakan untuk menyara hidup...

Lepas ni Adam Adli dan Safwan Anang tidak akan menghadapi masalah dengan AUKU jika mereka hendak menyertai atau memengang jawatan dalam mana-mana parti politik yang mereka ingin sertai kerana selepas 9 Jan 2012 ini mereka sudah tidak bergelar mahasiswa...

EP nak tengok sejauh mana penjilat-penjilat Anwar ini akan dibela oleh puak-puak yang menghasut mereka menyuruh mereka melakukan perkara yang menyebabkan mereka dibuang universiti...


Mohd Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.

Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat.
“Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri.
“Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River.
Laporan The Malaysian Insider semalam menyatakan bahawa polis telah menafikan dakwaan mereka memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di UPSI dan menegaskan “tiada pergelutan” berlaku apabila tangkapan dibuat. 
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan sementara itu berkata “tindakan perlu” diambil demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa “tercedera sendiri”.
“Kumpulan mahasiswa tidak mendengar arahan polis supaya bersurai dan kami terpaksa bertindak dengan menangkap mereka.





Menarik dari blogger anginperubahan...

Beginilah keadaan Safwan Anang (menantu Naib Ketua Dewan Muslimah PAS Selangor) yang kelihatan terbaring kononnya mulut berdarah.
 
Kalau mulut itu berdarah teruk, sudah pasti Malaysiakini akan fokus dan besarkan gambar mulut yang berdarah itu dalam gambar tersebut. Mana gambar itu?
 
Apa motif gambar ini? Untuk tunjuk pada rakyat kononnya polis lah yang jahat dan mengasari Safwan sampai berdarah mulut?.
 
Ingat, ini bukan kali pertama pihak pembangkang mengenakan polis dengan lakonan sebegini. Memang Safwan pandai berlakon, masih ingat cerita Mastura yang tiba-tiba hilang dari kampus? (baca sini)
 
Mengapa Mastura tidak pergi ke hospital untuk membuat rawatan? (baca sini) Lihatlah bagaimana ibu mertua Safwan terkantoi ketika sidang media (baca sini).
 
 
Masih ingat lakonan yang berlaku pada 9 Julai 2011? Anwar Ibrahim terbaring di katil kerana mendakwa polis mengasarinya di KL Central. Akhirnya lakonan itu berakhir di Jakarta 14 Julai 2011 (baca sini).
 
Berapa hari bertahannya lakonan Safwan ini? Lebih baik Hospital Slim River keluarkan laporan perubatan yang sebenar. Dalam demo tersebut pertubuhan haram seperti SMM hanya mahu mencari simpati dari rakyat sahaja.
 
 
Apakah ini budaya dan nilai intelektual seorang yang bergelar mahasiswa? Mereka sudah habis modal. Mahu mencari simpati dengan cara berlakon.
 
Ingat bagaimana kes Suhardi berlakon untuk mencari simpati dari rakyat? (baca sini). Safwan adalah pelakon baru yang meniru cara lakonan Suhardi dan Anwar Ibrahim.
 
Demo BERSIH outcome simpati adalah Anwar Ibrahim dan Suhardi. Demo turun bendera di PWTC mereka cuba alihkan perhatian untuk simpati pada Adam. Dalam demo di UPSI semalam mereka cipta satu lagi ikon simpati iaitu Safwan.
 
Semua taktik ini diimport dari luar untuk cetuskan rasa tidak puas hati rakyat pada kepimpinan yang ada. (baca sini) Jangan terperangkap dengan modus operandi reverse psychology ini. 




Terkejut bila penulis didatangi email mendakwa bahawa gadis ini teman wanita kepada x gangster UPSI Adam Adli. Email yang tertera nama Mr zooul yang dihantar melalui pelayar email yahoo group telah mula tersebar.

Sejauh mana kebenaran dakwaan pengirim email tersebut penulis masih samar-samar sebab setahu penulis Adam Adli ini sibuk dengan aksi rempuh merempuh pintu pagar UPSI dan klinik UPSI –mana sempat untuk bercinta. NAK TAHU SELANJUTNYA KLIK SINI...

Betul ke gambar di atas ni awak Adam Adli..Ada sesiapa boleh tolong sahkan tak??

**SEJAK DARI MULA LAGI PERHIPUNAN YANG KONONNYA AMAN INI TELAH DIPENGARUHI OLEH BUDAYA PEMBANGKANG...TERJERIT-JERIT MACAM BERUK, MENGGUNAKAN KATA-KATA KESAT, UGUT MENGUGUT..KALAU MAHASISWA YANG RANCANG PASTINYA PERHIMPUNAN INI AKAN LEBIH INTELEKTUAL DAN BERADAB MENCERMINKAN GOLONGAN BIJAK PANDAI...PUAK-PUAK PEMBANGKANG NI BODOH SIKIT...SIBUK NAK POLITIK SAMPAI KENA BUANG UNIVERSITI...CONTOHNYA MAT SABU..MANA SEMPAT HABIS BELAJAR...
Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.
Jam 10pm , kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.
Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke UPSI sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)
Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “we love UPSI “. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman UPSI. UPSI bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Facebook dan blog yang cintakan UPSI, menyatakan sokongan agar bumi UPSI tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.
Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh UPSI dan TNC mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadap Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI.
Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU. Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar UPSI dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama.
Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.
2.20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 UNIVERSITI MALAYA (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.
2.35am Mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”. Pintu pagar UPSI telah digegarkan oleh mereka , ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, OCPD mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam UPSI dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis UPSI, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.
Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.
Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.
Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar UPSI yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan UPSI sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan UPSI dan TNC HEP mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.
ACP/KS DATO’ DR JUNAIDY ABU BAKAR
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM


“undang2 ini bukan menjadikan para pelajar sebagai robot yang tidak boleh berfikir”[10 April 1975]


Dr Mahathir pernah mendakwa [3 Mac 1975] pemimpim mahasiswa sedang merancang menyusun kumpulan dan memperalatkan mahasiswa dan pelajar sekolah berasrama penuh. Matlamat mereka mewujudkan kuasa pelajar bagi menekan kerajaan menghasilkan semua permintaan mereka dan akhirnya mengulingkan kerajaan.

Rancangan ini disampaikan melalui kursus agama, politik dan kuliah subuh yang diharapkan mengubah pemikiran mahasiswa. Kesannya, mahasiswa menyangka “Islam itu memakai baju kurung”. 

Dr Mahathir berkata mahasiswa boleh menyalurkan pendapat melalui forum, memorandum dan dialog bukannya demonstrasi. Mahasiswa perlu mengambil berat tentang politik tetapi bukan bertindak tanpa sekatan dan kajian mendalam serta terkeluar daripada batas tertentu.

Pada tahun 2008 melalui blognya chedet, Tun Mahathir menulis “Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU”. 



Tetapi malang buat semua mahasiswa kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Adam Adli bersama-sama rakan-rakannya telah membuktikan mahasiswa masih tidak matang untuk berpolitik dan masih memerlukan AUKU bagi memastikan masa depan mereka terjamin



Semangat dimiliki sesetengah mahasiswa untuk memperjuangkan isu membabitkan kepentingan masyarakat memang disanjung. Malah demokrasi diamalkan di negara ini memberi ruang kepada setiap rakyat, termasuk mahasiswa meluahkan pandangan bagi mengetengahkan rasa tidak puas hati terhadap sebarang isu. 

Walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dalam bentuknya sekarang banyak mengehad kegiatan mahasiswa terutama terbabit dalam politik kepartian, masih menjadi tanda soal sama ada hak di bawah Perlembagaan turut boleh disekat di luar kampus. 

Seperti dipamerkan dalam kes Muhammad Hilman Idham baru-baru ini, Subseksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar atau kumpulan pelajar daripada menyuarakan simpati atau sokongan kepada mana-mana parti politik, didapati tidak sah oleh Mahkamah Rayuan atas alasan melanggar Perlembagaan. 

Berikutan itu, pelajar universiti sekarang mempunyai hak untuk menghadiri ceramah politik atau menyebar risalah dan sebagainya. Walaupun rayuan dikemukakan terhadap keputusan itu, kerajaan masih bertegas mahu meminda AUKU bagi mencerminkan keterbukaan baru dijanjikannya di bawah Program Transformasi Politik negara. 


Perubahan dicadangkan itu adalah langkah kerajaan untuk mengakui dan mengembalikan hak pelajar agar pembelajaran dilalui mereka, sama ada dalam bilik kuliah atau di luar, lebih bulat. Namun niat ikhlas kerajaan ini tidak harus disalah tafsir sebagai memberi lesen kepada pelajar ini untuk bertindak di luar undang-undang seperti disaksikan pada perhimpunan haram di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Tanjung Malim, Perak kelmarin. 

Dalam perhimpunan haram itu, seramai 17 mahasiswa termasuk seorang penuntut wanita, ditahan polis selepas berdemonstrasi di hadapan kampus UPSI bagi menuntut kebebasan akademik. Mereka juga mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan ‘membebaskan’ seorang pelajar UPSI, daripada dikenakan tindakan tata tertib. 


Keprihatinan pelajar ini terhadap isu membabitkan masyarakat, memang dialu-alukan. Namun seperti ditegas Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin semalam, pelajar ini haruslah menghormati dan mematuhi undang-undang negara. 

Dalam soal pindaan AUKU, kementerian sudah pun menubuhkan sebuah jawatankuasa dan mengarahnya mengumpul pandangan semua pihak berkaitan, termasuk mahasiswa bagi menjadikan proses pindaan terbabit lebih demokratik. 


Bagaimanapun pelajar yang berhimpun kelmarin tetap berdegil dan tidak mahu menggunakan saluran disediakan, sebaliknya menggunakan kuasa jalanan untuk menuntut perubahan. Namun tindakan mereka itu hanya membawa padah kepada perjuangan mereka kerana ia hanya membayangkan kepada masyarakat umum bahawa masih ada kelompok mahasiswa yang belum cukup matang untuk menerima keterbukaan baru yang mahu dibawa kerajaan.BH


Panas isu gambar penyanyi Erykah Badu menggunakan Tattoo kalimah Allah dan berkonsepkan islamik pada badannya. Untuk pengetahuan anda, Erykah akan mengadakan konsertnya di Malaysia pada Februari 2012 nanti. Menurut sumber, penyanyi ni adalah seorang muslim. Kepercayaan dan amalan Erykah Badu merupakan satu serpihan dunia Islam yang dipanggil sebagai Five Percenters dan umat Islam secara sepakat tidak mengakui pengamal ajaran serpihan ini sebagai Muslim sejati.-melvister

**EP rasa lebih baik pihak yang bertanggungjawab kaji dulu sebelum membenarkan artis ini mengadakan konsertnya di Malaysia supaya budaya yang cuba dibawah atau diketengahkan oleh artis ini tidak menjadi ikutan anak-anak muda di Malaysia.


‘Musim Bunga Arab’ atau ‘Arab Spring adalah era kebangkitan rakyat menentang kerajaan dan mewujudkan satu revolusi bagi menggulingkan rejim kerajaan yang memerintah tersebut.


Sejarah membuktikan Tunisia, Mesir, Libya, Bahrain, Syria, Yemen, Kuwait, Jordan, Iraq, terkesan dengan revolusiArab Spring ini. Ia juga merebak di sebahagian tempat seperti Lebanon, Arab Saudi dan Sudan.

Faktor yang mendorong rakyat bagi menentang rejim kerajaan itu kebiasaannya berlandaskan perkara-perkara yang bersangkut dengan masalah sosio-ekonomi rakyat.

Apabila menyebut tentang masalah sosio-ekonomi rakyat, maka tiga (3) perkara terkait rapat adalah korupsi dan rasuah, kronisma dan nepotisma. Berlandaskan tiga (3) kata kunci ini maka ia dipecahkan pula kepada kepimpinan yang tidak adil, tidak demokratik dan bersifat kuku besi. Dipendekkan, ianya jauh tersasar dari apa yang disebut sebagai demokrasi tulen.

Maka, rejim kerajaan itu digambarkan sebagai mementingkan diri kepimpinan yang ada, menjalankan pemerintahan yang zalim dengan polis dan tentera digambarkan sebagai ejen kepada kerajaan dalam menindas rakyatnya, bersikap brutal dan tidak berhati perut. Manakala mahkamah disifatkan tidak adil seadilnya. Keputusan mahkamah adalah dijangkakan bersifat memihak kepada kerajaan yang ada.

Dari segi pentadbiran pula, kakitangan awam digambarkan terlalu korup dan gagal berfungsi dengan baik dalam melaksanakan tanggung jawab mereka kepada rakyat. Rasuah berleluasa dalam perolehan kerja atau kontrak, atau apa-apa juga yang sepatutnya dinikmati secara adil dan saksama oleh rakyatnya manakala ahli politik serta kakitangan kerajaan adalah pemain utama dalam melakukan korupsi serta rasuah ini.




(gambar: Mohamed Bouazizi – di Tunisia, keperwiraannya diabadikan dalam bentuk setem)

Dari segi hak kebebasan pula, rejim kerajaan itu digambarkan tidak memberi ruang langsung untuk rakyat menzahirkan perasaan mereka. Hak kebebasan bersuara dan menulis disekat. Kebebasan memperolehi pendidikan serta akademik juga digambarkan disekat. Ruang untuk mengadakan tunjuk perasaan juga disekat. Rakyat tidak langsung boleh menyanggah kepimpinan kerajaan yang ada. Justeru, ia turut memberi efek kepada proses pendemokrasian yang paling penting bagi sesebuah negara itu, iaitu – pilihanraya umum!

Piilihanraya umum digambarkan sebagai tidak telus dan adil. Bahawasanya rejim kerajaan sedia ada telah memanipulasikan setiap perkara dalam memastikan kemenangan yang besar dan gah kepada mereka. Rakyat hanya kononnya menurut sahaja apa yang rejim kerajaan laksanakan. Jika ada barisan pembangkang pun, kononnya barisan pembangkang ini juga tidak mampu berbuat apa-apa.



Sekali imbas, mungkin anda semua seperti mendapat bayangan apa yang sebenarnya berlaku di Malaysia. Trendserta skrip Arab Spring yang dipakai seolah-olah sama seperti apa yang mahu dituntut oleh mereka yang mengaku aktivis kebebasan hak asasi manusia. Mereka yang kononnya memperjuangkan demokrasi tulen yang kononnya gagal diperolehi dalam negara kita.

Satu persatu gerakan yang sama dilakukan sewaktu Arab Spring kini telah digerakkan di Malaysia. Berbagai nama bagi menjustifikasikan gerakan serta tuntutan mereka telah diadakan seperti gerakan Bersih dan Bersih 2.0, gerakan Lesbian Gay Bisexual & Transgender (LGBT), gerakan BEBAS serta berbagai-bagai lagi gerakan yang seumpamanya.





(Gambar: Basel Sayed – Syria)


Namun di Malaysia, berbeza dengan apa yang berlaku di negara-negara Arab, tiada ikon yang dapat diwujudkan bagi menjustifikasikan kezaliman kerajaan. Di sana (negara-negara tanah Arab), Mohamed Bouazizi yang membakar dirinya sehingga mati mampu meraih simpati dan kemarahan rakyat seterusnya meledakkan revolusi yang menggulingkan rejim kerajaan Tunisia. Atau Basil Sayed yang sempat merakamkan kematiannya sendiri akibat ditembak oleh tentera dan membangkitkan kemarahan rakyat Syria. Atau Neda Afgha-Soltan yang kematiannya akibat ditembak oleh pihak yang tidak dikenali di Iran dan berita kematiannya mendapat liputan meluas seluruh dunia terutama CNN News.

Di Malaysia, ketua barisan pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah seorang yang kena tuduh dan dibicarakan atas perbuatan jenayah yang tertakluk pada Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan walaupun sekuat mana beliau cuba memberitahu dunia bahawa dirinya adalah mangsa konspirasi politik. Rakyat Malaysia hanya menantikan apakah keputusan yang akan diberikan oleh mahkamah pada 9 Januari nanti.

Manakala provokasi yang dimainkan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan dalam menuntut hak kebebasan seksualiti malahan ditolak olah majoriti rakyat termasuk parti yang pernah menyokongnya dalam tuntutan Bersih dan Bersih 2.0 iaitu PAS, namun tidaklah hingga membuatkannya terbunuh hingga mampu membangkitkan perasaan amarah keterlaluan rakyat.





(Gambar: Neda Afgha-Soltan – di Iran, kematiannya yang dimuat turun melalui Youtube mendapat perhatian dunia)

Kini, kita seluruh rakyat Malaysia yang bijak menilai sedang memandang seorang ikon yang entah dari mana datangnya dicipta bagi membuat huru-hara dengan beberapa provokasi tertentu termasuklah menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia dan mengusung keranda serta potret Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau yang dimaksudkan adalah Adam Adli, seorang mahasiswa yang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Adakah beliau bakal terbunuh hingga mampu mencetuskan ‘Arab Spring’ di Malaysia? Semoga dijauhkan, mudah-mudahan.

Apa yang pasti, pihak-pihak yang mempergunakan ‘ikon baru’ ini adalah pihak yang tidak bertanggung jawab kerana bukan sahaja mengancam masa hadapan beliau yang dipergunakan ini bahkan nyawanya sendiri. Provokasi yang dilakukan mampu mengundang kemarahan melampau dan menyebabkan nyawa terancam.

Mungkin dalam hati pihak yang menajanya berkata “lebih baik dia mati untuk memudahkan revolusi berlaku di Malaysia!” Kritis Online



PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.