Saturday, June 4, 2011

PANAS : ANWAR PUNCA POLITIK WANG....



Telah berkali-kali dikatakan, jika tiada politik wang bukan Anwar namanya.  Ke mana saja Anwar pergi, pasti akan tercalit kotoran najisnya.  UMNO perlu berterima kasih kepada Tun Dr. Mahathirkerana mengnyahkan Anwar dari parti, walaupun agak terlambat.  Kini PAS pula berkubang dalam najis Anwar. 
Entah berapa lama lagi lebai-lebai malang di dalam PAS akan terus menelan najis Anwar kerana terlalu ego untuk mengaku tersilap menyokongnya.    Bukan kita tidak tahu hampir semua  pemimpin atasan PAS sedia maklum bahawa Anwar itu adalah najis.   Tapi mereka tetap pura-pura tak tahu yang orang tahu mereka tahu segala-galanya.   Inilah yang dipanggil menipu diri sendiri dan menyangka Allah tidak tahu apa yang mereka tahu. 
Mereka-mereka ini sanggup bergelumang najis, sanggup bersekongkol dengan peliwat dan penzina, sanggup membelakangkan agama demi menjaga air muka demi untuk menang pilihanraya.   Air muka lebih penting dari kebenaran, ego lebih penting dari ajaran Islam.   Mengaku atau tidak, itulah PAS hari ini.  
Hairan, para ustaz, tok guru dan lebai-lebai ini masih mampu tidur nyenyak di malam hari sedangkan mereka sedar yang mereka sedang membawa umat Islam Malaysia ke arah kemusnahan.    
Terus terang dikatakan yang penulis tidak terkejut dengan pembongkaran mengenai blogger Sheih Kickdefella yang menerima bayaran RM350,000 dari Husam.   Sheih, RPK apa bezanya?  Kecuali seorang sakit mental dan seorang lagi waras itu saja.  Setakat mana dan sejauh mana mereka mampu lakukan demi wang, tiada siapa yang  tahu.   Tapi, itu bukan masalahnya.
Masalahnya, sejauh mana PAS sanggup menerima budaya yang dibawa oleh orang-orang Anwar ini?  Memanglah sebelum ini pun PAS bukanlah bersih sangat.  Mata menantu Nik Aziz, malah Nik Aziz sendiri juga menjadi kabur bila melihat wang. 
Kalau PAS begitu bersih tidak mungkin tabung Memali lesap.  Kalau PAS begitu bersih tidak mungkin Kelantan terus mundur sedangkan pemimpin PAS sendiri kaya. 
Dan PAS Kedah juga apa kurangnya?

Friday, June 3, 2011





**MACAM NI NAK PERINTAH MALAYSIA....
Perwakilan DMP Kawasan Wilayah Persekutuan menggesa pimpinan muslimat agar menyiapkan diri untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dari kerajaan pusat yang sedia ada. Teh Izanuri dalam ucapan penggulungannya tadi menyatakan muslimat perlu mengubah corak berfikir seorang pembangkang kepada corak berfikir sebagai pemerintah.
“Muslimat perlu mengubah sikap suka mencari kesalahan kepada menumpukan usaha mencari penyelesaian kepada permasalahan rakyat, “Pimpinan muslimat juga perlu bersiap sedia untuk menjadi pemimpin bukan hanya kepada parti, tetapi menjadi pemimpin kepada seluruh masyarakat, juga tidak kekok bergaul dengan pelbagai peringkat dan kaum,” tambahnya.
Beliau menyimpulkan persediaan dan perancangan merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan atau kegagalan satu perjuangan itu.

Apa yang diperkatakan oleh Ketua Polis Pulau Pinang memang tepat. Sejak DAP memerintah Pulau Pinang selama 3 tahun, dasar kerajaan negeri ialah mengaut keuntungan dengan membina rumah mewah dan menjaga harga tahan di Pulau Pinang. Secara tidak langsung, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Lim Guan Eng telah mengabaikan tanggungjawabnya dalam membela golongan yang berpendapatan rendah di Pulau Pinang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu.

Dengan cara ini impiannya ingin menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura lebih mudah tercapai dan secara halus orang Melayu dihalau dari Pulau Pinang kerana tak mampu membeli atau menyewa rumah di bahagian Pulau. Apakah orang Melayu di Pulau Pinang masih tidak sedar agenda yang dibuat oleh DAP ini???

The lack of affordable and low cost housing in Penang contributes to crime in the state, said Penang police chief Datuk Wira Ayub Yaakob.
He said land was being reclaimed and hills being cut only to build more luxury houses and condominiums with no affordable house schemes for the lower income earners. 
He said that the current low cost flats were too small with no proper playing areas for children and youth. - The Star

HARI ini, tirai Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-57 akan dibuka dengan rasminya oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Biarpun muktamar kali ini akan dihiasi dengan pertarungan sengit bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden namun apa yang hendak disampaikan oleh Abdul Hadi tetap menjadi perhatian.

Ia kerana Abdul Hadi bukannya berucap ketika Pas berada dalam keadaan selesa seperti tahun 2008, apabila parti itu bersama-sama rakan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mencapai kejayaan agak cemerlang dalam pilihan raya umum pada tahun tersebut.Tetapi Abdul Hadi akan melangkah ke podium dengan senaskhah ucapan yang akan menentukan hala tuju Pas selepas ini terutamanya bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak menjadi 'kuburan' kepada perjuangan politik parti itu.

Mungkin istilah tersebut nampak keterlaluan tetapi sentimen ini turut dikongsi bersama oleh sebahagian penyokong dan ahli-ahli Pas yang semakin resah melihat kerjasama dalam pakatan pembangkang yang tidak menguntungkan parti tersebut. Justeru mereka ingin melihat sejauh manakah Abdul Hadi akan menunjukkan ketegasan bagi memastikan Pas tidak lagi menjadi 'mangsa' mainan politik DAP dan PKR.

''Kita tidak mahu mendengar ucapan retorik atau sekadar mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja, yang kita mahu dengar ialah bagaimana hendak memartabatkan semula Pas sebagai parti dominan dalam pembangkang,'' kata seorang penyokong parti itu dari Kedah. Penyokong berkenaan yang akan turut memeriahkan muktamar kali ini sebagai pemerhati berkata, Abdul Hadi tidak boleh lagi beretorik apatah lagi berhati-hati demi menjaga hati rakan sekutu Pas.
''Abdul Hadi kena tunjuk ketegasan bahawa Pas mahu menjadi pemain utama bukannya dilayan ibarat melukut di tepi gantang,'' katanya yang juga seorang ustaz.

Sememangnya Abdul Hadi perlu teliti dalam penyampaian ucapan dasarnya kali ini. Beliau tidak boleh menghalakan kritikan dengan tujuan memburuk-burukkan kerajaan BN semata-mata. Dalam keadaan Pas sedang melakukan persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya dan begitu ghairah mencanangkan menggantikan UMNO, beliau perlu menyampaikan satu ucapan yang mampu menunjukkan kesungguhan Pas untuk kembali menjadi parti pembangkang utama.

Ucapan dasar beliau juga akan menjadi kayu pengukur sejauh manakah ia mampu untuk menghakis tanggapan bahawa Abdul Hadi sekarang bukanlah seperti mana Abdul Hadi yang dahulunya begitu lantang dan penuh dengan karisma kepimpinan sehingga ia dihormati oleh kawan dan lawan. ''Sebab itulah ucapan dasar kali ini cukup penting untuk beliau kerana ia akan turut menjadi penilaian utama kepada pihak-pihak di luar Pas terutamanya orang Melayu sejauh manakah Pas mahu berubah.

''Abdul Hadi perlu memberikan isyarat yang jelas ke arah mana beliau mahu membawa Pas selepas ini kerana ahli Pas sendiri tidak mahu tema ucapannya sekadar gah pada nama sahaja,'' kata seorang pemimpin Pas daripada golongan profesional kepada penulis. Fakta ini sememangnya sukar dinafikan kerana walaupun suatu ketika Abdul Hadi dalam ucapannya begitu tegas menyatakan bahawa sudah tibanya Islam memimpin, namun ia akhirnya tidak ubah sekadar retorik sahaja.

Dalam realiti sebenar, laungan Islam memimpin itu senyap begitu sahaja apabila PKR dan DAP bersuara seolah-olah tidak bersetuju dengan gesaan tersebut. Kesudahannya, hasrat dan niat Abdul Hadi serta Pas tidak ke mana, sebaliknya dalam percaturan politik yang berlaku Pas dilihat sekadar menuruti apa sahaja kehendak kedua-dua parti berkenaan. Atas sebab itulah, muktamar hari ini perlu dijadikan medan kepada langkah politik Pas yang lebih jitu, tegas dan konsisten dalam perjuangan Islam dan bukannya dipengaruhi dengan cita-cita untuk menguasai Putrajaya sahaja.

Dalam amalan politik yang berteraskan demokrasi seperti Malaysia, tidak salah jika Pas turut menyimpan hasrat untuk memerintah negara tetapi biarlah ia disertai dengan perancangan yang mampu menanam keyakinan kepada rakyat terutamanya orang Melayu untuk memilih mereka. Tetapi buat masa ini, orang Melayu terutamanya golongan atas pagar tidak melihat Pas mempunyai keupayaan tersebut, apatah lagi sejak berkawan dengan PKR dan DAP.

Dalam banyak isu termasuklah berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam, Pas dilihat lebih suka bermain cara selamat demi menjaga hati rakan sekutu mereka. Justeru adalah penting bagi Abdul Hadi membentangkan satu ucapan dasar yang boleh memberikan harapan kepada penyokong-penyokong Pas bahawa selepas muktamar ini parti itu bukanlah 'alat mainan', 'kuda tunggangan' atau 'pak turut' kepada sesiapa.

Pembentangan hujah mengenai perjuangan menegakkan negara berkebajikan juga harus disampaikan secara berhati-hati oleh Abdul Hadi bagi mengelakkan Pas dianggap telah meninggalkan perjuangan negara Islam buat selama-lamanya. Apatah lagi berikutan prestasi kerajaan-kerajaan negeri di bawah pembangkang termasuk di Kedah dan Kelantan yang diperintah oleh Pas, rakyat melihat begitu banyak kepincangan berlaku.

Ia termasuklah kegagalan menunaikan janji-janji yang telah dibuat dalam manifesto pilihan raya dan jika konsep negara berkebajikan pun mempunyai janji-janji 'bulan dan bintang' sudah tentulah ia tidak akan diterima oleh rakyat. Oleh itu biarlah apa yang hendak dijanjikan Abdul Hadi dan Pas adalah realistik dan bukan hanya sekadar janji kosong bagi meraih undi semata-mata.

Mungkin pembangkang boleh mendabik dada atau memutar belitkan fakta bahawa sokongan rakyat kini semakin meningkat kepada mereka tetapi pada masa ini semua orang tahu populariti pembangkang semakin merudum berikutan pelbagai masalah melanda mereka sama ada dari segi politik mahu pun moral.Tu rut menjadi perhatian sejauh manakah Abdul Hadi berani untuk menyatakan secara terbuka bahawa dalam pilihan raya umum akan datang Pas seharusnya menjadi peneraju utama bagi pakatan pembangkang.

Ini kerana penyokong dan ahli Pas tidak mahu lagi parti itu berada dalam keadaan sekarang dilayan sebagai parti ketiga oleh kedua-dua parti tersebut. ''Perlu ada ketegasan daripada Abdul Hadi, di mana sepatutnya Pas berada dalam pilihan raya akan datang. ''Kita tidak mahu orang Pas hanya digunakan untuk mengarak bendera orang lain sahaja atau dipergunakan ketika kempen tetapi kemudian seolah-olah tidak dihargai dan dihormati,'' kata seorang teman sekampung penulis yang juga penyokong tegar parti itu.

Justeru pemimpin, ahli dan penyokong Pas meletakkan harapan tinggi kepada Abdul Hadi untuk memastikan ucapan dasar beliau bukan sahaja menunjukkan hala tuju yang jelas tetapi juga meningkatkan kembali martabat parti itu. Ia memandangkan Pas hanya nampak hebat berlawan dengan UMNO tetapi dilihat 'tunduk' apabila berhadapan dengan sekutunya, PKR dan DAP sehingga dilayan bagaikan parti 'kelas tiga' dalam pembangkang. - UTUSAN


Apabila perwakilan PAS memilih barisan kepimpinan baru dalam muktamarnya esok, ramai pemerhati politik pastinya amat berminat untuk melihat sekiranya para perwakilan akan mematuhi gesaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya calon-calon dari Kelantan dipilih dalam barisan kepimpinan parti.
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan secara terbuka meminta perwakilan memilih calon yang boleh membawa apa yang dikatakan beliau sebagai "pengalaman Kelantan" ke peringkat nasional, kerana beliau dilihat cuba menempatkan pemimpin-pemimpin dari negeri ke peringkat hirarki parti kali ini.
Dalam pemilihan parti lepas pada 2009, calon-calon dari Kelantan diketepikan dari kepimpinan tertinggi parti, termasuk anak emasnya Datuk Husam Musa yang bertanding jawatan Timbalan Presiden parti ketika itu.
"Ia sukar sekali, jika Kelantan muncul sebagai pemenang kali ini, ia akan membawa cabaran besar kepada Hadi. Ia akan menunjukkan bahawa terdapat sokongan kuat terhadap Nik Aziz. Memang ada pertembungan hebat antara semua calon, tapi saya tidak fikir mereka akan pilih kedua-dua Husam dan Nik Amar kali ini," kata penganalisis politik yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia Dr Sivamurugan Pandian.
Husam dan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah adalah esco Kelantan dan kedua-dua mereka yang bertanding untuk jawatan Naib Presiden, berhadapan dengan penyandang Salahudin Ayub dan Mahfuz Omar, dan juga dua lagi muka baru Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan ketua penerangan PAS Idris Ahmad.
Dr Sivamurugan percaya masih sukar bagi pemimpin-pemimpin dari Kelantan untuk menyerlah dalam pemilihan ini kerana pada pandangannya para perwakilan tidak mahu satu pasukan yang berpecah belah dalam menghadapi pilihan raya ini.
"Perkara yang sama dilihat dalam saingan ke jawatan timbalan presiden. Pada pemilihan lepas, ada kumpulan yang cuba melobi Husam ke jawatan itu, kali ini mereka cuba meletakkan Tuan Ibrahim, yang juga sepupu Nik Aziz. Pastinya ada sedikit gesaan bagi Tuan Ibrahim untuk bertanding bagi jawatan nombor dua parti. Bagaimanapun saya masih dapati amat sukar bagi kumpulan ini untuk menyerlah pada pemilihan ini," katanya.
Walaupun kepimpinan PAS menafikan wujud sebarang perselisihan antara penyokong presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau dikenali sebagai "Kumpulan Terengganu" dan penyokong Nik Aziz "Kumpulan Kelantan", beberapa pemerhati politik percaya perbalahan tetap wujud.
Menurut mereka walaupun Hadi tidak dicabar sebagai presiden untuk penggal ke lima, pemerhati berkata keadaan tidak lagi seperti biasa sejak pemilihan parti pada 2009 -- yang dianggap sebagai paling kompetetif dalam sejarah parti dan mengakibatkan perpecahan antara pemimpinnya di Kelantan dan terengganu.
Sesetengah mereka mendakwa Nik Aziz masih kecewa apabila Husam kalah dalam saingan ke jawatan nombor dua parti, dan ini mungkin dapat menjelaskan mengapa dalam pemilihan parti kali ini, para pemimpin dari Kelantan mencuba bersungguh-sungguh untuk jawatan nombor dua dan tiga parti.
Sumber dalaman parti percaya Tuan Ibrahim, bekas pensyarah adalah orang penting dari kumpulan Kelantan untuk memecahkan undi golongan ulama, dan di masa yang sama cuba memaksa Nasharudin memberi laluan.
Bagaimanapun sehingga kini usaha masih belum berjaya memandangkan Nasharuddin, yang dikatakan memihak kepada Hadi, tetap dengan hasratnya untuk mempertahankan jawatan nombor dua parti.
Namun begitu beberapa pemimpin masih percaya Tuan Ibrahim akan berjaya pada pemilihan ini memandangkan beliau dianggap sebagai calon yang boleh diterima dari kedua-dua pihak.
"Tuan Ibrahim dikenali sebagai individu yang diterima baik oleh ulama dan juga kumpulan profesional. Perwakilan tidak akan menghadapi masalah menerimanya memandangkan beliau diundi sebagai naib presiden dalam pemilihan parti lepas," menurut satu sumber dalaman parti.
Bagaimanapun aggota jawatankuasa pusat PAS Datuk Kamaruddin Jaafar berkata hubungan antara Hadi dan Nik Aziz bertambah baik, dan tidak pernah ada sebarang perbalahan terbuka dilaporkan antara mereka.
"Saya rasa tidak ada lagi soal kumpulan Terengganu atau kumpulan Kelantan," katanya.
Walauapapun keadaannya, ramai yang sependapat bahawa saingan antara Tuan Ibrahim, Mohamad Sabu dan Nasharudin untuk jawatan nombor dua parti masih menjadi tumpuan pemerhati politik pada pemilihan ini. - BERNAMA

Thursday, June 2, 2011

...BEER HALAL YANG HARAM.....



Yang mana satu betul ni..Halal ke haram?? ada banyak jenama bir yang halal di Malaysia ni...jenama mana yang haram?? atau semua haram....
PADANG SERAI — Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.
"Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam diRaja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas,” kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, dekat sini, petang semalam. — Bernama


Rakyat Malaysia yang rajin membaca, maksud penulis, yang membaca dari segala sumber yang ada secara terbuka dan tidak berat sebelah akan pasti sedar akan langkah sistematik DAP untuk menghalau kaum bukan Cina dari Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya mengecilkan kumpulan mereka sehingga tidak mampu untuk memperjuangkan hak mereka.

Perobohan kampung-kampung, gerai dan premis perniagaan Melayu dan India walaupun mungkin berdasarkan undang-undang hartanah, telah dilakukan tanpa belas kasihan dan pertimbangan serta tanpa memberi gantirugi yang cukup atau tiada gantirugi langsung untuk membantu mereka membina hidup baru.  Ini adalah sesuatu yang kerajaan BN tidak mungkin akan lakukan terhadap sesiapa jua dari mana-mana kaum sekalipun.

Nampaknya DAP langsung tidak kisah dilabelkan sebagai parti perkauman.  Parti tesebut terus melakukan apa yang difikirkan patut bagi mereka, iaitu apa yang terbaik untuk satu kaum dengan mempersetankan kaum lain.  Dunia dipersilakan untuk mengkritik, merungut atau mengutuk tetapi ia tidak akan menghentikan DAP dari terus menunjukkan kuasa yang telah lama diidamkan mereka.

Bukan PKR dan PAS tidak tahu akan agenda syaitan DAP.  Tetapi mereka tidak boleh dan tidak ingin sekali-kali menghalang DAP.  Kenapa? Kerana PKR mempunyai terlalu banyak rahsia kotor yang mana DAP telah membantu menutupnya dan kerana cita-cita Anwar adalah jauh lebih penting dari segala-galanya di dunia ini.  Dan juga kerana PAS adalah terlalu bingai dan tenggelam dalam kebencian sesama saudara Islam di dalam UMNO serta terlalu mengidamkan kemenangan dalam pilihanraya.

Bagaimanapun, dengan PKR semakin nazak, PAS kehilangan sokongan, dan hanya DAP yang semakin maju ke hadapan dalam perjuangan apakah Pakatan Rakyat akan menerima hakikat bahawa ketua mereka yang rasmi sejak dahulu lagi ini adalah DAP dan bukannya Anwar Ibrahim?  Oleh yang demikian, sekiranya parti mereka memenangi pilihanraya kali ini, yang paling berpotensi untuk menjadi Perdana Menteri adalah Lim Kit Siang atau mungkin Lim Guan Eng sepertimana yang disarankan oleh sebuah blog, Malaysian Digest?  Penulis tersebut turut memberi komen bahawa adalah lebih bijak bagi Pakatan untuk menjadikan Guan Eng sebagai ketua kerana ia pasti akan menonjolkan semangat 1Malaysia atau Malaysian Malaysia yang tulen.


Senario ini wajar direnungkan walaupun ramai yang berkata adalah mustahil bagi seorang bukan Melayu untuk menjadi PM di Malaysia.  PAS, terutamanya harus mengambil perkara ini secara serius dalam Muktamar mereka yang akan datang.  PAS boleh menafikan yang parti itu hanyalah anjing suruhan DAP tetapi tiada apa yang PAS lakukan untuk meyakinkan rakyat sebaliknya.  Kita melihat hanya PAS yang sering mengalah dengan DAP – sama ada dari segi prinsip, matlamat mahupun undang-undang Islam.  Sebaliknya, DAP tidak pernah sekalipun mengambil langkah ke belakang untuk mengambil hati PAS atau sesiapa jua.

Sudah sampai masanya, segala Ustaz, Tok Guru dan Lebai-lebai di dalam PAS untuk belajar berfikir ke hadapan.  Sudah sampai masanya untuk mereka belajar menggunakan akal iaitu kurniaan Allah yang tertinggi untuk manusia.  Persoalan yang perlu ditangani PAS bukan hanya berkenaan Anwar, kes liwat atau video seks.  Ia adalah jauh lebih besar dari sama ada manusia kronik itu harus terus menerajui Pakatan Rakyat.  Ia adalah berkenaan PAS mengambil alih teraju dari DAP.  Ia berkenaan PAS membuat keputusan sendiri, menegaskan pendirian dan berdiri teguh.  PAS harus berhenti dari menjadi anjing DAP kerana seekor anjing tidak mungkin boleh menjadi ketua kepada sesiapa.

Tetapi PAS tahu yang mereka tidak mampu memimpin.  PAS lebih rela dipimpin oleh Anwar atau DAP apabila bercakap tentang senario yang lebih luas seperti memerintah negara.  PAS tahu parti itu tidak dilengkapi dengan pemimpin yang layak walaupun untuk memerintah sebuah negeri.  Kelantan terus ketinggalan di zaman 1960an dan Kedah semakin kehilangan arah.  PAS tahu bahawa mereka tidak mampu mengurus kewangan walaupun sebuah tabung kebajikan seperti Memali.  PAS tidak tahu apa-apa mengenai ekonomi, sosial, pendidikan, perniagaan atau apa saja berkaitan duniawi walaupun mereka percaya merekalah Khalifah kerana mereka terlalu sibuk menghabiskan seluruh hidup mereka meneliti dosa-dosa orang lain dan pembalasan ke atas orang itu di alam akhirat.

Bukanlah satu yang keterlaluan untuk menyatakan bahawa Muktamar PAS kali ini adalah Muktamar yang paling penting dalam sejarah PAS.  PAS harus terlebih dahulu menyenaraikan kelemahan mereka dan mengakuinya sebelum mampu bergerak ke hadapan.   PAS harus memperbaharui pendirian dan prinsipnya untuk memulihkan sisa-sisa maruah yang tinggal.  Ini bukan hanya soal politik tetapi soal ummah dan negara keseluruhannya.  Menjadi pembangkang tidak bermakna tidak perlu bertanggungjawab ke atas apa-apa langsung.  PAS harus belajar memikul tanggungjawab.  Ummah memerlukan bukan hanya UMNO, tetapi juga PAS untuk terus kekal selamat.,MI

Inilah puak-puak yang kononnya nak memerintah Malaysia. Macam mana nak memerintah negara ni kalau adab orang melayu yang paling basic pun tak reti iaitu masuk rumah orang melayu buka kasut..Baca ayat-ayat suci Al-Quran pandai..buka kasut bila masuk rumah tak reti...agak-agaknya kasut yang dia pakai tu mahal kot...takut orang curi...

Wednesday, June 1, 2011



Ini pula video pemimpin yang berangan nak jadi Perdana Menteri Malaysia...

Agak-agaknya macam mana la  pelakon video yang dibawah ni nak tegur budak-budak dalam video diatas bila dia jadi PM???


Ramai yang hairan melihat sikap Nik Aziz yang bermati-matian membela Anwar.   Yakin benar dia bahawa Anwar tidak bersalah dalam apa jua tuduhan ke atasnya.    Walaupun setelah segala bukti dan saksi dikemukakan dan tidak mampu dipertikaikan oleh peguam Anwar sendiri, Nik Aziz tetap berdiri teguh di belakang Anwar sehinggakan dalam ceramahnya semalam sanggup dia menyatakan bahawa membela Anwar akan mendapat syurga, dan menentang kata-katanya pula akan mendapat neraka. 
Bertambah hairan lagi kita kerana walaupun Nik Aziz mendakwa dirinya Ulamabesar sehingga melangkaui tahap Rasul dan Nabi yakni mampu mengampunkan dosa orang lain, Nik Aziz tidak pula menasihatkan Anwar agar ‘kembali’ kepada Allah apabila ‘teraniaya’ dengan sebegitu dahsyat.  Tidak pula Nik Aziz menasihatkan Anwar agar berdoa di hadapan Kaabah.  Tidak juga Nik Aziz merasa hairan kenapa Anwar sendiri tidak ingin menjejak kaki ke Mekah mahupun Madinah sedangkan sudah lebih 10 tahun dia mengelilingi dunia melobi dan mencari simpati hatta menyembah Yahudi juga bagi menyelesaikan masalah peribadinya. 
Dan Nik Aziz juga tidak pula tertanya-tanya, kenapa sembahyang hajat serta doa-doanya selama ini dengan tujuan untuk membela mahupun melaknat orang lain tidak pernah dimakbulkan sedangkan dia adalah Ulama yang  sangat besar lagi tinggi darjatnya hatta mampu berkomunikasi dengan Allah S.W.T. jua?   Dan kenapakah doa-doa Anwar iaitu orang yang teraniaya itu sendiri juga dibalas dengan bala demi bala ke atasnya sehinggakan aibnya juga dibuka seluas-luasnya ke seluruh dunia dan cakerawala?
Maka sahlah pada hari  ini bahawa Nik Aziz sudah nyanyuk kalaupun tidak tersesat terlalu jauh.   
Malang sekali kerana dengan kedudukannya sebagai Mursyidul Am iaitu jawatan tertinggi di dalam PAS yang bertanggungjawab memimpin pengikut-pengikut dan menerajui hala tuju politik parti tersebut, Nik Aziz juga telah membawa keseluruhan jemaah PAS ke arah kesesatan.   
Kerana itulah kita lihat perjuangan PAS hari ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk membolehkan peliwat dan penzina menjadi pemimpin dan sanggup pula menjadi anjing suruhan kafir harbi yang saban hari berjuang untuk melemahkan dan menghancurkan umat Melayu.  
Jika PAS tidak mengambil tindakan drastik seperti ‘membersarakan’ Nik Aziz, pemimpin dan pengikut PAS yang sedar dan takut akan Allah S.W.T. wajib keluar dari parti tersebut seberapa segera untuk mengelak dari terpalit akan kesesatan yang pasti membawa kehancuran ummah . 
Renungkanlah, selagi mereka terus menyokong PAS, selagi itulah PAS akan memiliki kekuatan.  Sedangkan kuatnya PAS bermakna jauh lebih kuatlah DAP.  Kuat DAP pula bermakna semakin cepatlah umat Melayu hancur di negara sendiri dan besarlah kemungkinan peliwat  dan penzina menjadi Perdana Menteri.   Apa yang akan berlaku kemudiannya iaitu sama ada peliwat akan dihumban kembali ke penjara oleh DAP, belum dapat dipastikan. 
Namun, apa yang pasti ialah jika masih ramaiyang tidakmelihat akan bahayanya Nik Aziz, akan musnahlah umat Melayu dan akan tergadailah Islam sebagai agama rasmi negara ini.  
Jika para pemimpin dan penyokong PAS tidak sanggup untuk keluar parti atas dasar ego atau benci yang keterlaluan terhadap saudara seagama di dalam UMNO, maka sekurang-kurangnya pecatlah Nik Aziz agar tidak terus tersesat jauh. 
Sesungguhnya walau betapa bencipun PAS kepada UMNO, UMNO tetap akan berjuang untuk negara ini dan untuk saudara seagama dan sebangsa tanpa mengira parti.  Ini adalah tanggungjawab yang tidak pernah UMNO abaikan.  Buktinya boleh dilihat di sekeliling kita semua, asalkan saja orang-orang PAS tidak buta hati untuk mengakui nikmat yang ada di depan mata. - MI

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.