Corruption, Accident & Tragedy Slogan Terbaru Kerajaan Negeri Pulau Pinang



Slogan Cekap, Telus dan Amanah (CAT) yang diperkenalkan Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah bertukar kepada Rasuah (Corruption), Kemalangan (Accident) dan Tragedi (Tragedy).

Datuk Seri Zainal Abidin Osman, Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang hari ini berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan bersama Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan di Pan Mutiara, Batu Maung, Pulau Pinang.

Beliau mengulas mengenai urus tadbir kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan yang pada hari ini sedang berdepan dengan pelbagai skandal dan kepincangan pentadbiran yang diketuai oleh DAP.

"Kita lihat sejak kerajaan DAP Pulau Pinang memerintah banyak kes rasuah berlaku selain kes seperti tanah runtuh dan banjir. Sementara itu, tidak kurang juga tragedi kemusnahan yang berlaku di Pulau Pinang.

"Jadi, rasa CAT yang kononnya cekap, telus dan amanah perlu ditukar kepada Coruption, Accident and Tragedy'," katanya.
Corruption, Accident & Tragedy Slogan Terbaru Kerajaan Negeri Pulau Pinang Corruption, Accident & Tragedy Slogan Terbaru Kerajaan Negeri Pulau Pinang Reviewed by Empayar Pemuda on 3:08 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.