Teh Ais Percuma Untuk Rakyat Pulau Pinang


Ibarat isi dan kuku. Asal hujan banjir.. asal hujan banjir. Sebab itulah Ketua Menteri Lim Guan Eng salah kan hujan… Kalau tak hujan takkan banjir. Nak dikata kurang cerdik, tapi dia Ketua Menteri.

Rakyat Pulau Pinang bukannya buta, rakyat Pulau Pinang bukannya pekak. Cuma rakyat Pulau Pinang kebanyakannya leka. Leka sehingga membutakan mata memekakkan telinga. Marahkan menantu pukul anak. Disebabkan sedikit ketidakpuasan hati terhadap kerajaan pusat, sanggup menggadai minda dan maruah. Demi ego yang tak sudah...

Bukan tak nampak bukit di tarah, tanah di rata, bangunan mencanak sana sini dan laut jadi dataran. Tapi ada yang sanggup butakan mata, pekakkan telinga kerana masih lena dibuai janji janji manis yang sehingga kini belum lagi ditepati.

Tapi kini, apabila disaji dengan teh ais percuma setiap kali hujan, tanah runtuh, pokok tumbang, batu bertan-tan bergolek ke atas jalan raya, sampai ada yang mati. Baru nak buka mata, tiba-tiba telinga tidak lagi tuli. Sudah terhantuk baru nak terngadah. Sampai bila nak jadi begini? Sampai bila nak sanjung kaduk yang dah naik junjung?    

Salahkan hujan. Salahkan tuhan. Sebab tuhan yang turunkan hujan. Dangkal sungguh pemikiran. Lucu. Hakikatnya LGE bukannya cerdik tapi sebenarnya dia sangat LICIK. Menguasai minda manusia yang akalnya cetek tapi mendabik dada konon hanya dia yang celik. Begitu bangga mempamer perilaku jelek. 

Kalau tuhan tak salah siapa yang salah? Kerajaan persekutuan yang salah. Itulah jawapan mudah. LGE tak pernah salah dia takkan mengaku kalah. Peruntukan beratus juta dari kerajaan pusat habis diratah. Bah tetap jua menjengah. Ke mana perginya segala peruntukan? Sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk kajian yang entah apa-apa. Kenapa tidak disalur untuk projek tebatan banjir? 

Ironinya bila hujan, muncullah banjir bila banjir tak siapa muncul. Ke mana perginya pemimpin DAP? Batang hidung pun tak nampak apatah lagi menghulur tangan meringan beban. Pusat pemindahan tidak disinggah, bertanya khabar jauh sekali. Jijik benarkah, sehingga tidak ingin menjejak kaki?    
  
Bangkitlah rakyat Pulau Pinang. Jangan sampai tiada hujan tapi bah tetap melanda. Tenggelam pulau kerana juraian air mata rakyat yang tak mampu menjilat kembali ludah yang disembur, perahu yang tidak boleh diundur. Apa lagi boleh di kata, sesal dahulu pendapatan....
Teh Ais Percuma Untuk Rakyat Pulau Pinang Teh Ais Percuma Untuk Rakyat Pulau Pinang Reviewed by Empayar Pemuda on 3:51 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.