Lebih Baik Tukar Kerajaan Negeri DAP Daripada Tukar PM


Tidak ada sesiapa yang akan menolak perubahan selagi mana perubahan itu mendatangkan kebaikan kepada diri dan semua pihak yang lain.Dalam hal ini merujuk kepada Pulau Pinang , dalam keadaan trafik yang semakin sesak sudah tentulah perubahan seperti memiliki LRT adalah satu impian yang rasanya ditunggu-tunggu oleh para penduduk khususnya di bahagian pulau.

Namun apakah kita perlu menjadi mangsa politik putar belit hanya kerana impian untuk memiliki LRT dengan meletakkan kepercayaan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyaranankan agar tukar PM untuk dapatkan LRT ?

Bukankah kerajaan persekutuan pada hari ini pimpinan PM sudah pun merealisasikan hasrat warga Kuala Lumpur & Malaysia dengan terbinanya Monorel , LRT , ETS dan MRT ?

Jadi sebagai warga Pulau Pinang , mana lebih BIJAK ? Tukar PM atau TUKAR KERAJAAN NEGERI P.PINANG ?

Dilaporkan Lim Guan Eng semasa majlis makan malam Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Bayan Baru berkata projek menambak laut di Pulau Pinang mungkin tidak mendapat kebenaran kerajaan pusat, sekali gus mengganggu pelaksanaan pelan induk pengangkutan negeri itu yang turut melibatkan pembangunan laluan transit aliran ringan (LRT). 
Ketika masalah kesesakan lalu-lintas Pulau Pinang belum dapat diatasi sepenuhnya beliau berkata, Guan Eng menggunakan satu lagi cara untuk mempengaruhi penduduk di negeri itu iaitu dengan pembinaan LRT. 
“Satu-satunya cara untuk menjadikan ia kenyataan ialah menukar perdana menteri, kemudian baru kita boleh dapat kebenaran membina LRT. Kita tak ada pilihan kecuali menukar perdana menteri,” Guan Eng dipetik berkata demikian. - UMNO Online
 Cuba kita lihat pada tahun 2008, sebelum PRU12..


Adakah janji ini telah tertunai setelah mereka memerintah hampir 9 tahun?? 

Cuba lihat banjir kilat yang melanda Pulau Pinang sejak kebelakangan ini..Semakin lama semakin teruk dan mangsanya ialah rakyat Pulau Pinang..Apakah punca yang menyebabkan keadaan ini?? 

Penerokaan bukit yang tidak terkawal??



Penambakan laut yang tidak terkawal??




 atau Pembangunan yang tidak terkawal??..



Dan ini pula jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang..


Ternyata Lim Guan Eng kini berada dalam keadaan panik dan cemas untuk menarik sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau mentadbir negeri menjelang PRU14.. Fikir-fikirkan..



Lebih Baik Tukar Kerajaan Negeri DAP Daripada Tukar PM Lebih Baik Tukar Kerajaan Negeri DAP Daripada Tukar PM Reviewed by Empayar Pemuda on 6:32 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.