Friday, June 2, 2017


Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, tindakan pemimpin Dap, Zaid Ibrahim yang seringkali membuat kenyataan yang mencadangkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada PRU ke 14 akan datang ini, sedikit sebanyak telah menimbulkan tandatanya, apakah Dap mempunyai hasrat tersembunyi untuk menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana menteri Malaysia?

Beliau juga mempersoalkan, adakah suara Zaid yang seringkali secara langsung dan tidak langsung mencadangkan Tun Mahathir menjadi perdana menteri semula ini direstui oleh kepimpinan Dap secara diam-diam, atau Zaid hanya bersendirian tanpa sokongan parti dalam kenyataan-kenyataan itu.
“Saya pelik juga, Dap dalam kenyataannya meletakkan Wan Azizah sebagai bakal perdana menteri namun dalam masa yang sama, membiarkan pemimpinnya Zaid Ibrahim membuat kenyataan umum yang menjurus kepada sokongan kepada Tun Mahathir untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

“Apakah ada niat terselindung Dap di sebalik kenyataan Zaid Ibrahim itu? Persoalan ini timbul memandangkan pendedahan Tun Aziz mendakwa wujudnya pertemuan dan perbincangan sulit antara Lim Kit Siang dan Tun Mahathir berhubung soal jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri pembangkang.

“Timbul juga persoalan, adakah Dap kini cuba bermain politik selamat dengan menzahirkan sokongan terhadap Wan Azizah sebagai perdana menteri dan dalam masa yang sama secara diam-diam turut memberikan sokongan kepada Tun Mahathir kembali menjadi perdana menteri Malaysia?,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kecelaruan di kalangan parti pembangkang dalam isu menentukan siapa bakal PM dan TPM pihak pembangkang.

Katanya lagi, kemelut perebutan kuasa, percanggahan pendapat serta  pandangan kerana kepentingan peribadi dan kepartian yang sedang berlaku di di antara parti pembangkang hari ini memperlihatkan kelemahan mereka untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

“Kita bimbang dengan kemampuan dan  kebolehan kepimpinan pembangkang dalam menyelesaikan masalah. Isu-isu seperti pembahagian kerusi, siapa bakal menjadi PM dan TPM, isu ksesatuan matlamat dan beberapa isu lagi masih tidak selesai malah berlarutan sehingga ke hari ini.

“Bahkan isu-isu tersebut jugalah yang menjadi punca perpecahan pakatan pembangkang sebanyak dua kali ketika dianggatai oleh Dap, Pas dan PKR. Masalah yang masih tidak selesai itu saya lihat akan bertambah kritikal apabila wujudnya dua lagi parti baru pembangkang, iaitu PPBM dan PAN,”tegasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi di negara ini agar berfikir dan menimbangkan dari pelbagai sudut dalam membuat keputusan untuk memilih pemerintah pada PRU yang akan datang agar segala usaha pembangunan dan kemajuan demi rakyat dan negara terus akan dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

“Kita sebagai rakyat, harus matang dalam melihat perkara ini. Kita tidak boleh memberikan kuasa kepada sebuah pakatan parti politik yang bercelaru dan tidak mampu menyelesaikan masalah dan konflik dalaman mereka sendiri. Kelak, jika diberi kuasa, mereka akan bercakaran sesama sendiri. Lihat contoh bagaiman PKR menjatuhkan Tan Sri Khalid dengan cara yang jijik dan keji bermodalkan fitnah.

“Dan BN pula telah terbukti sejak selepas merdeka sehingga ke hari ini, masih stabil dari sudut hubungan kerjasama dan kesatuan matlamat dalam membina sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya. Walaupun tidak sempurna, namun BN membuktikan bahawa mereka mampu berkhidmat untuk memberikan keselesaan kepada rakyat seperti apa yang kita ada hari ini,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.