Tuesday, June 27, 2017


Hebat betul Kerajaan Negeri Pulau Pinang..Kerja tak siap lagi tapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dah buat pembayaran penuh pada syarikat yang dilantik untuk membuat kajian tersebut..

Bukan RM209.00, bukan RM209,000.00 tetapi RM209 Juta wang rakyat telah digunakan untuk membayar kepada syarikat tersebut yang laporannya telah berrkali-kali dijanjikan untuk diserahkan tetapi sehingga kini masih belum selesai..

EP sebagai rakyat Pulau Pinang tertanya-tanya..betul ke duit yang dibayar itu untuk tujuan bayaran kajian atau tujuan lain kerana jika benar untuk tujuan kajian sepatutnya bayaran yang dibuat pada 22 Mac itu sepatutnya disekat atau ditangguhkan sehingga kajian selesai..bukannya membayar mengikut perjanjian kerana syarikat tersebut gagal untuk menyiapkan kajian tersebut dalam tempoh yang dijanjikan..

Apa pula alasan akan diberikan oleh kerajaan negeri untuk kelentong rakyat pulau pinang selepas ini??...sama sama kita nantikan...



Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memperjelas isu pembayaran bagi Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) projek pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut.


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, berkata ia berikutan bayaran penuh bagi kajian itu sudah dilunaskan, biar pun Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) projek terbabit belum siap sepenuhnya.

Katanya, kerajaan negeri juga perlu memperjelas alasan pembayaran penuh itu dibuat apabila rakyat di negeri ini masih berpeluang mengemukakan bantahan terhadap pelaksanaan projek terbabit.

"EXCO Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow, menjelaskan pembayaran RM209 juta, termasuk bagi DEIA projek terbabit sudah pun dibuat sepenuhnya secara berperingkat kepada syarikat konsesi dengan transaksi terakhir direkodkan pada 22 Mac lalu.



"Persoalannya, kenapa pembayaran penuh dibuat sedangkan EIA sedang dijalankan dan belum diluluskan, selain bantahan terhadap pelaksanaan projek ini masih boleh dikemukakan sehingga 19 Julai depan.


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.