MalaysiaKini Cuba Rosakkan Sambutan Aidilfitri Dengan Sentimen Kebencian..


Apa tujuan sebenar Malaysiakini membuat posting seperti ini?? Bukan sekali dua posting seperti ini dibuat tetapi setiap tahun Rumah Terbuka Aidilfitri PM dibuat, ada saja yang tak kena, tak betul..

Tetapi apa yang EP lihat setiap tahun Rumah Terbuka Aidilfitri PM sejak tahun ke tahun semakin ramai dan meriah walaupun dikecam dan diburukkan oleh Malaysia Kini..

Mengikut laporan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan anggota Kabinet beliau hari ini meraikan kira-kira 75,000 pengunjung pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.

Majlis yang bermula pada 10 pagi dan berakhir 4 petang itu turut dihadiri pelancong asing, yang sesetengahnya tiba sejak 9 pagi lagi dan sambutan terhadap majlis rumah terbuka tahun ini disifatkannya sebagai luar biasa dan menggambarkannya dengan dua perkataan iaitu ‘ramai dan kepelbagaian’.

Sudah-sudah la cubaan untuk memburukkan PM kerana ternyata segala usaha Malaysiakini setiap tahun ternyata gagal..Tak perlu nak pertikaikan tentang saringan keselamatan kerana ini merupakan prosedur standard bagi setiap pemimpin utama negara di selueuh dunia dan EP rasa rakyat pun faham dengan prosedur ini..

Jangan cuba rosakkan kemeriahan Aidilfitri yang disambut oleh semua rakyat Malaysia terutamanya orang Islam dengan sentimen politik kebencian..
MalaysiaKini Cuba Rosakkan Sambutan Aidilfitri Dengan Sentimen Kebencian.. MalaysiaKini Cuba Rosakkan Sambutan Aidilfitri Dengan Sentimen Kebencian.. Reviewed by Empayar Pemuda on 2:18 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.