Video Panas Lori MBPP Dilarikan..


Peniaga berusia 27 tahun bertindak melarikan lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ketika penguat kuasa cuba merampas peralatan di kedai makannya di Jalan Bagan Jermal, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku 8.50 malam apabila penguat kuasa MBPP datang ke kedainya dan cuba merampas kerusi dan meja tanpa notis amaran.

Peniaga terbabit, Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain berkata, dia tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan penguat kuasa MBPP kerana bukan sekali, tetapi tiga kali tindakan sama cuba dilakukan.

Menurutnya, dia pernah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen tetapi gagal sebaliknya diberi pelbagai alasan.

"Bagi mengelak penguat kuasa merampas barang, saya nekad memandu lori MBPP terus ke Balai Polis Pulau Tikus.

"Saya cuba elak berlaku isu berpanjangan atau pergaduhan dan ingin menyelesaikan masalah dengan baik dan membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus atas kejadian yang berlaku," katanya.

EP tak salahkan MBPP kerana mereka hanya menjalankan tugas setelah mendapat perintah tetapi apa yang EP kesalkan ialah dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang pilih kasih dan double standard dalam mentadbir negeri.

Banyak gerai-gerai makanan orang Melayu dirobohkan tanpa sebarang ehsan dan dibela oleh YB-YB DAP tetapi gerai gerai bangsanya makan membesar. Jika terdapat masalah YB DAP sendiri akan turun untuk menyelesaikan masalah mereka dengan kuasa yang ada.

Cuba kita lihat gerai-gerai makanan di Jalan Perak dan sekitar Air Itam. Ada diantara peniaga yang membina struktur kekal di bahu jalan dan ada diantara mereka yang berniaga di atas jalan raya tetapi tiada sebarang tindakan. Malah mereka lebih kebal bila DAP berkuasa.

Adakah Kerajaan DAP ini adil?? Tepuk dada tanya lah selera.



Video Panas Lori MBPP Dilarikan.. Video Panas Lori MBPP Dilarikan.. Reviewed by Empayar Pemuda on 8:26 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.