#kekalnajib

Wednesday, May 17, 2017

Usul Minta Guan Eng Bercuti Ditolak


Pembangkang Pulau Pinang kecewa 3 usul ke Dewan Undangan Negeri ditolak, termasuk usul menuntut Guan Eng bercuti sementara menunggu perbicaraan kes rasuahnya.

Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid berkata penolakan usul menunjukkan parti pemerintah tidak boleh bertolak ansur dengan suara bangkangan dan melanggar mantera “kebebasan bersuara” yang diuar-uarkan.

“Ke mana perginya kebebasan bersuara? Lihat apa yang sedang mereka lakukan. Ini bercanggah dengan pendirian mereka. Ini hipokrasi.

“Pemimpin DAP dakwa demokrasi cara mereka. Tetapi apabila ia tidak menyebelahi mereka, mereka tak boleh terima,” katanya ketika dihubungi.

Jahara berkata beliau dimaklumkan dewan mengenai penolakan usul itu. Nampaknya kerajaan negeri sudah menetapkan pendirian berhubung perkara itu sebelum dewan bersidang, katanya.

Sementara itu, Speaker Law Choo Kiang ketika dihubungi berkata: “Sebagai menghormati Dewan yang mulia dan perintah tetap, saya hanya akan mengulas selepas Dewan mula bersidang.”

Dewan dijangka bersidang Jumaat ini. selepas seminggu berehat, Dewan akan kembali bersidang pada Isnin sehingga Jumaat seterusnya.

Wakil rakyat BN, yang merupakan minoriti dalam Dewan Undangan Negeri, mengusulkan Guan Eng bercuti sementara perbicaraan kes rasuahnya sedang berjalan supaya tidak menganggu siasatan.

Dua lagi usul yang ditolak meminta penjawat awam negeri bercuti apabila mereka dibicarakan untuk kes jenayah dan menyelaraskan pencen untuk bekas Adun.

Usul dicadangkan Jahara dan rakannya dari Umno, Adun Pulau Betong Muhammad Farid Saad.

Jahara berkata usul tergempar tidak akan berjaya kerana mustahil pihaknya mendapat sokongan majoriti Dewan.

Sementara itu, Guan Eng berkata usul meminta beliau bercuti atau meletak jawatan sebagai balasan wakil rakyat BN kepada usul mengecam kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mengenai perkahwinan bawah umur.

Shabudin menyifatkan usul itu seperti mengecam undang-undang Islam negeri, kerana kenyataannya berdasarkan kepada undang-undang itu.

Ketika ditanya mengenai usul terhadap Shabudin, Choo Kiang berkata: “Saya hanya akan mengulas apa sahaja berkaitan Dewan selepas Dewan mula bersidang.”

1 comment:

  1. Sekurang-kurang nya ini telah jelas membuktikan DAP tidak berperinsip dan tidak telus. DAP hanya menyalak anjing jika orang lain di tuduh salah. Bila kena batang hidung sendiri, Ketua Menteri dan merangkap SU DAP, sudah di tuduh di mahkamah tetap enggan letak jawatan.

    ReplyDelete

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.


Popular