UMNO Nobat Hanafiah, Yussof, Napsiah Tokoh Melayu Terbilang 2017



UMNO menobatkan Tan Sri Hanafiah Hussein, 90, Tan Sri Mohd Yussof Latiff, 87, dan Tan Sri Napsiah Omar, 74, sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2017 bersempena ulang tahun UMNO ke-70 hari ini.

Hanafiah yang dilahirkan di Yan, Kedah pada 16 April 1927 adalah anak Melayu pertama yang diiktiraf sebagai ‘Chartered Accountant’ dan aktif dalam politik sejak sebelum penubuhan UMNO lagi, iaitu SABERKAS.

Bagi Yussof yang merupakan anak jati Pulau Pinang, perjuangan bangsa Melayu telah sebati dalam dirinya malah turut sama menyambut ketibaan Dato’ Onn Jaafar di Sekolah Francis Light Pulau Pinang semasa roadshow mengajak orang Melayu bangkit menentang Malayan Union pada tahun 1946.

Beliau adalah penggerak utama kepada Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) iaitu antara 41 pertubuhan yang bergabung dalam Kongres Melayu membentuk UMNO pada tahun 1946 dan masih aktif hingga kini.

Sementara Napsiah pula adalah pemimpin wanita yang menjadikan UMNO sebagai platform perjuangan bangsa yang mesti dipertahankan dan masih aktif sehingga kini dengan jawatannya sebagai Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO.

Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada majlis sambutan ulang tahun UMNO ke-71 yang berlangsung meriah di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.

BIODATA TOKOH


TAN SRI HANAFIAH HUSSEIN

Tarikh Lahir: 16 April 1927 di Yan, Kedah. Anak keempat daripada lapan beradik.
Bapa: Nyak Hussain Nyak Ahmad
Ibu: Nyak Siti Hawa Nyak Hasan
Isteri: Puan Sri Mimi Abdullah, 75
Anak: (i) Zain Hanafiah, 61 (ii) Sheharazad Hanafiah, 46 (iii) Jehanshah Hanafiah, 44

Pendidikan:
Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar
Bachelor of Arts (Commerce), University of Manchester, England (1949-1953)
Fellow of the Institute of Chartered Accountants in England and Wales

Kerjaya:
Pengasas firma perakaunan Bumiputera yang pertama iaitu Hanafiah, Raslan & Mohamad (Chartered Accountants)
Pengarah Urusan Federal Land Development Authority (Felda) (1958-1964)
Pengarah Urusan Lembaga Urusan Tabung Haji yang pertama (1964-1965)
Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang pertama (1965-1967)
Pemilik Syarikat Penerbangan Sewaan Southern Cross (awal 1970an)
Pengarah Malaysia Building Society Berhad (MBSB) (1964-1986)
Pengerusi Eksekutif Bank Bumiputera Malaysia Berhad (1990-1992)
Pengerusi South East Asian Bank Limited, Mauritius (1990-1992)
Pengerusi / Pengarah City Credit Investment Bank (kini)

Penglibatan Politik: 
Bergiat aktif dalam SABERKAS (1946)
Ahli Parlimen Jerai, Kedah (1964-1974)
Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1965-1970)
Bendahari UMNO Malaysia (1965-1970)
Ahli Lembaga Rayuan, Lembaga Disipilin UMNO Malaysia (kini)

Penglibatan Pertubuhan Sosial Dan Profesional:
Ahli Kongres Ekonomi Bumiputera (1964-1970)
Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) (1965-1970)
Pengerusi Dewan Perniagaan Malaysia (1969)
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (1966-1970)
Presiden Malaysian Friendship and Trade Centre, Taipei (1986-1990)
Ahli ‘Court of University of Malaya’
Ahli ‘Board of Governors’ Maktab Tentera DiRaja
Ahli ‘Industrial Arbitration Tribunal’

Pingat, Darjah Kebesaran Dan Anugerah:
Panglima Mangku Negara (P.M.N) oleh DYMM Yang DiPertuan Agong
Dato’ Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
Setia DiRaja Kedah (S.D.K)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dari Institute of Chartered Accountants in England and Wales (2007)


TAN SRI DATO’ SERI HAJI MOHD YUSSOF LATIFF

Tarikh Lahir: 11 Ogos 1930 di Pulau Pinang
Adik beradik: anak yang kelima daripada tujuh orang adik beradik.

Pendidikan: Sekolah Melayu Chowrasta dan sekolah Inggeris
Tarikh berumah tangga pada tahun 1958
Isteri: Allahyarhamah YBhg Datin Hajjah Aishah Ismail
Anak: Empat orang

Kerjaya Dan Penglibatan Politik:
• Aktif sejak zaman remaja sehingga kini, dengan menjawat pelbagai jawatan penting dalam pertubuhan sukarela, masyarakat, sukan dan juga aktif dalam bidang politik.
• Memulakan kariernya sebagai ahli perniagaan sejak tahun 1960an dan telah berjaya menjadi seorang ahli korporat yang terkenal di Pulau Pinang.
• Melibatkan diri secara aktif dalam politik mulai 1947.
• Pada tahun 1964 telah dilantik sebagai Setiausaha Politik yang pertama kepada Ketua Menteri Pulau Pinang (Y.A.B. Tan Sri Wong Pow Nee) dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1969.
• Pernah memegang jawatan Setiausaha Parti Perikatan Pulau Pinang dan beberapa jawatan penting dalam pertubuhan UMNO Pulau Pinang.
• Bersama Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), melibatkan diri secara aktif sejak tahun 1960 hinggalah sekarang sebagai aktivis kebudayaan dan kesenian Melayu, serta aktivis masyarakat.
• Memegang jawatan Presiden PEMENANG semenjak 1984 hingga sekarang.
• Sebagai Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), mengasaskan penubuhan Tabung Biasiswa Kenangan PEMENANG kepada anak-anak Melayu kelahiran Negeri Pulau Pinang yang cemerlang dan layak untuk dipertimbangkan.
• Mengasaskan penubuhan Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang (IKATAN) yang bertujuan supaya seluruh Kelab-Kelab dan Persatuan-Persatuan Melayu di Negeri Pulau Pinang berada di bawah “satu payung”.
• Mengasaskan penubuhan Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Negeri Pulau Pinang (GABUNGAN) yang bertujuan supaya ia menjadi satu “payung” kepada kegiatan-kegiatan kebudayaan dan kesenian Melayu Pulau Pinang.
• Sebagai Presiden PEMENANG, beliau telah mengasaskan penubuhan Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang yang dianggotai oleh sejumlah 16 buah Persatuan Etnik Komuniti Negeri Pulau Pinang
• Mengasaskan penubuhan Kelab Peminat P.Ramlee di Pulau Pinang.
• Memegang jawatan Yang Di Pertua Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang semenjak 1980 hingga sekarang.
• Memegang Jawatan Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) sejak tahun 1994 hinggalah sekarang.
• Menjadi Yang di Pertua (YDP) Persatuan Qaryah-Qaryah Masjid Negeri Pulau Pinang, jawatan yang dipegang oleh beliau semenjak tahun 1999. Persatuan ini adalah menjadi badan induk kepada hampir 200 buah masjid qaryah dan beratus-ratus surau yang wujud di Negeri Pulau Pinang.
• Sebagai YDP Persatuan Qaryah-Qaryah Masjid Negeri Pulau Pinang, beliau telah mengasaskan penubuhan Dana Amal Jariah bagi mengutip derma dari orang perseorang dan Badan-Badan Korparat bertujuan membeli hartanah bagi membantu orang-orang Islam yang miskin dan daif.
• Terlibat secara aktif dalam berbagai-bagai Persatuan Sukan Tanah Air dengan memegang jawatan-jawatan penting. Beliau telah mewakili negara dalam beberapa persidangan sukan antarabangsa di luar negara.
• Mengasas penubuhan Persatuan Sepak Raga (Sepak Takraw) Negeri Pulau Pinang pada tahun 1956 dengan memegang jawatan Setiausaha Persatuan tersebut pada tahun 1958 hingga 1966 dan seterusnya menjadi Presiden Persatuan hingga 1988.
• Mengasas dan menubuhkan Persekutuan Sepak Raga Persekutuan Tanah Melayu Pada tahun 1960 dengan menjadi setiausaha Agong Persatuan yang pertama serta menganjurkan Pertandingan Sepak Raga (Sepak Takraw) Peringkat Kebangsaan PIALA EMAS KHIR JOHARI.
• Sebagai seorang ahli pernigaan yang berjaya, beliau kini diberi tanggungjawab memegang jawatan Pengerusi Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Negeri Pulau Pinang dan Penasihat Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) sekarang.

Pingat, Darjah Kebesaran Dan Anugerah:
Tokoh Kemerdekan Negara 2011 oleh Kerajaan Persekutuan
Tokoh Maal Hijrah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang 1426(H) / 2005
Tokoh Warga Emas Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2000
Tokoh Warga Emas Daerah Timur Laut tahun 2000
Tokoh Budaya GAPENA
Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) – 2014 yang membawa gelaran Tan Sri
Darjah Gemilang Pankuan Negeri (DGPN) – 2005 yang membawa gelaran Dato’ Seri.
Pingat Pangkuan Negara (PPN) – 1995
Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) – 1985 yang membawa gelaran Dato’
Darjah Johan Negeri (DJN) – 1983
Kesatria Mangku Negara (KMN) – 1980
Jaksa Pendamai (JP) – 1980 (Kerajaan Pulau Pinang)
Ahli Mangku Negara (AMN) – 1978


TAN SRI DATO’ NAPSIAH OMAR

Tarikh Lahir: 21 April 1943
Tempat Lahir: Kuala Pilah Negeri Sembilan
Suami: Allahyarham Abdul Aziz Yahaya
Anak: Empat orang

Pendidikan:
• Sekolah Tunku Kurshiah
• Sekolah Tunku Mohamad Kuala Pilah
• Telopea Park High School, Canberra, Australia (1961 hingga 1963)
• Ijazah dalam bidang Sains Zoologi dan Botani dari Australian National University – 1966
• Master Sains Nutrisi dan Pendidikan dari Cornell University, New York – 1972

Kerjaya:
• Pegawai tadbir di Jabatan Pembangunan Peneroka, Felda (1967)
• Pensyarah di Kolej Pertanian Serdang pada tahun 1972

Politik:
• Ahli Parlimen Kuala Pilah pada tahun 1982
• Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1982-1987)
• Menteri Perusahaan Awam (1987-1990)
• Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat(1990-1995).
• Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah (1996)
• Exco Kerajaan Negeri Sembilan (1996)

• Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan
• Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah.

• Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia (Kini)

• Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Nasional (LPPKN)
• Pengasas dan pengerusi Institut Pengurusan Wanita (WIM)
• Ketua Eksekutif Kolej WIM
UMNO Nobat Hanafiah, Yussof, Napsiah Tokoh Melayu Terbilang 2017 UMNO Nobat Hanafiah, Yussof, Napsiah Tokoh Melayu Terbilang 2017 Reviewed by Empayar Pemuda on 9:00 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.