Tun M Berbohong Untuk Halalkan Hubungan Dengan DAP


EP harap rakyat malaysia jangan terpedaya dengan ‘sandiwara’ yang dimainkan oleh Tun M dan Kit Siang. Alasan mereka berdua yang kononnya atas dasar cinta kepada negara mereka ingin mencari keadilan untuk rakyat merupakan satu pembohongan besar dan pada hakikatnya mereka berdua hanya diktator hipokrit yang semata-mata ingin mencari kuasa politik dan membalas dendam.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tindakan yang beliau lakukan selama ini adalah di atas dasar cintanya kepada negara.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengkhianati masyarakat Melayu seperti yang didakwa apabila membentuk satu pakatan dengan DAP selepas berpuluh tahun menentang dasar parti itu.

“Ramai orang Melayu marah bila saya untuk duduk di sebelah Lim Kit Siang dan begitu juga orang Cina, ramai yang tidak berpuas hati.

“Orang Cina berasa dikhianati oleh Kit Siang dan orang Melayu rasa dikhianati oleh saya tetapi kami tidak mengkhianati sesiapa.

“Kita semua adalah rakyat Malaysia dan kita hanya mahu negara ditadbir dengan baik,” kata Bekas Perdana Menteri  itu, dalam satu majlis makan malam kutipan dana anjuran pejabat Ahli Parlimen Gelang Patah di Johor Bahru, semalam.

Menurutnya parti-parti pembangkang di negara ini tidak boleh menang pilihan raya dan membentuk kerajaan secara bersendirian.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Ahli Parlimen Gelang Patah, Kit Siang mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum (PRU14).
Tun M Berbohong Untuk Halalkan Hubungan Dengan DAP  Tun M Berbohong Untuk Halalkan Hubungan Dengan DAP Reviewed by Empayar Pemuda on 9:30 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.