Saturday, May 6, 2017


Kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa sejumlah RM42 juta daripada dana anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd disalurkan kepada individu bernama Ariffin Ismail Shahul Hameed membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menerima wang berkenaan.

Ketua Pengarah JASA, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Rafizi sudah membersihkan nama perdana menteri.

“Justeru itu, Rafizi juga mengesahkan penafian oleh Najib pada 9 Mac tahun lalu bahawa wang berkenaan  tidak pernah berada dalam akaun peribadinya.

“Ini sekaligus membuktikan tindakan Pejabat Peguam Negara tidak membuka kertas pendakwaan adalah tepat,” kata Puad dalam satu kenyataan, Khamis.

Tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu , pendedahan oleh Rafizi itu jelas bercanggah dengan tuduhan liar  oleh pemimpin pembangkang lain seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Malah ini membuktikan pembangkang suka membuat tuduhan berdasarkan andaian tanpa mengemukakan bukti yang kukuh.

“Selain itu, kenyataan oleh Rafizi juga menyerlahkan lagi tindak tanduk mereka yang suka membuat dakwaan yang berubah-rubah dari semasa ke semasa,” kata bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan kononnya akaun persendirian milik Ariffin Ismail, 30 mempunyai transaksi sebanyak RM42 juta daripada dana SRC.

Bekas Setiausaha Agung PKR itu juga dilaporkan berkata individu itu adalah antara individu terawal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia iaitu pada Julai 2015 sepanjang siasatan 1MDB dibuat oleh Pasukan Petugas Khas yang sudah dibubarkan.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.