Thursday, May 4, 2017



Seorang bekas pelajar SMK Dato' Mohd Said di Nilai, Pravin a/l Selvaraja dipercayai telah membunuh diri akibat kecewa apabila cintanya tidak dibalas oleh seorang pelajar wanita yang sebaya dengannya.

Menurut sumber sebelum kematiannya, Pravin telah pergi ke sekolah dan berjumpa dengan rakan-rakannya dan dalam pertemuan bersama rakan-rakannya, mendiang Pravin ada menunjukkan sebuah botol yang dipercayai racun dan memaklumkan akan meminum racun tersebut sekiranya cintanya terhadap remaja bernama A tidak berbalas.

Menurut sumber itu lagi, ahli keluarga mendiang Pravin pernah hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan gadis tersebut tetapi tindakan mereka telah dihalang oleh pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan tersebut memaklumkan tujuan mereka ke sekolah tersebut untuk memberitahu yang Pravin telah dimasukkan ke hospital akibat meminum racun yang diambil dari kebun berhampiran.

Tetapi apa yang menariknya tentang insiden kematian mendiang Pravin, ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk membangkitkan isu sensitif yang melibatkan perkauman.Pihak tersebut mendakwa kononnya kematian mendiang Pravin berpunca daripada paksaan sekumpulan remaja Melayu yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tingkah lakunya yang terlalu agresif.

Berita palsu tentang kematian mendiang Pravin kini yang tular di media sosial dikuatiri akan mencetuskan ketegangan antara kaum. 

Diharap rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu dan penyebaran maklumat palsu ini, kerana segala tuduhan tersebut adalah amat dangkal dan dianggap cuba menyentuh sensitiviti kaum yang hidup aman damai di Malaysia. 

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan pihak forensik Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) mengesahkan S Pavin, 15, mati akibat keracunan jenis racun rumpai.

"Namun, tiada kesan kecederaan pada tangan, kaki dan badan yang menunjukkan remaja itu dipaksa orang lain untuk minum racun. Tiada juga kesan luka dalaman pada bahagian mulut dan tekaknya.

"Bagaimanapun, terdapat beberapa kesan luka lama akibat hirisan pada lengan kiri," katanya pada sidang media di Balai Polis Nilai di sini, hari ini.

Beliau menolak dakwaan pelbagai pihak di media sosial bahawa polis cuba menyembunyikan maklumat mengenai kejadian itu yang mengaitkan mangsa dengan kes buli.

Zaldino berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7583222.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.