Thursday, May 25, 2017



Pengakuan seperti ini daripada seorang pemimpin yang dikenali sebagai licik dalam berpolitik haruslah dilihat dalam konteks yang blebih berhati-hati.

Bagaimanapun apa yang EP lihat pengakuan ini lebih kepada rintihan dan harapan yang begitu tinggi pembangkang terhadap PAS untuk sama-sama memastikan nafsu politik menjatuhkan kerajaan berjaya dilakukan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa tidak ada satu parti lain di negara ini mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) apatah lagi untuk menang pilihan raya umum.

Pengerusi PPBM itu berkata, atas sebab itu lah mereka mengharapkan PAS untuk bekerjasama dalam Pakatan Harapan yang diketuai DAP semata-mata untuk membentuk satu pasukan pembangkang demi mengalahkan BN.

“PPBM bersungguh-sungguh nak kerjasama dengan PAS, berkali-kali kita jumpa wakilnya dan mereka pada mulanya bersetuju, namun bila berjumpa Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak bersetuju pula.

“Sehinggakan kita lewatkan penubuhan Pakatan Harapan kerana nak dapatkan persetujuan PAS tetapi PAS lebih utamakan hubungan rapat dengan UMNO dan akhirnya kita ditamatkan sendiri oleh PAS, sedangkan kita masih terbuka kerana kalau kita tidak bekerjasama dengan parti pembangkang lain tidak mungkin kita menang,” katanya menerusi temubual khas di Facebook beliau yang disiarkan secara langsung.

Rasanya Tun M perlu tanya pada Guan Eng sebab DAP tak bising pun siap buang PAS dari Pakatan Harapan lagi !

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.