Thursday, May 18, 2017


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata insiden kekecohan kecil yang berlaku di majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) malam tadi sudah selesai.

“Berlaku sedikit kekecohan dalam perbincangan semalam! Perbincangan hangat, tetapi sekarang semua dalam keadaan baik. Semua akan didengar untuk @myTN50,” beliau menulis di Twitter, tengah hari ini.

Dialog TN50 Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni malam tadi kecoh seketika apabila pelawak Sulaiman Yassin atau Mat Over, menampar pengarah David Teo di depan perdana menteri.

Insiden bermula apabila Teo mempertikaikan cara moderator, Datuk Rosyam Noor mengendalikan sesi berkenaan kerana didakwa tidak melihat ke belakang dalam memilih penggiat seni untuk menyuarakan pandangan.

Rosyam meminta Teo mengawal suara dan tingkah laku ketika diberikan peluang untuk melontarkan pandangan.

Pada waktu yang sama juga Datuk Seri Najib Razak berada di atas pentas untuk mendengar pandangan yang ingin disuarakan pengarah berkenaan.

Bagaimanapun belum sempat Teo memberi pandangan dan menghabiskan pantun, Mat Over meluru ke arah pentas utama dan secara tiba-tiba menampar Teo, kerana bersikap ‘kurang ajar’ di hadapan Najib.

Ia segera disuraikan oleh pasukan keselamatan yang membawa kedua-dua artis berkenaan ke luar pentas.

Insiden itu menjadi viral di media sosial.



0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.