Wednesday, May 3, 2017


Sempena sambutan ulangtahun yang ke 71 , UMNO telah melancarkan program Larian Bendera UMNO melibatkan seluruh negeri.Majlis pelancaran larian bendera yang telah disempurnakan oleh Presiden UMNO , YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini di perkarangan Menara Dato ‘Onn, Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) sudah pun berada di negeri Kedah.

Larian yang bermula di negeri Perlis itu dan kini sedang melalui negeri Kedah bakal sampai ke Pulau Pinang pada 4 Mei 2017 dan akan disambut oleh wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang , YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang merangkap Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas,

Penyerahan bendera UMNO tersebut akan berlangsung di Jambatan Merdeka , sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang pada jam 5.00 petang Khamis 4 Mei 2017.

Pelbagai acara menarik disediakan seperti pertunjuk silat , kompang , chingay bendera UMNO , dan simbolik perarakan membawa masuk bendera UMNO ke Pulau Pinang dengan pasukan berkuda sempena majlis penerimaan Sang Saka Bangsa daripada UMNO negeri Kedah.

Bertemakan warna merah , majlis penuh simbolik ini merupakan acara tahunan UMNO dan ianya kemudiannya akan diserahkan pula kepada negeri Perak sehinggalah sampai ke Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2017.

Semua di jemput untuk bersama.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.