Kenapa DAP Jual Tanah Lebih Murah & Tiada Tender Terbuka?


DAP tidak perlu mengalihkan segala penipuan yang mereka lakukan di Pulau Pinang kepada pentadbiran BN di negeri itu pada tahun 2008.

Menurut Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon, meskipun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa pulangan ekonomi yang berjaya dijana parti itu adalah jauh lebih tinggi berbanding BN, namun terdapat banyak ketidaktelusan yang berlaku sepanjang DAP mentadbir sebagai kerajaan negeri di Pulang Pinang itu.

“Ini satu helah biasa oleh DAP iaitu mengheret kerajaan BN Pulau Pinang sebelum 2008 untuk ‘menghalalkan’ sebarang tindakan mereka.

“Kenapa jual begitu murah? Kenapa tiada tender terbuka? Itu soalan pokoknya, jangan cuba alihkan fokus,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Guan Eng yang menyatakan BN telah menjual tanah 36 kali ganda lebih banyak daripada pentadbirannya sekaligus menebus dakwaannya yang menjual banyak plot tanah di Pulau Pinang.

Kata Guan Eng, BN telah menjual 3,661 ekar pada harga RM1.0586 bilion, manakala kerajaan negeri dibawahnya dijual 106.1 ekar untuk menjana pulangan RM1.1102 bilion.

Namun, Sin Woon berkata perbandingan tidak boleh dibuat sedemikian rupa.

“Apa yang patut dilakukan oleh kerajaan DAP P.Pinang adalah membandingkan harga yang dijual sekarang dengan harga pasaran,” tambahnya.

Berikutan itu, Sin Woon menegaskan adalah tidak wajar untuk menyalahkan BN dalam hal ini ketika pentadbirannya pada 2008 kerana lebih banyak perkara yang tidak telus dibuat oleh DAP.
Kenapa DAP Jual Tanah Lebih Murah & Tiada Tender Terbuka? Kenapa DAP Jual Tanah Lebih Murah & Tiada Tender Terbuka? Reviewed by Empayar Pemuda on 11:42 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.