Sunday, May 7, 2017


Ketrampilan Barisan Nasional (BN) perlu lebih segar dan tidak boleh dipandang sebagai parti untuk ‘orang lama’, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Tegas beliau berkata setiap calon yang akan dipilih pada pilihan raya umum (PRU) akan datang perlulah dilihat sebagai yang mampu mewakili bukan sahaja generasi muda, malah semua lapisan rakyat.

"Kena ada barisan calon yang mewakili semua generasi, kita tak mahu ada imej macam PRU lepas, BN ni parti lama.

“Parti yang tak nampak imej yang segar, parti ‘jurassic’, kena tunjuk kita parti masa depan TN50 bukan dah parti 1957,” katanya selepas merasmikan program Permatang Pauh Fellowship Ride di Permatang Pauh, Ahad.

Ditanya mengenai pemilihan calon kalangan pergerakan Pemuda, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata berharap lebih ramai calon muda akan bertanding pada PRU akan datang.

“Sebab kita melihat golongan pengundi muda semakin ramai dan mereka mengharapkan calon muda,” katanya.

Beliau berkata, seperti mana Wanita UMNO yang mahukan 30 peratus calon dipilih dalam kalangan mereka, Pemuda juga berharap agar 30 peratus calon termasuk wanita dan lelaki muda akan terpilih sebagai calon pada PRU akan datang.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.