Saturday, May 27, 2017

Apa Sudah Jadi Dengan Muhyiddin??


EP sebenarnya sedih melihat perjalanan politik Tan Sri Muhyiddin kerana beliau dahulunya adalah salah seorang daripada kalangan pimpinan dalam parti UMNO yang dilihat banyak pihak sebagai seorang yang punya prinsip.

Namun kerana kedudukan dan politik kepentingan akhirnya Muhyiddin mengambil keputusan untuk bersama-sama kem Tun Mahathir yang kini berdiri atas nama PPBM.

Parti politik yang dilihat sebagai tidak punya asas dan hanya bersandarkan kepada dendam semata-mata itu sudah dijangka bakal berdepan dengan masalah yang akan menyebabkan reputas parti dan pimpinannya terjejas.

Begitulah yang berlaku terhadap Muhyiddin hari ini ,

IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan sebagai Presiden parti itu.

Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, desakan itu dibuat oleh sebahagian besar daripada 24 Bahagian PPBM di Perak setelah mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku dalam PPBM di peringkat kebangsaan dan Perak.

Menurutnya, ini kerana Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi parti, Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyokong dan pendokong parti.

Katanya, Presiden PPBM itu sepanjang masa menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan di atas populariti Tun Mahathir bagi mencatur parti.

“PPBM Perak memberi tempoh seminggu kepada beliau supaya memberikan respon terhadap desakan kami ini.

“Jika masih tiada apa-apa respon daripada beliau, kami iaitu lebih daripada separuh ahli dan pemimpim PPBM Perak akan meletak jawatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.