Thursday, April 20, 2017

TKB Jelmaan Semangat Prinsip DEB


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, agenda Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) merupakan jenama yang menjelma daripada roh, semangat dan falsafah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Perdana Menteri berkata, setelah agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera dilaksanakan, negara ini kini memasuki pada fasa transformasi kesejahteraan golongan berkenaan.

“Jika matlamat asal DEB tertumpu kepada dua dimensi utama iaitu peratusan ekuiti dan pembasmian kemiskinan, sudah tiba masanya untuk melihat secara lebih insklusif, komprehensif serta holistik tentangnya.

“Ini kerana usaha untuk memajukan bumiputera tak boleh dilihat dari segi aspek pemilikan saham yang disenaraikan atau dalam bidang korporat atau dari sudut pembasmian kemiskinan semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 bertemakan ‘Pelaburan 360 PNB’ di Dataran Temerloh di sini hari ini.

Yang hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob;

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Presiden serta Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Semalam, beliau melancarkan Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 yang tidak lagi tertumpu kepada sudut ekonomi semata-mata seperti sebelum ini sebaliknya lebih menyeluruh merangkumi segenap aspek kesejahteraan hidup termasuk pendidikan, kesihatan, sosial dan budaya serta persekitaran selesa dan dinamik.

Perdana Menteri yang menamakannya sebagai TKB berkata, ia diasaskan kepada lima teras bagi melahirkan komuniti dan usahawan bumiputera lebih berfokus, berdaya maju, kreatif serta inovatif dan bersedia untuk bersaing di peringkat global. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.