Rahman Dahlan Sekolahkan Guan Eng



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan mendakwa kadar inflasi nasional sememangnya mencecah paras tertinggi sejak lapan tahun lalu.

Menurutnya, dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengatakan kadar inflasi tinggi adalah kerana rasuah dan kerajaan autokratik adalah tidak benar.

"Pertama sekali, kadar inflasi Mac 2017 adalah disebabkan kesan asas rendah seperti mana yang dijelaskan Jabatan Perangkaan Negara.

"Manakala, inflasi melonjak tinggi pada tahun 1998 kerana penyusutan wang ringgit yang mendadak kemudiannya meningkatkan kos barang import seperti makanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Guan Eng menyalahkan pihak kerajaan dengan mendakwa kadar inflasi tinggi adalah disebabkan kerajaan autokratik dan rasuah yang tiada akauntabiliti.

Beliau juga mendakwa inflasi ini banyak memberi kesan pada mereka yang berpendapatan rendah berbanding berpendapatan tinggi.

Sementara itu, Rahman Dahlan menerangkan bahawa kadar inflasi tinggi tidak semestinya hanya berlaku semasa sesebuah ekonomi mengalami kegawatan atau krisis.

"Malaysia pernah mencatatkan kadar inflasi yang tinggi pada tahun 1980, 1981, 1982 dan 1992 di mana ekonomi bertumbuh ketika itu.

"Kadar inflasi juga kebiasaannya menurun semasa krisis ekonomi atau kewangan berlaku kerana kegawatan berlaku, pengguna akan mengurangkan belanja dan penggunaan swasta berkurang," katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau meminta agar Guan Eng dan pimpinan pembangkang lain belajar sedikit asas makroekonomi sebelum buat tuduhan tidak berasas tentang Malaysia.

"Hentikanlah usaha menjatuhkan ekonomi Malaysia dengan menyebarkan berita palsu dan buat tuduhan tidak berasas tentang kerajaan dan ekonomi negara.

"Jangan pula nanti apa yang mereka (pembangkang) tuduh itu jadi kenyataan dan ekonomi Malaysia akan terjerumus ke dalam kegawatan," katanya lagi. - Sinar
Rahman Dahlan Sekolahkan Guan Eng Rahman Dahlan Sekolahkan Guan Eng Reviewed by Empayar Pemuda on 10:00 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.