Tuesday, April 11, 2017


Semalam sebuah akhbar Cina dengan biadap dan bertindak di luar batasan apabila menerbitkan karikatur yang memaparkan Ahli Parlimen PAS Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Dengan tajuk “Akta Monyet”, kartun yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” yang bertenggek di pokok “Akta 355”.

“Hadi Awang” dipaparkan dengan memegang sebatang tongkat sakti sambil mahu menikmati juadah “keledek panas”, manakala “speaker” melompat dari pokok itu, sambil berkata, “simpan untuk hari kemudian.”

Karikatur itu juga menunjukkan sekumpulan monyet yang bertekak di bawah pokok berkenaan.

EP rasa sudah tiba masanya pihak KDN mengambil tindakan yang tegas dan keras (maksud EP tegas dan keras tu bukan sekadar memberi amaran dan menyuruh memohon maaf secara terbuka tetapi mengantung atau memberhentikan terus lesen penerbitan mereka supaya syarikat penerbitan yang lain lebih berhati-hati dalam mengeluarkan bahan-bahan mereka..

Kerana apa????? Kerana karikatur berupa dua ekor monyet itu bukan setakat bermotifkan politik tetapi karikatur tersebut telah memperlekehkan kedua-dua tokoh politik tersebut dengan menyamakan mereka sebagai monyet, Bukan itu sahaja..monyet yang dilukis memakai kopiah dan berserban itu sebenarnya menggambarkan imej seorang Islam dan yang paling penting isu utamanya ialah memperlekehkan isu RUU355 iaitu merupakan undang-undang Islam.

Biadap dan kurang ajar bukan..Nanyang Siangpau bukannya sebuah akhbar yang baru di Malaysia. Mereka sepatutnya sudah masak dengan keadaan di Malaysia dan lebih sensitif bila ianya melibatkan isu Agama memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunya pelbagai kaum.

Kalau kita lihat sejak kebelakangan ini banyak akhbar cina sudah mula memperlekehkan pemimpin negara dan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan..Sekarang mereka sudah mula memainkan isu agama..memperlekehkan Islam kepada kaum cina..Apa yang membuatkan mereka berani sehingga ke tahap ini????

Sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, EP rasa seeloknnya pihak Polis dan pihak KDN menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya kerana mencegah perkara-perkara sebegini lebih baik daripada perlu berhadapan dengan lebih banyak demo-demo pihak yang tidak berpuas hati..




2 comments:

Anonymous said...

Nanyang Siangpau ni milik siapa??? Boleh ke KND bertindak???

Anonymous said...

Boleh je...sedangkan IPP yang kenyangkan tokey2 besar pun boleh ditiadakan...apa masalahnya

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.