Malunya Nurul Izaah



EP agak keliru dengan kenyataan pakatan haram ni...Buat demo bagai nak gila suruh mansuhkan GST..kerah rakyat suruh berdemo menentang kerajaan kononnya GST membebankan rakyat...Tapi yang terbaru kenyataan pakatan haram bukan nak mansuhkan GST tapi mengenakan sifar peratus GST..

Apa bezanya mansuh dengan sifar GST?? Bagaimana pula dengan cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan??

Nampaknya terma yang digunakan oleh pakatan haram ini boleh mengelirukan rakyat..Anggapan rakyat sifar GST bermaksud tiada GST tetapi sebaliknya ada cukai-cukai lain yang akan diperkenalkan..ataupun ini semua hanyalah janji manis pakatan haram sebelum pilihanraya..

EP berpendapat setelah pakatan haram mengkaji kebaikan GST, mereka malu untuk mengaku keberkesanan GST dalam membantu ekonomi kerajaan..Jadi  untuk menyelamat keadaan dan tidak nampak malu, pakatan haram umum bukan mansuh tetapi sifar peratus GST..

Kalau kita lihat dalam ceramah-ceramah pakatan haram mereka tidak menyatakan sifar peratus GST tetapi mereka mengatakan  bahawa mereka tidak akan akan meneruskan peratusan semasa yang sangat tinggi..Sudah-sudahlah mengumpan rakyat dengan janji kosong..macam-macam helah digunakan bagi mengelirukan rakyat..

Gambar menunjukkan lain..kenyataan pula cakap lain..

Makin ramai yang keliru dengan sikap dolak-dalik pemimpin Pakatan Harapan berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), ada yang kata nak mansuh, ada yang kata nak kekal... mana satu ini...?
Pakatan pembangkang itu menyembunyikan sesuatu dan tidak bercakap benar mengenai pendirian mereka berhubung GST.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata ketika ini ada banyak pendirian yang dinyatakan pemimpin pembangkang, ada yang menyatakan GST perlu dimansuh dan ada yang mahu dikenakan sifar cukai (zero rated).
Katanya, ini menunjukkan pembangkang tidak mempunyai pendirian tetap mengenainya malah pilihan bagi menggantikan GST juga tidak dinyatakan dengan jelas.
"Pembangkang boleh menjadi popular dengan mengatakan mereka mahu memansuhkan GST sebaik sahaja mereka berkuasa, kita ada projek pembangunan mega yang sedang berjalan, misalnya Lebuhraya Pan Borneo dan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Ia satu pembohongan kepada rakyat sekiranya mereka gagal mencari jalan untuk mendapatkan semula hasil yang hilang itu,"
"Ada banyak versi yang kita dengar keluar daripada mulut pemimpin pembangkang mengenai GST ini, ada pihak kata mereka akan mansuhkan, ada yang kata dikekalkan, digantikan dan terbaharu mahu dilaksanakan sifar cukai.
"Kita tidak tahu yang mana satu mereka inginkan dan kerajaan yang bagaimana mahu mereka wujudkan kerana masalah sebegini pun mereka tidak bersatu hati mengenainya. 

"Mereka nampaknya tidak konsisten dan tidak membincangkan perkara ini sesama mereka," katanya kepada media selepas menjadi ahli panel pada Bengkel Peringkat Menteri ASEAN 2017 - Mengemudi Halangan Pembangunan Mapan di Universiti Sunway Selasa.

Abdul Rahman mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang menyatakan Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan GST jika menang pilihan raya umum akan datang sebaliknya mengenakan sifar cukai untuk GST.
Awal tahun ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Pakatan Harapan dilaporkan berhasrat menghapuskan tol Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan dan GST, jika berjaya menjadi Kerajaan Pusat pada PRU-14.
Pada minggu lalu pula Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad, menyatakan GST tidak akan dihapuskan kerana "itu mungkin menyebabkan beberapa masalah dengan pembiayaan kerajaan" dan mahu menaikkan cukai korporat menggantikan GST.
Abdul Rahman berkata, pembangkang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan sebaliknya perlu mencari alternatif bagaimana mahu meningkatkan pendapatan atau mengekalkan hasil negara.
"Pembangkang boleh menjadi popular dengan memansuhkan GST dan menang pilihan raya tetapi hakikatnya mereka kena akui bahawa mereka menipu rakyat kerana tidak akan dapat bertahan lebih-lebih lagi membangunkan negara ini tanpa GST.
"Rakyat perlu faham, bahawa pembangkang sedang mempermainkan tahap intelektual rakyat mengenai GST," katanya. Agenda Daily
Malunya Nurul Izaah Malunya Nurul Izaah Reviewed by Empayar Pemuda on 7:40 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.