Thursday, April 13, 2017




1. Baru - baru ini negara dikejutkan dengan penahanan seorang Datuk Seri berumur 74 tahun dan anak beliau seorang Datuk berumur 47 tahun atas kes rasuah dalam penjualan tanah di Pulau Pinang tanpa mengikut prosedur dan undang - undang. Kedua - dua mereka disiasat dibawah Seksyen 23 Akta SPRM. Insiden yang mengejutkan di Pulau Pinang ini membuktikan Pulau Pinang menjadi syurga bagi Ahli Perniagaan yang mempunyai hubungan dengan ahli politik di negeri ini melakukan korupsi dalam skala yang mega.

2. Penahanan ahli perniagaan yang berpengaruh ini dan anak beliau merupakan salah satu lagi kes rasuah di Pulau Pinang selepas kes rasuah Ketua Menteri. Lim Guan Eng telah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa dalam Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165 Akta Jenayah.

3. Oleh kerana terlalu banyak kes rasuah kini berlaku di Pulau Pinang, rakyat sudah mula hilang keyakinan dengan kerajaan negeri. Ini juga susulan penjualan tanah - tanah negeri kepada pemaju hartanah dan Taikoon, penutupan kilang - kilang serta syarikat multinasional yang berpindah ke negeri dan negara lain yang mempunyai polisi kewangan yang lebih telus serta harga rumah yang melambung tinggi sehingga tidak ada rakyat tempatan yang mampu membeli rumah di negeri sendiri. Ini semua sedang memberi tekanan yang sangat tinggi kepada rakyat Pulau Pinang terutamanya anak - anak muda.

4. Memahami permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang. ADUN Barisan Nasional akan cuba membentangkan satu usul didalam DUN bagi meminta KM Lim Guan Eng untuk meletakkan jawatan beliau akibat kes rasuah yang sedang dihadapi. Pada pendapat saya, usul tergempar ini akan mendapat sokongan ramai ADUN pembangkang terutamanya ADUN dari PAS dan PKR. Malah sudah mula terdapat ura - ura mengatakan bahawa beberapa orang ADUN DAP juga akan menyokong usul yang dibawa kerana mereka malu dengan kes rasuah Lim Guan Eng yang telah mencemar imej "bersih" DAP.

5. Secara jujurnya, saya berpendapat ini adalah masa yang tepat bagi semua pemimpin Pulau Pinang untuk bangkit dan melawan isu rasuah yang melibatkan negeri Pulau Pinang. Dahulu Pulau Pinang merupakan satu negeri yang amat baik tanpa sebarang kes rasuah serta menjadi kebanggaan warga Pulau Pinang. Kini kita dikenali sebagai negeri yang mempunyai masalah rasuah yang tinggi  termasuk skandal rasuah KM dan juga ahli - ahli perniagaan yang rapat dengan kerajaan negeri.

6. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SPRM kerana telah menjalankan siasatan kes rasuah dengan adil dan telus tanpa rasa takut atau pun memberikan keistimewaan kepada mana - mana pihak. Ini membuktikan undang - undang negara tidak kenal sama ada kerajaan  atau pembangkang. Semua sama di sisi undang - undang. - Datuk Huan Cheng Guan


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.