Tuesday, April 25, 2017

Hilang Rasa Hormat Terhadap Tun M



Tun Dr. Mahathir Mohamad suatu hari nanti dijangka mengulangi pendirian kononnya kerjasama de­ngan rakan sekutu pilihannya termasuk Lim Kit Siang adalah satu kesilapan besar.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu diyakini akan mengulangi kenyataannya itu selepas beliau akhirnya sedar kegagalan kerjasama bersama Kit Siang.

Beliau berkata, perkara itu tidak mustahil kerana sudah beberapa kali Dr. Mahathir menyatakan kesilapannya me­lantik beberapa individu untuk menjawat pelbagai jawatan termasuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

“Selepas Tun Musa Hitam melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1986, Dr. Mahathir mengakui melakukan kesalahan besar dan beliau beberapa kali mengulangi kenya­taan itu dalam pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan terbaharu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pada masa sama, beliau se­ring mengutuk DAP termasuk Kit Siang yang menyebabkan keputusannya bergabung dengan parti itu pada masa ini dilihat bertentangan dengan pendirian asal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, sikap Dr. Mahathir itu menunjukkan beliau ti­dak konsisten dengan pendiriannya termasuk menentukan hala tuju parti baharu dipimpinnya.

“Kita pasti rakyat pun tidak terima kerjasama yang dijalankan de­ngan DAP kerana mereka tahu Dr. Mahathir berkemungkinan akan mengulangi pendirian sama iaitu I was wrong,” jelasnya.

Menurut beliau, perbuatan Dr. Mahathir telah menghilangkan rasa hormat kebanyakan rakyat terhadapnya kerana sering memandang serong terhadap pe­mimpin lain apabila wujud pera­saan tidak puas hati. - Utusan


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.