Tuesday, April 25, 2017

Dulu Mansuh GST, Kini Teruskan Pula??


Kalau dulu puak-puak pakatan haram ni kata BR1M ni rasuah..lepas tu jilat balik apa yang mereka ludah..Kini yang terbaru pakatan haram tidak akan mansuh GST andai tawan Putrajaya...Pulakdah!!!

Hari tu mereka yang beriya-iya sangat nak halang perlaksanaan GST...Lepas laksana bermacam-macam fitnah dilemparkan terhadap kerajaan kononnya kerajaan zalim dan menindas rakyat..Siap buat demo lagi nak mansuhkan GST..tapi sekarang apa dah jadi???Jilat ludah sendiri balik ke??

Satu demi satu penipuan yang dibuat oleh pakatan haram ni dalam usaha mereka untuk memburukkan kerajaan BN yang akhirnya memerangkap mereka balik..Sudah-sudah la menipu dan menghasut rakyat selama ini.. Jangan ingat semua rakyat Malaysia bodoh dan mudah termakan dengan janji-janji palsu tu..




PH TIDAK AKAN MANSUH GST ANDAI TAWAN PUTRAJAYA

Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian tidak akan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Sebaliknya Nurul Izzah berkata PH akan meneruskan cukai itu dengan menurunkan kadar peratusan semasa yang dianggap tinggi dan membebankan rakyat.

“Kami sedar dengan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat.

“Kita (PH) tidak akan mengenakan peratusan yang tinggi dan membebankan rakyat,” katanya ketika berucap dalam ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.

Keputusan tersebut jelas bertentangan dengan pendirian beberapa pemimpin utama pembangkang sebelum ini yang mendesak Putrajaya menghapuskan cukai berkenaan.

Awal Januari lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang berkata bahawa pembangkang akan menghapuskan GST jika berjaya memerintah Kerajaan Persekutuan.

Selain Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamed, pada majlis pelancaran partinya, juga awal tahun ini, mengisytiharkan akan memansuhkan GST secara beransur-ansur dan diganti dengan cukai jualan “mengikut kehendak rakyat” seandainya pembangkang memenangi pilihan raya umum ini.

Malah PH telah menganjurkan perhimpunan anti-GST di Kuala Lumpur, April lalu sebagai protes terhadap pelaksanaan cukai berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.