Dah Berkali-kali Rakyat Pulau Pinang Ditipu..


Sekali lagi rakyat Pulau Pinang ditipu  oleh Kerajaan Negeri DAP dan bakal berdepan satu lagi kenaikan kos sara hidup..Pada tahun 2011 Kerajaan DAP Pulau Pinang janji pada rakyat Pulau Pinang tarif air tidak naik..tetapi janji tinggal janji..Bukan sekadar tarif dinaikkan malah surcaj juga dikenakan..
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghadiahkan rakyat negeri itu dengan Cadangan Kenaikan Surcaj Pemuliharaan Air (SPA) melebihi 100 %. Ini adalah kenaikan kali kedua sejak ianya diperkenalkan pada 1/11/2010. Selepas diperkenalkan , ianya kemudian dinaikkan lagi sebanyak 100% pada 1 September 2013, kenaikan daripada 24 sen kepada 48 Sen setiap 1000 liter. 

Selain daripada itu, tarif air telah dinaikkan pada 1 April 2015 dengan purata kenaikan sebanyak 16.7%. Ini adalah kesinambungan daripada keputusan Kerajaan Negeri untuk mengaut untung tambahan diatas kesengsaraan rakyat Pulau Pinang. 


Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (SPA) bagi penggunaan domestik sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat negeri ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, SPA akan dinaikkan daripada 48 sen kepada RM1 setiap 1,000 liter air untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan kadar pembaziran air di Pulau Pinang.
Katanya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) akan menghantar surat permohonan menaikkan SPA itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam tempoh terdekat dan surcaj baru tersebut dijangka akan dikenakan kepada pengguna pada penghujung tahun ini.
"Kerajaan negeri menerima banyak kritikan berkenaan tarif air yang sangat rendah sehingga menyebabkan pembaziran air yang teruk. Banyak pihak meminta kami menaikkan tarif air dan saya akui, setiap kritikan itu ada logiknya.
"Selama sembilan tahun kerajaan negeri bertahan dengan tarif air paling rendah dan ia agak keberatan untuk menaikkan tarif air namun ia tidak boleh dibiarkan. Oleh itu, kita mengambil keputusan agar menaikkan SPA kepada RM1 untuk setiap 1,000 liter air yang digunakan melebihi 35,000 liter air," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Air Sedunia Pulau Pinang 2017, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa.
Lim berkata kenaikan itu juga merupakan langkah terakhir kerajaan negeri untuk mengelakkan pembaziran air dalam kalangan pengguna domestik di Pulau Pinang.
"Jika usaha ini (menaikkan SPA) tidak berjaya, kami tiada pilihan lain melainkan menaikkan tarif air. Permohonan kenaikkan surcaj ini mungkin akan mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk diluluskan. Mungkin ia akan dilaksanakan pada hujung tahun ini.
"Kerajaan negeri sebolehnya tidak mahu menaikkan tarif air kerana ia akan membebankan rakyat namun kita tidak ada cara lain. Saya harap dengan kenaikkan SPA ini, ia akan memberi kesedaran kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Jaseni berkata, PBAPP membelanjakan RM91 juta sebagai subsidi untul mengekalkan tarif domestik di Pulau Pinang dan jumlah besar itu terpaksa ditanggung PBAPP berikutan 25 peratus daripada 504,400 pengguna domestik di negeri ini menggunakan air yang berlebihan.Katanya SPA yang akan dinaikkan ini hanya melibatkan pengguna domestik manakala pengguna komersial mereka membayar penggunaan air mengikut harga pasaran.
"Dari data yang diperolehi, masih ramai pengguna yang membazir air. Jadi PBAPP meminta semua penduduk agar mengurangkan 10 peratus penggunaan air di rumah untuk memastikan bekalan mencukupi sehingga 2020. Kita menyasarkan penggunaan air daripada 827 juta liter sehari (JLH) (2016) turun kepada 778 JLH pada tahun ini," katanya.
Dah Berkali-kali Rakyat Pulau Pinang Ditipu.. Dah Berkali-kali Rakyat Pulau Pinang Ditipu.. Reviewed by Empayar Pemuda on 7:00 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.