Berita Baik Untuk Pendidikan Agama Islam di Malaysia


lebih 819 sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) serta institusi tahfiz di seluruh negara berpeluang menaiktaraf kemudahan mereka selepas Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan sebanyak RM80 juta.

Peruntukan berkenaan diserahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini di bawah Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah yang diumumkan dalam Bajet 2017 , bertujuan memperkasa institusi pendidikan agama ke arah lebih cemerlang.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi menyelaraskan dan membangunkan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dan merupakan kali pertama peruntukan seumpamanya diberikan kerajaan dalam sejarah pendidikan tahfiz negara.

“Jika itu hasrat ibu bapa menghantar anak ke sekolah tahfiz, maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menentukan ia bukan sahaja pilihan ibu bapa tetapi satu pilihan yang dapat melahirkan insan-insan yang cemerlang,” kata Najib ketika berucap pada majlis penyampian peruntukan itu di Seri Perdana, Selasa.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.
Berita Baik Untuk Pendidikan Agama Islam di Malaysia Berita Baik Untuk Pendidikan Agama Islam di Malaysia Reviewed by Empayar Pemuda on 6:47 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.