2 Soalan Untuk Kerajaan DAP Jawab..


Rakyat Pulau Pinang kini berdepan satu lagi kenaikan kos sara hidup dan kali ini , Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghadiahkan rakyat negeri itu dengan Cadangan Kenaikan Surcaj Pemuliharaan Air (SPA) melebihi 100 %. 

Ini adalah kenaikan kali kedua sejak ianya diperkenalkan pada 1/11/2010. Selepas diperkenalkan , ianya kemudian dinaikkan lagi sebanyak 100% pada 1 September 2013, kenaikan daripada 24 sen kepada 48 Sen setiap 1000 liter. 

Selain daripada itu, tarif air telah dinaikkan pada 1 April 2015 dengan purata kenaikan sebanyak 16.7%. Ini adalah kesinambungan daripada keputusan Kerajaan Negeri untuk mengaut untung tambahan diatas kesengsaraan rakyat Pulau Pinang. 

Pemuda UMNO ingin bertanya dua soalan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung cadangan kenaikan ini :- 

1.Ketua Menteri Pulau Pinang ada menyatakan bahawa banyak pihak meminta mereka menaikkan tarif air. 

Pemuda UMNO memohon agar didedahkan pihak manakah yang meminta agar tarif air ini dinaikkan ?

2.Ketua Menteri Pulau Pinang ada menyatakan bahawa dari data yang mereka perolehi, masih ramai pengguna yang membazir air. 

Pemuda UMNO memohon agar di dedahkan dan di kongsikan data pembaziran dan juga kaedah pengiraan yang membolehkan penafsiran pembaziran itu berlaku atau tidak ?

Keupayaan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjawab soalan ini akan memberi maklumat tambahan kepada rakyat dan sekurang kurangnya mereka memahami kenapa kenaikan surcaj ini perlu berlaku. 

Pemuda UMNO Pulau Pinang menolak sekeras kerasnya Cadangan Kenaikan Tarif ini kerana ianya memberi kesan secara langsung kepada peningkatan kos sara hidup yang sememangnya cukup tinggi ekoran pelbagai caj baru dan pelbagai kenaikan caj sedia ada yang tidak berperikemanusiaan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang semenjak mereka memerintah negeri ini. 

Rakyat Pulau Pinang perlu sedar jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini dikekalkan pada Pilihanraya akan datang, pelbagai kenaikan dan pengenalan serta rekaan caj baru akan mereka lakukan yang pastinya menaikkan lagi kos saraan hidup. 

Akhir sekali, kami juga mendesak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara untuk tidak meluluskan cadangan kenaikan surcaj air. Cukuplah dengan kelulusan terdahulu yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Sekian Terima Kasih 

Rafizal Abd Rahim 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang

23 April 2017
2 Soalan Untuk Kerajaan DAP Jawab.. 2 Soalan Untuk Kerajaan DAP Jawab.. Reviewed by Empayar Pemuda on 11:00 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.