Situasi Di Korea Utara




Alhamdulillah, saya difahamkan bahawa rakyat kita di Korea Utara berada dalam keadaan selamat dan mereka berupaya untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Fokus kerajaan dalam isu ini tetap tidak akan berubah.


Saya ingin memberi jaminan bahawa kerajaan akan melakukan segala yang terdaya untuk memastikan  rakyat kita terus selamat dan mereka dapat kembali ke Malaysia.



Kita akan terus mengambil pendekatan yang tegas. Semalam, mesyuarat Majlis Keselamatan Negara telah mengekalkan keputusan untuk tidak membenarkan rakyat Korea Utara untuk meninggalkan Malaysia.



Ini adalah isu yang sensitif. Oleh itu, kerajaan akan mengambil pendekatan memastikan segala rundingan dan perbincangan dilakukan secara rahsia. Apa yang saya boleh maklumkan ketika ini adalah kerajaan sedang mengenal pasti dan meneliti kehendak sebenar Korea Utara dalam menahan rakyat kita.



Hubungan diplomatik Malaysia dan Korea Utara juga tidak akan diputuskan kerana kita memerlukan saluran ini untuk berhubung dengan mereka dalam mencari jalan penyelesaian.



Malaysia akan terus memantau perkembangan sebelum mempertimbangkan untuk membangkitkan isu ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



Insya-Allah, konflik ini akan dapat diselesaikan dan rakyat kita yang ditahan dapat pulang ke tanah air dengan selamat.


-https://www.najibrazak.com/bm/blog/situasi-di-korea-utara/
Situasi Di Korea Utara Situasi Di Korea Utara Reviewed by Empayar Pemuda on 6:45 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.