DAP Parti Lidah Bercadang


DAP disifatkan sebagai parti lidah bercabang apabila sering dilihat mengubah pendiriannya berhubung pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad, berkata tindakan itu jelas dilihat apabila DAP menyokong undang-undang itu ketika masih bekerjasama dengan PAS. 

Bagaimanapun, katanya, situasi sebaliknya berlaku apabila kerjasama antara DAP dan PAS dalam pakatan pembangkang tidak mampu bertahan, hingga memaksa DAP mengubah pendirian dan membantah pindaan RUU 355. 

"DAP ini satu-satunya parti yang lidahnya bercabang demi menagih simpati dan undi orang Melayu, selain muncul sebagai parti politik yang akan bersetuju dengan mana-mana pihak untuk kepentingan peribadi. 

"Mereka (DAP) akan sokong apa sahaja perjuangan sekutunya demi memastikan orang ramai kekal menyokong mereka. Sebaliknya tidak akan teragak-agak untuk 'menikam' bekas rakan sekutunya, jika tidak lagi menjalin kerjasama," katanya kepada BH. 

Dalam pada itu, Muhammad Farid menggesa orang bukan Islam supaya tidak 'termakan' dakyah DAP yang menegaskan RUU 355 bukan hanya membabitkan umat Islam. 

"Bukan Islam perlu tahu bahawa pindaan RUU 355 ini hanya akan berkuat kuasa bagi umat Islam sahaja. Justeru jangan termakan dengan hasutan DAP yang cuba mengelirukan dan memecahbelahkan keharmonian rakyat di negara ini," katanya.
DAP Parti Lidah Bercadang DAP Parti Lidah Bercadang Reviewed by Empayar Pemuda on 10:38 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.