Saturday, February 25, 2017

Sultan Johor Tegur Tun M


Ini bukan kali pertama tetapi setahu EP sudah berkali-kali Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebelum ini.

Yang terbaru, pada 23 Februari 2017, Sultan Ibrahim mengingatkan ahli politik dari luar Johor supaya jangan mengelirukan rakyat dan memecah-belahkan perpaduan bangsa Johor dengan mencampuri urusan negeri itu.

Rakyat Johor telah menikmati kehidupan yang selesa, aman dan damai sehingga kini, jadi orang luar tidak perlu berlagak pandai atau mengajar apa yang patut dibuat untuk kesejahteraan negeri itu.

Sultan Ibrahim turut memaklumkan bahawa satu masa dahulu ahli politik dari luar Johor itu sering menyindir Melayu mudah lupa namun kini individu berkenaan sendiri menunjukkan sifat pelupanya.

Sultan Johor berkias, dulu orang luar ini mengatakan pembangkang musuh ketat tetapi sekarang hairannya boleh pula duduk semeja menjadi kawan rapat.

Walaupun Sultan Ibrahim tidak menyatakan nama Tun Mahathir dalam titahnya, namun EP yakin semua orang tahu bahawa teguran dan peringatan itu ditujukan kepada Tun Mahathir.

Kenapa Sultan Ibrahim membuat teguran sedemikian kepada Mahathir? 
Teguran Sultan Johor itu dilakukan disebabkan beberapa perkara yang sudah melampaui batas dan baginda kini dilihat tidak boleh bertoleransi lagi. 
Pada 25 Ogos 2016, Sultan Ibrahim menegur Mahathir berikutan pandangannya yang tidak bersetuju dengan gagasan bangsa Johor. 
Sultan Johor menyifatkan, pandangan Mahathir tersebut menggambarkan beliau jahil tentang sejarah Johor. 
Moyang Sultan Ibrahim, Sultan Sir Ibrahim pada 1920 secara lantang membuat seruan meminta bangsa Johor bersatu di bawah satu bendera bagi mempertingkatkan kerjasama, keharmonian dan kedamaian. 
Sultan Johor menegaskan Gagasan Bangsa Johor telah bermula sebelum Mahathir dilahirkan. Mahathir sendiri disifatkan tidak tahu apa yang beliau katakan. 
Pada 16 Januari 2017 pula, Sultan Johor menzahirkan kekecewaan baginda berhubung tindakan Mahathir yang terus menerus `memutar belit’ isu pelaburan dari negara China di Johor iaitu Forest City. 
Sultan Ibrahim sedih dengan sikap Mahathir yang meletakkan kepentingan politik berbanding negara yang tercinta. 
Sultan Johor tidak berniat untuk masuk campur dalam soal politik, tetapi berasakan perlu memberi penjelasan memandangkan fakta sebenarnya telah diputar belit oleh pihak berkepentingan. 
Mahathir sendiri melampau apabila mendakwa 700,000 rakyat China akan menetap di Johor Bahru dan kerakyatan bakal diberikan kepada mereka selain kawasan tanah yang luas itu telah dijual kepada negara China. 
Pada 23 Mac 2016, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengimbau semula layanan Kerajaan Persekutuan ke atas Istana Johor sewaktu krisis Perlembagaan pada 1992. 
Tunku Ismail berharap supaya sejarah hitam yang dilakukan kerajaan atas desakan tamak haloba dan gila kuasa itu tidak berulang lagi. 
Krisis Perlembagaan 1992 berlaku ketika pentadbiran Mahathir yang menyaksikan usul menyekat kuasa dan kekebalan Raja-Raja Melayu dikemukakan pada sesi khas Parlimen yang diadakan pada Disember 1992. 
Persoalannya, adakah Mahathir akan patuh kepada teguran dan peringatan Sultan Johor itu? 
Mahathir dilihat tidak lagi dapat memisahkan dendam kesumat peribadinya daripada kepentingan negara. 
Sama ada bekas Perdana Menteri itu akan patuh atau tidak, sama-sama kita nantikannya. 
Sebagai rakyat, titah dan teguran sultan sepatutnya dipatuhi. Janganlah kita terus mencari perbezaan dan mewujudkan permusuhan atau pertelingkahan dengan institusi diraja.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.