Thursday, February 9, 2017



Persatuan Nelayan Tanjung Tokong hari ini telah menggesa Kerajaan DAP Lim Guan Eng untuk menjelaskan tentang kemusnahan kawasan paya di Bagan Jermal yang didakwa berpunca daripada aktiviti penebangan bakau dan penambakan laut.

Jurucakap Persatuan Nelayan Tanjung Tokong berkata, kerajaan negeri dilihat begitu mudah membenarkan pemaju projek berkenaan ‘meratah’ kawasan paya bakau berkenaan yang pen­ting kepada ekosistem di kawasan itu.

Jelasnya, cadangan menjadikan Hutan Bakau Gurney Drive sebagai zon kekal hutan bakau yang pernah diajukan kepada kerajaan negeri satu ketika dahulu dilihat sia-sia.

Ini kerana, katanya, projek pembangunan di situ tetap dilakukan tanpa mengambil kira kesan sampingan kepada alam sekitar dan nasib nelayan.

“Tahukah mereka kepentingan paya bakau kepada ekosistem kehidupan air? Ia sepatutnya menjadi tempat perlindungan spesies flora dan fauna terutama siput, udang dan ikan mencari makan, bertelur dan membesar.

“Kerajaan negeri juga perlu memikirkan kesan terhadap pendapatan nelayan yang menjadikan kawasan itu sebagai tempat mencari rezeki,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Menurut jurucakap itu, kawasan paya bakau dan dataran lumpur di Gurney Drive adalah tapak penting untuk burung-burung tempatan dan luar singgah dan berhijrah mencari makanan dan membuat sarang.

“Kami berasa amat kesal de­ngan tindakan kerajaan negeri dan pemaju projek yang dilihat terus rakus dengan perancangan pembangunan di negeri ini,” jelasnya.

**Agak-agaknya berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh pemimpin-pemimpin DAP hasil daripada penambakan laut di Pulau Pinang??

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.