Himpunan RUU355 Pemimpin DAP Gelabah..


EP rasa semua orang tahu kehadiran PAS bersama dalam Pakatan Rakyat khususnya bagi menghadapi PRU13 yang lalu adalah penyebab kenapa pada hari ini DAP dan PKR mampu memiliki kuasa di negeri tadbiran mereka.

Malahan dalam mana-mana siri ceramah sekalipun , tanpa kelibat PAS sudah pasti DAP dan PKR tidak akan mampu untuk bercakap panjang kerana suasananya pasti dingin.

Dan situasi itu sudah pun dipertontonkan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa gerakan pembangkang yang bersama dalam Pakatan Harapan hari ini bergolak apabila PAS tidak lagi menyokong gerakan luar tabie mereka.

Himpunan RUU355 misalnya , terbukti kehadiran ahli-ahli dan penyokong PAS sejak petang Sabtu hingga ke acara kemuncak dengan ucapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jelas menunjukkan kekuatan dan kemampuan PAS tanpa parti pembangkang lain menyokong mereka.

Sebelum ini pun, ketika himpunan Bersih 5 terakhir, tanpa sokongan PAS, himpunan jalan itu hambar tidak seperti yang sebelumnya.

Himpunan RUU 355 dianjurkan PAS untuk mendapat sokongan rakyat terhadap rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang Abdul Hadi, Ahli Parlimen Marang bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.

Walaupun mendapat bantahan terutama daripada DAP serta PKR dan PAN yang bermain’ tarik tali’ akhirnya PAS membuktikan Himpunan RUU 355, petang semalam menjawab segala kekeliruan kononnya RUU itu tidak mendapat sambutan.

Malah, kehadiran Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) dan beberapa kumpulan bukan Islam di perhimpunan itu juga member signal jelas bahawa mereka menerima RUU 355 yang khusus kepada orang Islam.

Mereka lebih matang berbanding DAP yang mempolitikkan RUU 355 dengan cerita momok bahawa undang-undang itu bersikap zalim termasuk cerita ‘potong tangan’ dan sebagainya.

Bagi EP mudah , PAS sekurang-kurang sudah mampu waras dalam berpolitik dan tidak lagi diperkudakan oleh puak-puak cauvinis DAP dan PKR .

Soal dengan siapa mereka bersama biar masa dan keadaan tentukan kerana yang lebih penting KEMATANGAN dan berpolitik akan membawa kebaikan kepada semua rakyat Malaysia.
Himpunan RUU355 Pemimpin DAP Gelabah.. Himpunan RUU355 Pemimpin DAP Gelabah.. Reviewed by Empayar Pemuda on 2:29 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.