CAT Ala DAP , 9.38 Hektar Hutan Bakau Jadi Mangsa



Tak perlu EP ulas panjang lebar tentang dasar CAT atau apa sahaja yang disebut oleh puak-puak cauvinis DAP ni sebab langsung tak pernah betul...

Kalau dengar dari percakapan mereka memang DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang ni hebat tapi realitinya mereka ibarat parasit yang mengikis sedikit demi sedikit tanpa disedari oleh warga Pulau Pinang sendiri..

Kalau bukit pun boleh dibotakkan sampai ke tahap berlakunya banjir kilat di bahagian pulau kini hutan paya bakau pula menjadi sasaran puak-puak DAP ni.

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal apabila hutan paya bakau di Pulau Pinang terus dimusnahkan walaupun banyak bantahan dibuat oleh orang ramai khususnya golongan nelayan. 
Terbaharu, seluas 9.38 hektar kawasan hutan paya bakau di Bagan Jermal negeri itu telah dimusnahkan bagi memberi laluan kepada projek tambak laut di kawasan berkenaan.
Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan Pulau Pinang tidak begitu serius dalam menjaga alam sekitar dan kehidupan rakyat terutama nelayan di negeri ini.
 Mengulas gesaan Persatuan Nelayan Tanjung Tokong yang meminta kerajaan negeri menjelaskan perkara tersebut, CAP berpendapat hutan-hutan paya bakau di negeri itu sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal kerana khazanah alam semula jadi itu sedang diancam kepupusan.

Berdasarkan tinjauan CAP, beratus-ratus hektar kawasan hutan paya bakau di Pulau Pinang telah dimusnahkan bagi tujuan pelaksanaan projek pembangunan dan akuakultur. Tindakan itu dikhuatiri menjejaskan pendapatan beribu-ribu nelayan ekoran kemusnahan tempat pembiakan hidupan laut selain ancaman pencemaran.
Apa pun CAP berharap pihak pemaju mengambil tindakan segera untuk menanam semula pokok bakau di kawasan yang telah ditebang bagi mengekalkan alam semula jadi dan sumber perikanan untuk kelangsungan hidup masyarakat nelayan serta generasi akan datang. Hakikatnya, projek tambak laut untuk pembangunan Seri Tanjung Pinang 2 hanya membawa banyak masalah kepada nelayan tempatan lebih-lebih lagi dengan musnahnya hutan bakau sekali gus musnahnya lokasi pembiakan ikan.

S.M MOHAMED IDRISPresiden CAP
CAT Ala DAP , 9.38 Hektar Hutan Bakau Jadi Mangsa CAT Ala DAP , 9.38 Hektar Hutan Bakau Jadi Mangsa Reviewed by Empayar Pemuda on 2:18 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.