Apakah PAS Akan Langgar Keputusan Dewan Ulama ?


Pertemuan di antara Timbalan Presiden PAS dan PPBM telah pun berlangsung dan satu persefahaman dikatakan sudah pun dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua wakil parti terbabit telah menyatakan akan membentuk sebuah jawatankuasa teknikal bagi mengambil tindakan susulan atas semua keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

Dalam kenyataan bersama yang memetik nama timbalan presiden kedua-dua parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu, kata mereka, kerjasama tersebut dicapai selepas PAS dan PPBM mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk bagi memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara PAS dan PPBM.

“Rangka kerjasama antara kedua-dua parti ini akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi PAS dan PPBM untuk ditandatangani oleh Presiden masing-masing pada satu tarikh terdekat,” kata kenyataan yang sama.

Apa yang EP persoalkan adalah bagaimana kerjasama itu boleh terbentuk disaat PAS sebelum ini sudah pun memutuskan hubungan dengan DAP dan menolak kerjasama dengan parti cauvinis tersebut.

Malah alasan yang diberikan oleh Presiden PAS , Hadi Awang bahawa DAP gagal menjaga kepentingan awam dan menolak Islam adalah jelas sehingga mengakibatkan Kit Siang kemudiannya mahu menyaman Presiden PAS itu.

PPBM jelas bersama DAP dalam Pakatan Harapan dan sebarang bentuk hubungan ini sekiranya berlaku bakal memberikan impak kepada PAS dan sekali lagi mengulangi sejarahnya yang lebih terarah kepada menghalalkan cara.

Lebih dasyat lagi adakah PAS akan membuat U-Turn dan menolak keputusan Dewan Ulamanya sendiri yang baru-baru ini sudah menegaskan  syarat kerjasama antara PAS dengan PPBM hanya terlaksana apabila parti yang dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu sanggup melupakan hubungan dengan DAP dan PAN.

Ketua Dewan Ulama PAS , Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata PAS tidak kisah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti seperti PKR dan PPBM tetapi tidak sesekali berganding bahu di atas pentas politik yang sama dengan DAP dan PAN.

“Jika parti itu mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN, maka kita tidak akan bersama dengan mereka walau dengan apa alasan atau sebab sekali pun”

Isunya apakah PAS akan langgar keputusan Dewan Ulama mereka sendiri ?
Apakah PAS Akan Langgar Keputusan Dewan Ulama ? Apakah PAS Akan Langgar Keputusan Dewan Ulama ? Reviewed by Empayar Pemuda on 11:27 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.