Friday, February 24, 2017



Apabila kepentingan politik sudah melampaui dasar dan arah tuju satu-satu parti politik itu maka kesannya akan berbalik kepada parti itu sendiri.

Dalam persekitaran dunia yang berdepan dengan cabaran demi cabaran , langkah Malaysia menerusi kepimpinan YAB Perdana Menteri mengadakan hubungan dan kerjasama ekonomi dengan negara China seharusnya menjadi titik tolak kepada meraih kejayaan bersama.

Usaha itu perlu disokong bukannya diperguna dan dimanipulasi untuk kepentingan dendam politik yang tidak menguntungkan sesiapa.

Begitulah senarionya , kerajaan Malaysia diperburukkan dengan tohmahan kononnya Malaysia sudah menggadaikan pegangan dan tanah miliknya kepada negara asing iaitu China.

Tidak ada mana-mana pihak daripada kalangan pembangkang yang berseteru dengan DAP bangkit untuk melihat dari sudut yang positif sebaliknya bersama-sama menyokong dan mengasak kerajaan.

Kini apabila pimpinan DAP sendiri mengambil langkah yang sama , semua mulut-mulut pembangkang ini tiba-tiba diam dan membisu !

Sekumpulan Ahli Parlimen DAP di ketuai oleh Lim Guan Eng dilaporkan telah mengatur pertemuan dan berjumpa dengan Duta Besar China ke Malaysia.

Soalnya untuk apa ?

Untuk menarik pelaburan ?

Oh ya Tun Mahathir dan PPBM rasanya perlu segera menegur dan mengkritik tindakan DAP ini kerana Pulau Pinang boleh jadi digadaikan kepada negara China !!!!

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.