Thursday, February 2, 2017


Barisan Nasional sudah pun mengesahkan calon bagi kerusi Dun Tanjong Datu menjadi milik balu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Puan Sri Jamilah Anu, 62 tahun.Keputusan itu diumumkan oleh Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, selepas mempengerusikan mesyuarat khas majlis tertinggi parti itu di Ibu Pejabat BN Sarawak, Jalan Bako di sini jam 3.45 petang tadi.

Keputusan yang mendapat persetujuan semua pihak itu seolah-olah mengulangi sejarah PRK Kuala Kangsar apabila balu Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad , Datin Mastura Mohd Yazid diumumkan sebagai calon Barisan Nasional sekaligus menang dengan majoriti 6969 undi.

Sudah semestinya keputusan di Kuala Kangsar ini bakal menjadi inspirasi kepada seluruh jentera Barisan Nasional di bumi Tanjong Datu dan dengan segala persiapan yang telah dilakukan oleh BN Sarawak , keyakinan untuk melihat satu lagi sejarah tercipta tinggi.

Keyakinan itu hadir tatkala kem pembangkang dilihat sedang berdepan dengan isu dalaman khususnya yang melibatkan soal prinsip parti-parti yang bersama.Hubungan yang terbina itu hanyalah berasaskan kepada faktor luaran semata-mata sedang dalamannya mereka sedang berdepan perbezaan ideologi selain berbeza pendirian.

PKR contohnya walaupun Pengerusi PKR Sarawak sudah pun mengesahkan parti itu tidak akan bertanding di Tanjong Datu , lain pula halnya dengan PKR Pusat di bawah Azmin Ali.Dikhabarkan PKR Pusat tidak berpuas hati dengan keputusan PKR Sarawak dan masih mahu meletakkan calon mereka bertanding di kerusi tersebut.

Dan sudah mula kedengaran ugut-mengugut untuk memboikot mana-mana calon yang diturunkan oleh PKR Pusat oleh PKR Sarawak sekiranya PKR Pusat masih berdegil tidak mahu menghormati keputusan PKR Sarawak.

Malah sekiranya keadaan itu berlaku PKR Sarawak tidak akan mengiktiraf calon terbabit dan turut sama akan menolak mana-mana calon daripada parti-parti yang bersama dalam Pakatan Harapan.

Memandangkan kerusi Tanjong Datu merupakan milik PKR maka sebarang keputusan mengenepikan keputusan PKR Sarawak itu dianggap sebagai satu pengkianatan selain tindakan yang disengajakan tanpa mengambil kira peranan PKR Sarawak itu sendiri.

Jelas sekiranya khabar ini benar , maka kita akan menyasikan sekali lagi parti-parti dalam Pakatan Harapan akan bersaing sesama sendiri.Dengan PAN yang dilihat begitu berminat untuk meletakkan calon mereka , keadaan di Tanjong Datu kemungkinan menjadi satu lagi bukti kepada seluruh negara betapa hubungan yang terbina dalam Pakatan Harapan hanyalah satu permainan politik beragendakan kepentingan parti bukan kepentingan rakyat.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.