Tun Mahathir Hina Pelabur Cina Tapi Puji DAP Melangit !


Barangkali kerana terlalu obses dengan himpunan PPBM tempoh hari , Tun Mahathir sekali lagi terlupa dengan apa yang sedang dilakukannya.Nak kata faktor usia , konco-konco PPBM kata Tun masih lagi mampu untuk diangkat sebagai seorang pemimpin.

Jadi obses itu adalah pilihan yang terbaik kerana tindakan terkini bekas musuh DAP itu bukan sahaja mengelirukan tapi sudah sampai ke tahap celaru.

Kecelaruan yang pada pandangan EP amat perlu diteliti semula oleh DAP khususnya Lim Kit Siang memandangkan pemimpin DAP inilah yang membuka jalan dan menerima kehadiran Tun Mahathir untuk bersama-sama dengan DAP walaupun rata-rata ahli DAP sendiri menolak sebarang kerjasama dengan bekas Perdana Menteri itu.

Kalau semua masih ingat , hubungan antara DAP dan Tun Mahathir itu telah menyebabkan parti DAP sendiri berantakan sehinggakan ada dari kalangan ahli DAP sendiri yang melabel Tun sebagai bapa ayam dan ular dalam konvensyen DAP di Pulau Pinang baru-baru ini !

Fuh ini bukan sekadar melabel tapi satu penghinaan secara terang-terangan namun Tun Mahathir langsung tidak berasa apa-apa jauh sekali membalas hinaan terbabit.

Kenapa ?

Sebab Tun Mahathir mahukan sokongan DAP supaya PPBM boleh mencapai agenda peribadi mereka !

Dengan menganggap DAP sebagai parti yang berpegang erat kepada Perlembagaan Persekutuan dan segala tanggapannya sebelum ini sebagai salah , kita sudah dapat mengagak permainan politik yang sedang disusun oleh Tun Mahathir.

Nah kini segalanya terdedah apabila tuduhannya terhadap kerajaan negeri Johor kononnya sebilangan besar tanah di negeri itu akan tergadai kepada China serta dakwaan 700 ribu warga cina akan dibawa masuk seterusnya diberikan taraf kewarganegaraan sudah menjadi isu paling panas setelah ianya mendapat reaksi daripada Sultan Ibrahim.'

JOHOR BARU: Sultan Johor bertitah baginda amat tersinggung dan terluka dengan kenyataan politik yang diputar belit oleh ahli politik tertentu terhadap pelaburan China di negeri itu.

Titah baginda sekiranya perkara itu dibiarkan, ia akan mengusir pelabur-pelabur di negeri tersebut.

Dalam satu temubual eksklusif, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memetik nama Tun Dr Mahathir Mohamad kerana meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat Malaysia khususnya di Johor.

"Cukup-cukuplah. Setakat ini beta telah cuba mengawal diri daripada mengulas mengenai kontroversi membabitkan Forest City yang dibangkitkan Dr Mahathir dan penyokongnya.

"Namun Dr Mahathir sudah keterlaluan dengan memutarbelitkan isu ini. 

"Beliau memberi gambaran bahawa Johor menyerahkan tanah kepada rakyat China malah membandingkan bagaimana kita menyerahkan Singapura kepada British," katanya dalam satu temubual di Istana Bukit Serene di sini. baca seterusnya http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/01/16/sultan-ibrahim-bidas-dr-m/

Apa yang berlaku menjadi bukti kepada sikap "double standard" Tun Mahathir dalam mendepani isu.Tun dilihat cuba untuk mewujudkan sentimen ketidakpercayaan rakyat terhadap pentadbir kerajaan negeri Johor.

Selain cuba menyemarakkan sentimen perkauman , tindakan beliau juga secara tidak langsung sudah pun menyimpang daripada amalan sahabat karibnya DAP di Pulau Pinang.

Jika Tun cuba menyemai sentimen perkauman ini , bagaimana pula keadaannya di negeri sebelah utara tersebut ?

Apakah Tun Mahathir terlupa pentadbiran DAP di Pulau Pinang lebih banyak memberikan kelebihan terhadap kaum cina jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain ?

Lihat sahaja peratusan rumah-rumah kediaman yang dibina jauh sama sekali seimbang dengan kewujudan rumah-rumah mampu milik.Yang selebihnya adalah projek-projek mega dan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh warga Pulau Mutiara sendiri.

Siapakah pemilik rumah-rumah mewah ini ?

Apakah relevennya tanah-tanah yang dijual oleh kerajaan negeri untuk pembangunan pelbagai projek mencecah jutaan ringgit itu adalah satu keperluan yang boleh Tun Mahathir diamkan ?

Jika Tun benar-benar bimbang dengan kebanjiran warga dari China dan kehilangan milikan tanah , Tun perlu adil dalam berhujah dan membuat dakwaan !

Bukan dengan retorik politik menyerang negeri-negeri di bawah Barisan Nasional tetapi membisu dalam hal melibatkan negeri-negeri di bawah Pakatan Haprak.

Sudah-sudahlah Tun !
Tun Mahathir Hina Pelabur Cina Tapi Puji DAP Melangit ! Tun Mahathir Hina Pelabur Cina Tapi Puji DAP Melangit ! Reviewed by Empayar Pemuda on 9:59 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Satu zaman dulu, ramai memandang hina pada DAP. Tapi, derma tok arab Najib telah mengikis tanggapan masyarakat pada DAP. Sekarang, ramai lihat UMNO lebih hina dari DAP. Selamat PRU14, tak tahu apa akan jadi bila pembangkang pula menjadi kerajaan. Memang sangat tepat pepatah "Hanya kerana setitik nila rosak susu sebelanga".

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.