Friday, January 20, 2017

TPM DAP??Apa yang Tun M fikirkan??


Sehingga ke saat ini tidak ada mana-mana pemimpin DAP yang berani menyahut cabaran Tunku Aziz bekas naib pengerusi parti cauvinis DAP untuk menyaman dirinya.Sebaliknya hanya terdapat ura-ura pihak DAP untuk menyaman pihak media yang menyiarkan berita terbabit.

Sebelum ini Tunku Aziz sudah pun mendedahkan tentang satu pakatan sulit diantara Tun Mahathir dan Lim Kit Siang berkisar tentang kedudukan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak berjaya menguasai kerajaan persekutuan dalam PRU14 nanti.

Timbul persoalan dari kalangan umum tentang sejauh mana perkhabaran tersebut benar kerana jika ianya berlaku seperti mana yang dinyatakan oleh Tunku Aziz , maka wakil daripada parti DAP akan diantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang selama ini disandang oleh orang Melayu tanpa pernah digangu-gugat dan dipersetujui oleh semua parti-parti politik yang berada dalam Barisan Nasional.

Kefahaman dan terus berpegang kepada perkongsian politik itu sebenarnya merupakan wadah terbaik yang selama ini memberikan Malaysia kekuatan untuk terus bergerak dan keupayaan inilah yang telah menjadikan Malaysia sebagai antara sebuah negara yang dikenali seantario dunia.

Usaha untuk melobi kedudukan nombor dua dalam negara itu jika diamati berdasarkan rentak politik Pakatan Haprak yang kini turut disertai oleh PPBM , ianya bolehlah dianggap sebagai satu pengkhianatan terhadap hiraki politik negara berdasarkan kedudukan kaum terbesar di bumi Malaysia selain kedudukan Perlembagaan Negara yang menjamin keistimewaan orang Melayu dan agama Islam.

Tidak ada cacat celanya kedudukan tersebut melainkan ada pihak-pihak lain yang terlalu obses dan dikuasai emosi politik melampau sehingga sanggup menggadaikan kedudukan serta keistimewaan yang selama ini diiktiraf dan dimiliki oleh orang Melayu khususnya parti UMNO.

Ternyata agenda ini bukanlah agenda biasa dan persetujuan yang disebut oleh Tunku Aziz sebelum ini nampaknya pernah berlaku dan paling tidak pun kenyataan terkini daripada Tun Mahathir sendiri sudah mengiakan yang ianya pernah dibincangkan.

Tun Mahathir ternyata tidak pandai menyimpan rahsia mungkin kerana faktor usia atau kerakusannya untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada telah menyebabkan seluruh negara kini dapat melihat sendiri agenda rahsia yang cuba disembunyikan dari pengetahuan ramai khususnya orang-orang Melayu di Malaysia.

Sewaktu menafikan tuduhan yang mengatakan DAP mahukan jawatan Perdana Menteri , Tun Mahathir telah sama ada sengaja atau tidak sengaja telah mengesahkan parti cauvinis itu sememangnya mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Kenyataan yang disiarkan oleh BHOnline itu dengan jelas menulis beliau (Tun Mahathir) yang juga Pengerusi PPBM berkata, hasrat itu disuarakan sendiri DAP yang mahu jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan berkenaan diserahkan kepada salah seorang pemimpin parti itu. 

Bagaimanapun, beliau menafikan DAP mahukan jawatan Perdana Menteri kerana memerlukan undi daripada orang Melayu yang dilihat sukar berbanding mendapatkan undi kaum Cina. 

"Tak mungkin (mahu jadi Perdana Menteri jika menang PRU) kerana kalau DAP nak menang, mereka kena dapat sokongan parti Melayu yang lain. 

"Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini...dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri. 

"Tapi kalau timbalan itu, adalah...Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu," katanya seperti dilaporkan portal Antarapos, hari ini.

Isunya sekarang adalah bagaimana permintaan sedemikian boleh berlaku dan apakah yang sebenarnya dirahsiakan oleh Tun Mahathir daripada pengetahuan umum ?

Mana mungkin isu tersebut boleh dibicarakan tanpa pihak yang lagi satu turut sama bersetuju dengan sebarang cadangan yang menjurus ke arah membenar atau menggadaikan kedudukan tersebut semata-mata untuk mendapat sokongan bagi merealisasikan impian menjatuhkan Barisan Nasional ?

Apakah Tun Mahathir lupa tentang kuasa eksekutif yang dimiliki oleh kedua-dua pemimpin tertinggi kerajaan ?

Sewaktu Tun Mahathir masih menjadi Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu adalah Anwar Ibrahim.Anwar memiliki kuasa penuh terhadap pentadbiran kerajaan dan negara apabila memangku jawatan Perdana Menteri pada ketika Tun Mahathir (PM pada ketika itu) bercuti di luar negara.

Bayangkan apa yang boleh berlaku sekiranya senario yang sama berlaku ?

Apakah rakyat Malaysia punya keyakinan Timbalan Perdana Menteri daripada DAP boleh terus setia dan kekal menjadi pemimpin nombor dua negara ?

Dan adakah rakyat Malaysia percaya Perdana Menteri yang dipersetujui oleh Pakatan Haprak itu boleh membentuk acuan pentadbirannya sendiri tanpa campur tangan pihak DAP ?

Jangan lupa situasi politik yang pernah berlaku di bumi Perak sewaktu Pakatan Rakyat menguasai pentadbiran kerajaan negeri ! Nizar hanyalah boneka kepada DAP !

Selain daripada itu sejarah politik yang berlaku di bumi Pulau Pinang rasanya boleh dijadikan contoh !

Lihat sahaja apabila DAP memegang tampuk pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang , dalam keadaan imej Ketua Menteri yang tercalar teruk itu pun , Lim Guan Eng tetap tidak menamakan Timbalannya sebagai pengganti Ketua Menteri sekiranya Guan Eng dijatuhkan hukuman bersalah dalam kes yang hanya menanti masa sahaja untuk dijalankan.

Sebaliknya Guan Eng menamakan Pengerusi Parti DAP Pulau Pinang , Chow Kon Yeow sebagai penggantinya bukan Ramasamy dan bukan Rashid.

Malapetaka apa akan berlaku sekiranya jawatan Timbalan Perdana Menteri dimiliki oleh DAP ?

EP yakin bahawa hubungan yang terbentuk diantara DAP dan PPBM itu bukanlah hubungan yang hanya terbina atas nama politik pembangkang.Tetapi ia merupakan hubungan bersyarat dan gerombolan ini sedang menipu hidup-hidup seluruh warga Malaysia khususnya orang Melayu kerana mereka tahu untuk merealisisasikannya syarat-syarat ini tidak boleh didedahkan.

Mereka tahu orang Melayu tidak akan menerima perubahan pucuk pimpinan yang sebegini dan kerana itu agenda untuk menjayakan misi ini perlu dilakukan secara senyap-senyap.

Sesuatu yang rakyat perlu tahu adalah perubahan yang berlaku selepas mereka (Pakatan Haprak) menguasai pentadbiran negara bukan lagi milik rakyat tetapi milik siapa yang berkuasa.

Berhati-hatilah dengan agenda licik Tun Mahathir kerana DAP sedang menguasai Pakatan Haprak !

4 comments:

Anonymous said...

Tak mahu fitnah komunis lagi???
Umnu lagi banyak menipu membelit dan menyamun...phuii.

Anonymous said...

umno dan tipu tiada pisahnya......mana ada LKS mintak TPM??

Anonymous said...

Bukan isu samada Melayu perlu takut kepada DAP atau tak perlu takut kepada DAP parti abang besar kepada parti PAN adik angkat si DAP. Komen berikutnya aku mmg copy paste daripada komen aku sendiri sebab dah banyak kali tulis benda yang serupa, pun masih ada orang Melayu yang tak faham faham bahasa mereka sendiri.

Kita percaya orang Melayu yang bernaung di bawah parti pembangkang kesemua mereka mempunyai matlamat yang serupa sahaja dengan si DAP. Matlamat yang serupa untuk meruntuhkan kerajaan yang ada sekarang bagi digantikan dengan mereka sendiri yang perasan serba boleh didalam semua serba serbi. Modal utama mereka untuk menyerang pihak Kerajaan adalah isu “superstar” 1MDB yang sudah terkenal seantaro dunia. Persoalannya sekarang benar ke tuju arah matlamat mereka ini? Sebab bagi orang orang Malaysia yang berugama Islam tidak kira apapun bangsa mereka matlamat utama kita semua adalah untuk menuju ke akhirat dengan selamatnya. Samada kita tahu atau tidak atau suka atau tidak suka, kehidupan di dunia ini hanye lah sebuah transit point yang bersifat sementara sahaja.

Bagi orang yang masih mengaku Islam tetapi duduk bernaung di bawah naungan parti pembangkang. Selagi mereka mengikuti Boss besar mereka si DAP tu, kita percaya mana mana orang Islam yg mahu untuk berfikir tidak kira apa pun bangsa mereka; tidak akan tergamak untuk memilih mereka. Semua orang tahu abang besar mereka si DAP adalah pendorong utama bagi gereja Evangelist untuk mensyirikkan kalimah ALLAH. Rata-rata sesiapa yang pro dengan cara dan pemikiran pemimpin pembangkang akan tetap bersetuju bahawa dosa mensyirikkan kalimah ALLAH kecil jer tapi “dosa” 1MDB terlalu dahsyat kesalahannya. Iye ke begitu?

Isu 1MDB ni adalah isu duit, wang ringgit atau harta dunia. Pendek kata didalam bahasa yang mudah faham mereka bercerita bahawa sesungguhnya kita semua rakyat Malaysia sedang menderita sebab rezeki kita dah jadi sempit disebabkan olih 1MDB kata mereka. Hebat sungguh 1MDB ini sehingga tenggelam ALLAH yang Maha Agong lagi Maha Besar itu. Semua orang Islam yang mampu untuk berfikir dan mampu untuk menghayati kebesaran dan keagungan Pencipta tahu dan tidak akan mampu untuk menafikan bahawa sesungguhnya ALLAH lah yang memberi rezeki. Surah TAAHA ayat 132 “ ….Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

Sekarang ini mari kita lihat apa kata Al Quran lagi tentang dosa SYIRIK pulak. Surah An Nisa ayat 48 yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”

Tentang syirik lagi menurut makna kepada surah Az Zumar ayat 65 pula adalah sesiapa shj yang melakukan SYIRIK akan musnah semua amalan mereka. Daripada dalil di atas mana mana individu Muslim yang mahu berfikir sudah nampak sebesar mana 1MDB berbanding dosa SYIRIK.

Kalau nak lihat samada kita sedang melakukan SYIRIK atau tidak mari kita lihat apa yang Rasulullah SAW sudah bersabda: “Barang siapa menyerupai suatu kaum. Maka dia tergolong daripada mereka.” (Sahih Ahmad)

Apabila kita memberi sokongan kepada si DAP yang menjuarai usaha untuk mensyirikkan kalimah ALLAH bagi pihak gereja Evangelist untuk “political mileage” di kalangan orang bukan Islam maka kita pun akan dapat “saham” yang serupa seperti mereka walaupun kta tidak tahu.

So agak agak tuan tuan patut tak kita memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin pemimpin politik Melayu yang masih bersekongkol dengan si DAP ini dan mengorbankan kehidupan di akhirat yang kekal abadi itu? Fikir fikirkan lah

Reply

Anonymous said...

Najib dapat RM2.6 Billion. Tun M dapat apa? Dalam UMNO semuanya kena ada habuan, Tun yang presidennya kerja mencari derma saja. Derma Pak Sondakh bila mau sampai?

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.