Wednesday, January 18, 2017


Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataannya berkata kerajaan Negeri tidak akan membenarkan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan untuk memasang kamera AES di Pulau Pinang. Katanya, Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang tidak mahu membantu Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai untuk membebankan rakyat dengan saman ekor. 

Selain daripada itu , Guan Eng juga tidak mahu penggunaan AES itu nanti hanya akan memberikan ruang kepada syarikat-syarikat kroni membuat keuntungan. 

Begitulah hebatnya kerajaan DAP Pulau Pinang cukup prihatin dengan nasib rakyatnya dan begitu bersungguh-sungguh berusaha supaya rakyat yang berada di bawah tidak terbeban dengan saman AES.

Sikap berhati-hati yang ditunjukkan oleh Guan Eng itu kononnya bagi mengelak pihak-pihak tertentu daripada mengaut keuntungan bolehlah EP anggap sebagai komitmen paling dasyat sejak DAP berkuasa di Pulau Pinang.

Isunya apakah tindakan Guan Eng itu ikhlas atau ianya dibuat atas kepentingan blok politik ?

Jom EP ulas sikit ...

Secara teorinya kehadiran AES itu bertujuan untuk memastikan semua pemandu di Malaysia ini mengikut peraturan dan undang-undang yang tersedia.Siapa jua yang berada diluar sana sudah tentu faham betapa sikap pemandu yang suka pentingkan diri selain dari mengabaikan peraturan jalanraya adalah penyumbang kepada berlakunya kesesakan dan juga kemalangan.

Usaha perlu dilakukan bagi menangani permasalahan ini supaya angka kemalangan hasil daripada sikap pemandu boleh sekurang-kurangnya dijurangkan kepada yang paling minima.

The World Health Ranking 2011 telah meletakkan Malaysia di nombor 20 dalam senarai negara dengan kematian yang paling banyak disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya juga telah dikenal pasti sebagai punca utama kematian di Malaysia, selepas penyakit koronari / jantung, strok, influenza dan pneumonia. Penyelidikan oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa purata 18 orang terbunuh di jalan raya Malaysia setiap hari. Jumlah itu dijangka meningkat kepada 29 pada tahun 2020. 

Maka apakah masalahnya kewujudan AES ini ?

Hanya mereka yang suka melanggar peraturan sahaja akan menolak AES sebab ia hanya mendenda mereka-mereka yang tidak mengikut peraturan.

Adakah Guan Eng cuba mempertahankan mereka-mereka yang sebegini ?

Saman ekor !

Guan Eng rasanya tertekan atau paling tidak keliru apabila menyebut AES mewujudkan saman ekor kerana saman yang dikenakan terhadap pesalah adalah berdasarkan kepada rakaman dan jenis kesalahan yang dilakukan.

Ikut peraturan maka anda tidak akan disaman simple as that , apa masalah Guan Eng sampai ke tahap saman ekor ?

Jika AES disebut sebagai saman ekor yang membebankan rakyat (bukan bebanan sebenarnya sebab ia hanya menyaman mereka yang melakukan kesalahan) bagaimana pula dengan saman parking ?

Saman parking daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai jauh lebih lemah dari AES sebenarnya kerana saman tersebut tidak punya bukti bergambar so bukankah ianya jauh lebih membebankan dan menganiaya rakyat ?

Perlu percaya kepada penguatkuasa yang bertugas ?

Jika itu jawapannya maka samalah dalam isu AES , percayalah kepada kemampuan sistem tersebut !

Guan Eng sebenarnya hanya berdolak dalih sahaja , isunya Ketua Menteri ini sedang bermain politik.Beliau sedang berusaha untuk menunjukkan kepada warga Pulau Pinang kononnya kerajaan negeri dibawah DAP itu adalah berjiwa rakyat.

Maklumlah dah dekat-dekat dengan PRU14 ni ... Sibuklah Guan Eng cari alasan memandangkan imejnya yang tercalar teruk selain daripada kritikan dan protes terhadap perancangan kerajaan negeri masih belum mampu memulihkan kedudukannya.

Bagi EP dengan jumlah pemilikan kenderaan semakin bertambah dan kesesakan yang semakin teruk , potensi untuk berlakunya kemalangan disebabkan oleh sikap pemandu itu adalah tinggi.Ramai dari kalangan pemandu yang dilihat suka melanggar peraturan semata-mata untuk cepat sampai ke destinasi sedang mereka lupa tindakan sedemikian sebenarnya mengundang malapetaka kepada orang lain yang tidak bersalah.

Dengan kehadiran AES sekurang-kurangnya ia mampu menyedarkan para pemandu supaya mengikut peraturan sekaligus boleh menjadi sebahagian daripada elemen untuk mengurangkan jumlah kemalangan yang disebabkan oleh sikap pemandu.

Tidak ada salahnya pun cuma Guan Eng lebih suka bermain politik daripada berusaha untuk menyelamatkan warga Pulau Pinang itu sendiri.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.