PRK Tanjung Batu , Kenapa PAN Kelam Kabut ??


Susulan kematian penyandang Dun Tanjong Datu, Tan Sri Adenan Satem, 72, yang juga Ketua Menteri Sarawak pada 11 Januari yang lalu , pihak SPR sudah pun memutuskan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan di kawasan terbabit.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam sidang media baru-baru ini mengesahkan PRK bagi Dun Tanjong Batu akan diadakan pada bulan Februari 2017.

Pihak SPR sudah pun memutuskan hari penamaan calon pada 4 Februari depan manakala 12 Februari sebagai tarikh pengundian awal dan 18 Februari sebagai hari pengundian.

Oleh yang demikian sekali lagi pilihanraya akan berjalan di bumi Sarawak.

Sesuatu yang menarik dalam PRK kali ini adalah perkembangan atau situasi yang sedang berlaku dalam kem pembangkang.Kita tahu dalam PRN Sarawak sebelum ini pembangkang bukan sahaja gagal mendapat kepercayaan rakyat Sarawak tetapi terjebak dalam pergelutan sesama sendiri sehingga akhirnya semua parti-parti pembangkang mendapat malu besar.

Kerusi Dun Tanjong Datu yang sebelum ini ditandingi oleh PKR ternyata mendapat perhatian yang serius daripada PAN.Parti serpihan PAS yang masih gagal membuktikan kehadiran mereka itu diterima rakyat dilihat lebih sudu daripada kuah.

PAN ternyata begitu obses untuk mencipta peluang apabila cuba berlagak alim dalam politik walaupun realitinya mereka begitu berkeinginan untuk meletakkan calon di kerusi tersebut.

Ini boleh dilihat apabila terdapat desas desus yang mengatakan parti itu (PAN) telah meminta PKR agar membenarkan PAN meletakkan calon mereka walaupun pada ketika itu PKR belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bertanding atau pun tidak.

Lebih menarik calon tersebut adalah Presiden PAN , Mat Sabu sendiri !

Apa pun berita tersebut bolehlah dianggap sebagai khabar angin memandangkan PAN Sarawak sudah pun menyatakan sokongan terhadap PKR dan akan bekerjasama dengan PKR negeri itu bagi menghadapi PRK N3 Tanjong Datu pada 18 Februari depan.

Pengerusinya, Mohamad Fidzuan Zaidi berkata, Amanah menyokong sepenuhnya rakan dalam Pakatan Harapan tersebut dengan mengukuhkan gerak kerja membantu meraih undi sepanjang tempoh 13 hari berkempen itu.

"Amanah Sarawak akan menyokong sesiapa sahaja yang akan diturunkan oleh PKR Sarawak pada PRK Tanjong Datu. Kita akan membantu berkempen secara bersama-sama sebagai satu pakatan pembangkang," katanya kepada media.

Namun PKR ternyata punya pandangan yang berbeza , parti itu sudah pun mengesahkan untuk tidak bertanding bagi menumpukan perhatian kepada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengerusinya, Baru Bian berkata, keputusan itu juga sebagai memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan semua janji yang dibuat oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata, PKR melihat sebahagian visi yang digariskan oleh bekas Ketua Menteri itu seiring dengan wawasan PKR serta aspirasi rakyat Sarawak, justeru wajar dilunas oleh pengganti Allahyarham, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

"Beliau (Abang Johari) melakukan tugasnya dengan baik semasa sidang media pertamanya dengan mengatakan beliau akan meneruskan wawasan yang digariskan Allahyarham.

"Itu satu permulaan yang baik, namun yang kami bimbangkan ialah sama ada beliau akan laksana atau adakah beliau mampu melaksanakannya. Kami percaya rakyat akan adili anda," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR baru-baru ini.

Ternyata keputusan PKR itu secara tidak langsung telah mengiakan betapa fungsi dan peranan kerajaan Barisan Nasional di bumi Sarawak adalah menepati hasrat warganya selain memiliki keupayaan untuk terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan negeri tersebut.

Pengakuan ikhlas Pengerusi PKR Sarawak itu bolehlah dianggap sebagai satu pengiktirafan terhadap semua usaha dan gerak kerja  Allahyarham Adenan sehinggalah beliau menghembus nafasnya yang terakhir.

Apa pun EP sedang melihat perkembangan ini dari masa ke semasa memandangkan tahap obses dan keinginan yang dilihat membuak-buak daripada parti PAN untuk mengambil alih kerusi tersebut masih tinggi.

Adakah PAN akan meletakkan calonnya di Dun Tanjong Datu ?

Apakah Mat Sabu benar-benar akan dicalonkan ?

Sama-sama kita tunggu ...
PRK Tanjung Batu , Kenapa PAN Kelam Kabut ?? PRK Tanjung Batu , Kenapa PAN Kelam Kabut ?? Reviewed by Empayar Pemuda on 11:18 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.