Monday, January 9, 2017


Isu 1MDB sebenarnya sudah pun diperjelaskan oleh banyak pihak termasuklah daripada pihak 1MDB dan juga Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sendiri.

Hanya mereka dari kalangan yang suka mempercayai tohmahan , fitnah selain suka kepada lantunan persepsi politik sahaja akan terus mereka-reka pautan dengan cerita-cerita yang sebenarnya tidak langsung punya kaitan.

Malah penjelasan demi penjelasan yang dibuat termasuklah daripada PAC serta agensi-agensi terlibat dan kenyataan secara profesional daripada pihak 1MDB melalui laman web syarikat tersebut dianggap oleh puak-puak pembangkang sebagai bahan untuk memperbodohkan rakyat sedang disitulah segala fakta terkandung.

Tuduhan Mejar Zaidi yang kini menjadi Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap Perdana Menteri yang dilabelnya sebagai perompak mega dan pembohong semata-mata berdasarkan rujukan terhadap artikel-artikel yang boleh dipertikaikan kandungannya adalah sesuatu yang dilihat sebagai berkepentingan dan punya agenda tersendiri.

Cubaan Mejar Zaidi untuk kembali menjadikan isu 1MDB sebagai bahan kempen politik murahan pembangkang adalah sesuatu yang sebenarnya menjadi bukti kelemahan diri beliau sendiri.

Disaat bosnya sendiri sedang berhadapan dengan kes membabitkan perlakukan rasuah dan salah guna kuasa yang hanya menanti masa sahaja untuk dibicarakan , cubaan Mejar Zaidi diibaratkan sebagai usaha terdesak meracuni pemikiran rakyat dan cubaan untuk mengalih tumpuan banyak pihak terhadap isu membabitkan kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang dan juga kes terhadap Lim Guan Eng.

Sesuatu yang mungkin Mejar Zaidi dan konco-konco pembangkang lupa adalah secara ringkasnya 1MDB merupakan sebuah syarikat yang dijana dengan dana sebanyak RM1 Juta daripada kerajaan.Dengan jumlah dana terbabit 1MDB mengorak langkah menjalankan perniagaan yang kemudiannya menjadikan syarikat terbabit memiliki aset-aset bernilai bilion ringgit.

Dan seperti semua pihak sedia maklum , seperti mana syarikat-syarikat lain 1MDB kemudiannya berdepan dengan isu hutang yang tinggi dan mengalami masalah kewangan (tunai) walaupun pada hakikatnya syarikat terbabt memiliki aset yang melebihi jumlah hutang mereka sendiri.

Oleh kerana itulah maka pelan rasionalisasi dan Arul Kanda di bawa masuk bagi menyelesaikan permasalahan yang berbangkit.

Lihat pautan disediakan ulasan Arul Kanda terhadap isu membabitan 1MDB https://www.youtube.com/watch?v=AJg_lEy33uc 

Perlu EP tekankan sekali lagi , isu berkaitan 1MDB ini adalah isu melibatkan kedudukan syarikat dan ia langsung tidak punya kaitan dengan sebarang tohmahan terhadap mana-mana individu khususnya yang melibatkan kepimpinan negara.

Malah tuduhan Mejar Zaidi yang cuba menghasut rakyat dengan menuduh beberapa individu merompak 1MDB untuk kepentingan peribadi jelas memperlihatkan kebodohannya sendiri.Malahan cubaannya mengaitkan beberapa nama syarikat yang cuba dijelmakan sebagai proksi itu ternyata meleset sama sekali.

Sesuatu yang Mejar Zaidi perlu tahu adalah pada ketika Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) membuat dakwaan wang 1MDB dicuri dengan jumlah berbilion , pihak 1MDB kemudiannya menegaskan ia tidak kehilangan wang dan semua aset sudah dikira.

Yang EP pertikaikan adalah tahap profesional Mejar Zaidi selaku pegawai penerangan Guan Eng ! Sejauh mana kewarasan pegawai penerangan ini dalam membuat tuduhan terbabit apakah ianya lebih terarah kepada emosi politik terhadap individu atau parti tertentu hinggakan kebenaran daripada pertuduhan dan kenyataan yang dibuat itu jauh menyimpang daripada asasnya.

Pautan berikut sebenarnya menjawab pertuduhan yang dibuat oleh Mejar Zaidi http://www.mynation.news/2016/07/jabatan-kehakiman-kata-ya-1mdb-kata-tidak/ 

Bukan senang sebenarnya untuk 1MDB menangani keadaan ini memandangkan mereka perlu berhadapan dengan 2 perkara serentak.

Selain daripada perlu fokus kepada usaha untuk menyelesaikan masalah hutang yang berlaku (pelan rasionalisasi) , 1MDB juga perlu menangani tohmahan dan fitnah pihak berkepentingan terhadap mereka yang dilihat sebagai usaha untuk memusnahkan reputasi syarikat terbabit.

Antara usaha yang telah dilakukan oleh 1MDB adalah menjawab tuduhan Tun Mahathir yang disiarkannya bertajuk "The 1MDB Story" dan berikut adalah fakta-fakta yang telah dikemukakan oleh 1MDB melalui laman web mereka.


Banyak lagi perkara-perkara lain telah dijawab oleh 1MDB dan EP rasa mereka-mereka yang masih sangsi itu hanya perlu ke pautan diatas dan membuat carian.

Justeru itu apa yang dilakukan oleh Mejar Zaidi khususnya dalam isu membabitan 1MDB ini hanyalah bersifat terdesak dan tidak lebih daripada usaha untuk melencongkan tumpuan masyarakat terhadap isu membabitkan Lim Guan Eng.

Yang pasti Mejar Zaidi barangkali sudah terasa bahang denga kehadiran Saifudin maklumlah selama Mejar Zaidi dilantik sebagai pegawai penerangan Guan Eng , kehadirannya bolehlah dianggap sebagai menghabiskan wang rakyat kerana gerak kerjanya langsung tidak memberikan keuntungan politik kepada Ketua Menteri itu.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.