Thursday, January 19, 2017


Pagi tadi bertempat di pasar awam Tasek Gelugor , Seberang Perai Utara Pulau Pinang pihak berkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bertindak merampas gerai dan kesemua peralatan niaga termasuklah barang-barang yang diniagakan.

Rasanya sudah berulang kali perkara sebegini berlaku dan ianya sering kali terarah kepada orang Melayu.Yang menyedihkan EP adalah tindakan yang dibuat langsung tidak menunjukkan sifat kemanusiaan apabila barangan yang diniagakan pun dirampas !

Salah seorang peniaga yang terlibat melahirkan rasa sedihnya apabila baru menjual 20 bungkus nasi lemak dan baki 30 bungkus nasi lemak telah dirampas oleh MPSP.

Apakah sudah tidak ada langsung rasa belas kasihan terhadap nasib para peniaga terbabit ?

Anggota MPSP yang bertugas itu terdiri daripada kalangan orang Melayu juga , apakah mereka begitu zalim sehingga sanggup bertindak sedemikian rupa ?

Dari pengamatan EP , semua yang berlaku ini adalah disebabkan oleh penguasaan politik DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.KUASA yang dimiliki oleh DAP itu telah lama dikesan dipergunakan untuk agenda cauvinis mereka.

Kerana itulah sejak 2008 yang lalu , jumlah tindakan yang dikenakan terhadap orang-orang Melayu jauh lebih tinggi daripada bangsa-bangsa lain.Sebaliknya peniaga jalanan kaum cina dilihat seolah-olah mendapat perlindungan daripada kerajaan DAP Pulau Pinang , lihat sahaja keadaannya di Raja Uda, Bukit Mertajam dan di bahagian pulau.

Bukti penguasaan DAP terhadap pentadbiran kerajaan negeri dapat dilihat dengan cukup jelas apabila pagi tadi sewaktu MPSP bertindak terhadap peniaga di pasar awam Tasek Gelugor , Penyelaras kerajaan negeri yang dilantik langsung tidak mampu berbuat apa-apa jauh sekali berusaha untuk sekurang-kurangnya meminimumkan barang-barang rampasan.

Video di bawah menjadi buktinya ...

video

3 comments:

Anonymous said...

Tunggu pru14 nanti....orang Melayu dan India tak sabar nak tendang keluar parti cilaka dapigs.

Anonymous said...

Apa boleh dibuat? Orang Melayu sendiri sanggup jilat DAP. Ini kena tanya Mahathir.

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.