Kampung Tok Subuh, Apa Sebenarnya Yang Berlaku ?


Isu penduduk Kampung Tok Subuh di Bukit Mertajam , Pulau Pinang ini sebenarnya sudah berlarutan sekian lama. Kampung yang pada asalnya merupakan kawasan paya kemudiannya diteroka dan dibersihkan lebih daripada 70 tahun yang lalu itu kemudiannya berubah wajah menjadi sebuah kawasan perkampungan yang damai.


Generasi demi generasi telah mendiami kampung tersebut sehinggalah pada bulan Mei 2013 , 52 buah keluarga telah menerima notis pengusiran daripada pemilik tanah Distinct Class Sdn. Bhd. supaya mengosongkan rumah-rumah yang didiami.

Untuk rekod separuh daripada penduduk kampung terbabit sudah pun berpindah dan baki 26 keluarga lagi telah membuat keputusan untuk terus kekal dan mempertahankan hak mereka.

Kesemua penduduk yang masih kekal itu menuntut supaya pihak pemaju perlulah menyediakan sebuah rumah lain sebagai ganti memandangkan rata-rata penduduk yang tinggal itu bukanlah dari kalangan penduduk yang punya kemampuan untuk membuat pembelian rumah dan pinjaman daripada pihak bank.

Tindakan mahkamah kemudiannya diambil oleh pemilik tanah dan wakil penduduk kemudiannya kalah serta gagal mempertahankan tuntutan mereka.

Disinilah bermulanya episod yang lebih mencabar bagi penduduk yang masih tinggal kerana kehidupan mereka bukan sahaja tidak tenteram tetapi emosi kebanyakkan daripada mereka terganggu. Memandangkan rumah yang menjadi tempat berteduh selama ini bakal dirobohkan , penduduk saban hari menghitung nasib apakah yang bakal berlaku kepada mereka dikemudian hari.

Cabaran itu kemudiannya disusuli dengan tindakan para penduduk yang membuat halangan selain bergilir-gilir mengawal laluan masuk ke kampung itu agar tiada sebarang jentera yang masuk dan melakukan perobohan.

Berdasarkan carian berkenaan pemilik tanah ini , ianya pada asalnya berstatus "TOL" sehingga ia berpindah milik kepada tanah pemilikan persendirian atas nama Lee Seng Poey dan Cee Wah Poey. Penduduk kampung tidak langsung mengetahui mengenai pertukaran status tanah ini. Beberapa penduduk memaklumkan bahawa mereka mula membayar sewaan tanah kepada pemilik tanah seawal tahun 1980 namun tiada sebarang resit disediakan kerana ketika itu perjanjian yang berlaku antara pihak penduduk dan pemilik hanya secara lisan.

Memandangkan pemilik tanah ini adalah milik individu yang kemudiannya dijual kepada Distinct Class Sdn. Bhd. yang kita yakin mahu dibangunkan maka mana-mana pihak sekalipun akan menghadapi kesukaran sekiranya tanah dan kampung itu mahu dikekalkan.

Apatah lagi perihal membabitkan tanah dan hak milik ini berada di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh parti-parti pembangkang.

Seharusnya untung nasib penduduk Kampung Tok Subuh ini perlu dijadikan sebagai keutamaan pada siapa jua yang mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang.

Bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi sebagai sebuah kerajaan negeri yang sering mengaku berjiwa rakyat seharusnya isu melibatkan penduduk Kampung Tok Subuh ini sudah pun diselesaikan sejak lama dahulu.

DAP sebagai peneraju kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat langsung tidak menunjukkan minat untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit sedangkan mereka sudah mentadbir Pulau Pinang sejak tahun 2008 lagi.

Malah kerajaan DAP Pulau Pinang lebih banyak memberikan tumpuan terhadap projek-projek mega dan supermega yang langsung tidak memberikan sebarang manfaat kepada penduduk pertengahan khususnya penduduk di Kampung Tok Subuh yang terhimpit.

Hanya kini setelah hampir 9 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang dan setelah isu membabitkan penduduk Kampung Tok Subuh ini berlarutan selama hampir 4 tahun barulah para penduduk Kampung Tok Subuh boleh menghembus nafas lega.

Pihak pemaju telah bersetuju untuk memberikan pampasan kepada penduduk diantara RM25,000 kepada RM44,400 dan bakal berpindah ke sebidang tanah di sebelah tanah didiami kini untuk dijadikan penempatan semula Kampung Permatang Tok Suboh.

DAP hari ini mengaku sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap keputusan terbabit dan mereka menganggap penyelesaian ini sebagai hasil usaha mereka yang cukup suci.

Persoalannya adakah penyelesaian ini ada kena mengena dengan tarikh pilihanraya umum yang diberitakan semakin dekat ?

Kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menyelesaikan perkara ini lebih awal daripada sekarang ? Bukankah hal melibatkan tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang ?

Sesuatu yang pasti dalam keterujaan kerajaan DAP Pulau Pinang menyelesaikan isu penduduk Kampung Tok Subuh ini , ada perkara yang disembunyikan oleh Lim Guan Eng dan kerajaan DAP di Pulau Pinang berkaitan isu yang sama.

Iaitu usaha keras pihak kerajaan persekutuan melalui agensi-agensinya khusus bagi membantu dan menyelesaikan permasalahan yang dialami oleh penduduk Kampung Tok Subuh.

Walaupun Barisan Nasional tidak mempunyai kuasa eksekutif pentadbiran di Pulau Pinang , semua pihak berkaitan sebenarnya sudah pun membuat perancangan jauh lebih awal lagi bagi membantu menyelesaikan masalah yang merundingi penduduk Kampung Tok Subuh.

Berdasarkan perkiraan itu maka ianya jelas memperlihatkan usaha yang telah digerakkan sejak tahun 2011 itu bukanlah usaha untuk memenangi hati penduduk atas kepentingan politik semata-mata tetapi ianya dibuat atas dasar tanggungjawab dan amanah untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

DAP mahupun Lim Guan Eng boleh berbuat apa sahaja yang mereka suka tetapi mengaku sebagai pihak yang menyelamatkan penduduk kampung Tok Subuh adalah satu tindakan yang sebenarnya memalukan diri mereka sendiri.

Bagi penduduk tidak ada salahnya berterima kasih kepada siapa jua yang membantu mereka tetapi bagi mereka yang mengaku membantu itu ianya perlulah memiliki sekurang-kurangnya keikhlasan bukan mengambil kesempatan politik apatah lagi dalam keadaan PRU14 semakin hampir.
Kampung Tok Subuh, Apa Sebenarnya Yang Berlaku ? Kampung Tok Subuh, Apa Sebenarnya Yang Berlaku ? Reviewed by Empayar Pemuda on 6:24 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Sebab itulah, mulai sekarg. SETIAP tanah negeri/kampung-kampung yg. telah lama diduduki RAKYAT terutamanya bangsa BUMIPUTERA; yg. merupakan PRIBUMI/INDIGENOUS Alam Melayu/Nusantara kita ini - mesti diberikan GERAN TANAH KEKAL! Ini mat KRITIKAL; kalau tidak bangsa BUMIPUTERA terutamanya bangsa BUMIPUTERA Melayu akan terus TERHALAU dr. TANAH MELAYU kita ini sbb. kita tak ada PERLINDUNGAN ke atas TANAH PUSAKA nenek moyang kita mcm. "NATIVE TITLE" di Sabah/Sarawak!

    Tok Landak.

    ReplyDelete
  2. Lihatlah disyaki jenayah PENGGUBAHAN WANG HARAM kat SingaPORK tu; hasil dr. ROMPAKAN Tanah2 PUSAKA nenek moyang BUMIPUTERA Islam/Melayu kami di PP tu dlm. “CULTURAL GENOCIDE” ke atas BANGSA Bumiputera Islam/Melayu – oleh si KETURUNAN TERORIS PENJAJAH KAFIR HARBI ZioNAZI PARASIT/PERASUAH/LANUN/PEROMPAK/PENYANGAK/PEMBUNUH/PEROGOL-CASH is KING BerSHIT- DAPJUBOQ BABI/PKRHOMO KURAP RASIS/PORNO/HOMO-KULI2 ZIONIS/IS(IS)rael-MOSSAD, kat si PENJAJAH2 Cina SingaPORK terutamanya! Mana SPRM OI?!

    Di - http://mymassa.blogspot.my/2016/02/hampir-13-billion-disimpan-di-singapura.html:

    HAMPIR 13 BILLION DISIMPAN DI SINGAPURA?
    2/18/2016 |

    Agenda DAP ialah menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua. Selepas lawatan Lee Kuan Yew ke Pulau Pinang sebagai permulaan tampuk kekuasaan DAP ia sudah menunjukkan hala tuju DAP di negara ini.

    Lihat sahaja cara DAP menutup kg Melayu di Singapura kini sudah berlaku di Pulau Pinang.

    Tahun 2011-2014 sepanjang pentadbirannya LGE lebih 1,100 ekar tanah telah pun dijual oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak luar samada dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Jumlah hasil jualan ini dianggarkan mencecah RM 12.5 bilion.

    Segalanya bermula pada tahun 2011 dimana kerajaan negeri menjual sebidang tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri kepada Ivory Properties dengan nilai RM 1.07 bilion. Ini dikuti oleh pejualan 110 ekar lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM 6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM 600 juta kepada P. E Land.

    Pada 2014, kerajaan DAP Pulau Pinang dengan 4 transaksi jual beli dilakukan. Sebidang tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM 2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission. Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM 57 juta kepada Paramount Group.

    Sebidang lagi tanah berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan diakhiri dengan penjualan 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.09 bilion kepada Temasik Holding.

    Apa yang sebenarnya DAP lakukan?Pengumpulan dana besar-besaran? Mengapa dalam masa lima tahun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju proksi DAP?

    Kemanakah wang RM 12.5 bilion ini pergi dan dibelanjakan?

    (Tok Landak)

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.