MACAI PEMBANGKANG FITNAH TPM


Strategi yang sama masih lagi digunapakai oleh macai-macai pembangkang apabila menyebarkan fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri kononnya beliau telah mengutuskan sepucuk surat kepada Perdana Menteri.

Surat yang tersebar melalui laman media sosial itu mengenai tekanan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang meminta Perdana Menteri meletakkan jawatannya adalah tidak benar.

Kandungan surat tersebut mengatakan skandal yang dipalitkan terhadap Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak telah melemahkan kerajaan seterusnya meminta supaya Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya mendesak supaya beliau meletak jawatan.

Kebenaran surat tersebut amatlah diragui berkaitan format persuratan rasmi yang digunakan seperti menyebut gelaran Yang Berbahagia yang sepatutnya adalah Yang Berhormat untuk Ahli Parlimen.

Timbalan Perdana Menteri tidak terlibat sama sekali dengan surat yang diedarkan yang turut melampirkan senarai kabinet bayangan kerajaan baru yang akan dibentuk.

Orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya dengan  berita atau maklumat yang tidak sahih sumbernya.

Ini merupakan satu lagi serangan oleh pembangkang yang cuba memecahbelahkan hubungan antara Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri. 

Pada pandangan EP , tindakan ini dilakukan oleh mereka-mereka yang amat tidak senang melihat hubungan diantara Zahid dengan Najib.

Hubungan kedua-duanya sebagai pemimpin tertinggi parti dan negara Malaysia sememangnya memperlihatkan keakraban luar biasa sehingga mampu menakhoda bahtera UMNO yang sebelum ini berdepan masalah dalaman kembali sebagai parti yang kukuh.

Dan sudah tentulah gandingan sebegini perlu segera diadu-dombakan oleh para macai pembangkang agar berlaku perpecahan seterusnya memudahkan segala kerja-kerja jahat pembangkang untuk menjahanamkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

EP yakin siapa jua yang bertanggungjawab melakukan fitnah ini bakal berdepan dengan tindakan yang setimpal.Jadi sebelum ianya menyusahkan banyak pihak EP sarankan supaya tuan badan segeralah menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Jangan kata EP tak pesan ok !
MACAI PEMBANGKANG FITNAH TPM MACAI PEMBANGKANG FITNAH TPM Reviewed by Empayar Pemuda on 12:02 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Fitnah dan anjing2 ternakan kapir DAP.....berpisah tiada.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.