Bila Muhkriz Menagih Kerusi PAS !


Kehadiran PPBM dalam arena politik negara jelas berdasarkan kepada pengkianatan terhadap pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.Sudah tentu juga ada pihak yang tidak senang dengan label pengkianat itu tetapi kita tidak dapat lari daripada realiti kerana apa yang sedang berlaku itu punya catatan sejarahnya.

Bermula dengan perbezaan pandangan dan pendapat khususnya dalam mendepani isu 1DMB dan obses untuk menjatuhkan kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia , PPBM lahir dalam acuan yang tidak sempurna sama sekali. 

Acuan yang lompang disana sini itu dibuktikan dengan sikap sambil lewa pucuk pimpinan PPBM yang telah bertindak mengambil sesiapa sahaja yang dilihat boleh membantu kepada penubuhan parti cap bunga tersebut.

Kehadiran mereka-mereka dalam PPBM yang sebelum ini bermasalah dengan parti UMNO sehingga ada dikalangannya yang dipecat daripada parti kerana masalah disiplin sudah cukup untuk menjadi kayu ukur betapa PPBM bukanlah pentas perjuangan hakiki tetapi sekadar pelengkap nafsu politik pimpinannya dengan agenda dan dendam kesumat masing-masing.

Pendirian PPBM untuk bersama dalam rangkaian pembangkang dengan menjadikan Pakatan Harapan sebagai madu untuk menarik sokongan akar umbi turut sama menjadi pelengkap kepada kejahilan politik yang berteraskan kepada dendam kesumat. 

Kiblat politik Tun Mahathir yang secara tiba-tiba berubah itu bukan sahaja mengelirukan ramai dikalangan pentaksub-pentaksub beliau tetapi juga telah menjadikan bekas Perdana Menteri itu hilang segala maruah kendiri.

Tun Mahathir dan Kit Siang kini menjadi sahabat paling akrab dalam usaha PPBM untuk terus bernafas !

Soalnya apakah PPBM mampu menempatkan dirinya sebaris dengan parti-parti lain yang kini bersama dalam Pakatan Harapan ?

Tian Chua dalam kenyataannya berkata Pakatan Harapan tidak akan memberikan kerusi kepada PPBM walaupun mereka menandatangani perjanjian politik baru-baru ini.

“PPBM adalah parti berasaskan Melayu. Anda tidak boleh mengharapkan mereka (parti itu) untuk bertanding di kawasan Cina, seperti Kelana Jaya atau Damansara.

“Mereka perlu menyelesaikannya dengan PAS berhubung pembahagian kerusi. Itulah peranan mereka.

“Kami (sekurang-kurangnya untuk PKR) boleh (menyediakan kerusi kepada PPBM). Tetapi, buat masa ini, mereka tidak mendapat apa-apa daripada kami (pihak di bawah Pakatan Harapan),” demikian petik kenyataan Ahli Parlimen Batu itu.

Apakah petandanya ?

PPBM akan berdepan situasi paling kritikal khususnya dalam menagih simpati parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk memberikan kerusi-kerusi mereka pada PRU14 nanti.

Kerana kesangsian sesama mereka itulah akhirnya Mukhriz kini barangkali telah diarahkan supaya mengepalai delegasi PPBM dalam usaha untuk memujuk PAS supaya berkobalirasi dengan PPBM walaupun terang-terangan PAS bukanlah sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Mukhriz dilaporkan berkata, soal pembahagian kerusi akan ditentukan dengan semua pimpinan parti pembangkang duduk semeja, dan pertimbangan susulan akan dibuat selepas kata putus dicapai.

“Kita belumpun duduk semeja dengan semua pihak (pembangkang). Bagilah kami masa sikit untuk bincang dengan semua pihak.

Mengulas mengenai rundingan bersama PAS, Mukhriz berkata sememangnya soal pembahagian kerusi adalah perkara yang perlu diperhalusi, bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru sesama pembangkang.

“Itu sebabnya kami di PPBM ini, (berpendapat) pendirian PAS itu tidak kurang pentingnya berbanding kesepakatan yang kita ada antara PPBM dengan Pakatan Harapan.

“Salah satu perkara yang perlu kita perhalusi dalam rundingan PAS itu soal kerusi. Tapi sebelum sampai ke peringkat itu, kita kena bincang mengenai dasar atau asas kesepakatan dengan PAS,” katanya lagi.

Apa jua yang berlaku dan bakal berlaku sekalipun , banyak pihak kini mahu melihat bagaimana dan sejauh mana PPBM serta Pakatan Harapan mampu menangani isu pembahagian kerusi supaya tidak berlaku pertandingan 3 penjuru pada PRU14 nanti.

Dengan kedudukan PAS sebagai parti tunggal yang tidak bersama dengan DAP seterusnya Pakatan Harapan , apakah PPBM mampu berperanan untuk mengaburi pimpinan PAS sedia ada untuk sama-sama bersetuju dengan satu keputusan bertanding pada PRU14 sebagai satu pasukan ?

Muhkriz ada menyebut tentang dasar dan asas kesepakatan , soalnya apakah ianya mampu direalisasikan sedang PAS dan DAP kini berdepan dengan krisis dasar dan asas sesama mereka ?
Bila Muhkriz Menagih Kerusi PAS ! Bila Muhkriz Menagih Kerusi PAS ! Reviewed by Empayar Pemuda on 5:14 PM Rating: 5

3 comments:

  1. INILA YG ORANG KATA CAKAP BERDEGAR2 TAPI PUNGGUNG PENUH TAIK

    ReplyDelete
  2. CAKAP DAPAT TAWAN MALAYSIA, CAKAP NAJIB DAH TAKUT PD PARTI BUNGA HAHAHAHA

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.